CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2537|Reply: 17

[Tempatan] Isu Nuramira membongkar ‘bangkai’ tersorok?

[Copy link]
Post time 19-7-2022 09:12 PM | Show all posts |Read mode
APABILA kegemparan berkenaan lawak bodoh yang dilakukan oleh seorang wanita, Siti Nuramira Abdullah yang mendakwa dia adalah seorang yang menghafal 15 juzuk al-Quran, membuka tudung dan berpakaian seksi, tersebar serata Malaysia, ramai yang marah, geram dan mahukan tindakan yang tegas dikenakan ke atas pelaku itu. Teman lelakinya yang bernama V Alexander Navin yang memuatnaik keratan video itu. Bagi yang waras, tiada apa nilai kelakar yang cuba ditonjolkan dalam perbuatannya itu.

Namun, di sebalik semua itu, sekonyong-konyongnya, timbul pula bangkai-bangkai lain yang tersorok selama ini. Di sebalik kenyataan kesal tuan punya kelab dan kritikan mereka, keanehan dapat dikesan, rupanya video itu sudah tiga minggu yang lalu. Kenapa baru sekarang kesal, terkilan atau terkejut?

Bagaikan melempar satu batu besar dalam kolam, kocakan itu kemudiannya mengeluarkan semua biawak, ular dan berbagai lagi binatang yang ganas dan berbisa. Rupanya pemiliknya Kelab Komedi Crackhouse yang bernama Rizal Van Geyzel semenjak dahulu, antara hobinya ialah mengutuk Islam, Melayu dan bumiputera dalam leluconnya. Sehinggakan satu tangkap layar menunjukkan Rizal pernah meminta seorang wanita Islam yang bertudung, membantunya membuka tin bir di tangannya, sewaktu persembahan.

Ketika dia ditahan bagi membantu siasatan, peguamnya Ramkarpal Singh berkata Rizal mungkin akan bermalam di lokap Balai Polis Dang Wangi. Saya tidak pasti Ramkarpal yang mana, tetapi anak mendiang Karpal Singh, ada yang bernama Ramkarpal dari DAP. Walaupun ada gambar Rizal memakai baju BN, tetapi saya percaya, itu adalah hanya aksi ‘menganjing’, kerana yang membelanya dengan sepenuh hati ialah Afdlin Shauki, yang kalah pemilihan Ketua Cabang PKR, baru-baru ini.

Maka, jelas, Nuramira dan Alex sebenarnya telah menunjukkan lokasi kejadian yang lebih kurang sama dengan perlakuannya itu. Sememangnya tempat itu, tempat celaka yang mempersendakan Islam. Mereka bersatu atas nama ikatan tali syaitan, bukan sebagaimana orang beriman yang berpegang dengan tali Allah. Akhirnya kaki mereka tersadung, muka tersembam kerana terbelit dengan tali syaitan itu. Allah yang mahu mereka malukan, mereka pula menerima aib serta hukuman.

Tiada kedengaran suara pimpinan Melayu Islam dalam PH menghentam penghinaan ini. Sekurang-kurangnya, menasihatkan Afdlin agar menjauhkan diri dari isu sensitif ini. Malah wakil DAP, Ramasamy Palanisamy pula cuba mengalihkan isu ini dengan kenyataannya berkenaan Mat Kilau bukanlah seorang nasionalis, tetapi hanyalah seorang pemimpin petani.

Jelas, Ramasamy bukanlah seorang peminat filem Tamil. Dalam filem Tamil, adalah menjadi satu ‘stereotype’ kepada jalan ceritanya iaitu berkenaan penindasan terhadap golongan miskin dan cinta yang terhalang. Hampir semua hero mereka adalah dari golongan miskin dan susah yang memperjuangkan nasib dan menentang kezaliman penindas iaitu orang kaya yang jahat. Hinggakan MGR menang pilihan raya dan menjadi Ketua Menteri kerana banyak lakonan membela si miskin.

