View: 1224|Reply: 12
|
[Politik]
Tuntutan Sulu: Lebih 100 cabang PKR buat laporan polis terhadap Najib
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 19-7-2022 04:09 PM
Tuntutan Sulu: Pemimpin PKR buat laporan polis terhadap Najib
Faisal Asyraf -July 19, 2022 2:41 PM
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dan pemimpin lain selepas membuat laporan terhadap Najib Razak di balai polis Setiawangsa hari ini.
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR yang diketuai Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli membuat laporan polis terhadap Najib Razak berhubung dakwaan kecuaian bekas perdana menteri itu berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu.
Di luar Balai Polis Setiawangsa, Rafizi berkata, pentadbiran pimpinan Najib ketika itu gagal mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan, selepas menghentikan bayaran kepada Kesultanan Sulu pada 2013, mendorong warisnya memulakan tuntutan.
“Najib sepatutnya mengambil langkah yang perlu untuk mengelak sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap kerajaan, selepas menghentikan bayaran kepada mereka (waris Kesultanan Sulu),” kata bekas ahli Parlimen Pandan itu.
“Sebagai perdana menteri ketika itu, beliau sepatutnya tahu tindakan (menghentikan bayaran) itu akan mengundang tindakan undang-undang.”
Notis tuntutan itu dihantar kepada kerajaan pada 2 Nov 2017, ketika Najib menjadi perdana menteri, kata Rafizi.
“Kalau ikutkan, notis tersebut patut dibalas serta-merta. Respons segera akan menunjukkan betapa seriusnya kita dalam menangani isu ini,” katanya.
Laporan polis ini antara siri laporan yang akan dibuat terhadap Najib di seluruh negara oleh pemimpin PKR hari ini.
Bersama Rafizi di Balai Polis Setiawangsa ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas ahli Parlimen Port Dickson, Danyal Balagopal Abdullah.
Rafizi turut menuduh Najib mengalihkan perhatian daripada isu berhubung tuntutan Sulu itu, sedangkan keputusan menghentikan bayaran tersebut dibuat pentadbirannya.
“Beliau berlagak seperti ‘superstar’, seolah-olah tidak bersalah. Sepanjang empat tahun lepas, beliau hanya mengolah kebenaran dan memanipulasinya mengikut naratif sendiri,” katanya.
Baru-baru ini, bailif merampas dua anak syarikat Petronas yang berdaftar di Luxembourg, dianggarkan bernilai lebih RM8.87 bilion, bagi pihak waris Kesultanan Sulu.
Susulan itu, kerajaan berkata, ia mendapat perintah penangguhan terhadap penguatkuasaan keputusan mahkamah timbang tara Perancis yang memerintahkan kerajaan membayar USD14.9 bilion kepada waris Kesultanan Sulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok.jd tawaf la najib ke 25 balai utk dirakam percakapan ke macamna? |
|
|
|
|
|
|
|
Ganyang Pilipin. Selamatkan Kristine Hermosa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 19-7-2022 05:03 PM
“Beliau berlagak seperti ‘superstar’, seolah-olah tidak bersalah. Sepanjang empat tahun lepas, beliau hanya mengolah kebenaran dan memanipulasinya mengikut naratifnya sendiri,” katanya.
Dia jadi besar kepala,asyik dok main play victim sebab ramai melayu bebal yg masih dok sokong |
|
|
|
|
|
|
|
Politikus2 bergaduh... Sulu tepuk tangan |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk nak baca macai bekap ja nampaknya belum ada lagi. Kecewa dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semakin popular bossku... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah masuk sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Arab tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|