Ramasamy menuduh pahlawan Melayu itu sebagai konservatif dan berfikiran sempit. Alasannya ialah Mat Kilau bangkit bersama kumpulannya kerana mahu menghentikan banyak tindakan zalim British seperti cukai terhadap rakyat Pahang yang mana iaitu mereka mahu mengembalikan hak mereka. Jika begitu, benarlah perjuangan Mat Kilau, kerana dalam Islam, yang zalim, wajib ditentang dengan tiga keadaan jika mampu, kuasa, lisan atau hati. Mat Kilau mengikut jalan perjuangan Islam, bukan LTTE. Mat Kilau anak jati Pahang, menentang British yang datang dari luar.

Jadi dakwaan palsu Ramasamy terhadap Mat Kilau itu, kembali kepadanya dengan kenyataannya juga dengan pertanyaan saya, mengapa setelah dia menjadi rakyat Malaysia, dia menyokong LTTE sebuah pertubuhan yang diisytiharkan dunia sebagai pengganas? Gambarnya memberi hormat kepada senapang AK47, masih ada berlegar di internet. LTTE menurut Ramasamy, hanyalah sebuah pertubuhan pembebasan, bukan keganasan. Sedangkan Tamil pula bukan bangsa utama di Sri Lanka.

Dan tindak balas ganas kaum Tamil adalah kerana tekanan dari Kerajaan Sri Lanka dan bangsa terbesar di sana, Sinhalese yang beragama Buddha itu ke atas mereka. Malah ada orang Tamil sendiri yang disyaki sebagai tali barut, akan dibunuh LTTE, bahkan Rajiv Ghandi, Perdana Menteri India dibom mereka. Oh, kalau Tamil yang buat, tak apa, kalau Melayu kaum terbesar di Tanah Melayu yang menentang penindasan kuasa asing, bukan pejuang? Baik punya belit. Dey! Ramasamy.

Apapun, kita mesti berterima kasih kepada mereka. Merekalah yang telah membuka kunci bilik rahsia rasis dan kebencian mereka terhadap Islam. Kerajaan membuka ruang seluas ini yang akhirnya mereka melampaui batas. Dan, sewajarnya golongan yang jahat dan tidak tahu bertolak ansur untuk agama dan bangsa sebegini, ditolak kehadiran mereka dalam kehidupan kita. Jelas, PH masih lagi dengan otak liberalnya, tiada jaminan untuk agama dan bangsa.

Takut sungguh mereka dengan kebangkitan Melayu, walaupun hanya sebuah filem. Sebab contoh dan mesej yang diberikan Mat Kilau itu jelas, Melayu mesti bersatu dan ikut Islam, pastinya sesiapa sahaja mereka boleh lawan, tiada takut tiada gentar. Isu lawak juga menyaksikan kesatuan Melayu Islam yang menolak bersama-sama semua hinaan ini, semakin kukuh.

MOHD NASIR ABDULLAH
15 Julai 2022

https://harakahdaily.net/index.php/2022/07/15/isu-nuramira-membongkar-bangkai-tersorok/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
The hell is 'lelucon'? Bahasa melayu ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 10:41 PM | Show all posts
inagtkan bangkai tersorok tu realiti gelap yang menukar perempuan hafizah 15 juzuk tu jadi separa pembogel.

Atau sebenarnya dia sememangnya bukan hafizah? hanya menganjing orang ramai?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 19-7-2022 10:21 PM
The hell is 'lelucon'? Bahasa melayu ke tu?

Ya, BM. Lelucon = jenaka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng sorok minyak peket tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:40 PM | Show all posts
yes, i suke artikel ni di mana part , hakikatnya senjata makan tuan berlaku, cracked house tu dan segala aktivitinya dibongkar setelah peristiwa ini berlaku daripada kalangan golongan liberal juga. Isn't it ironic betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2022 08:57 AM | Show all posts
ni macam artikel saja ambil peluang nak hentam bab politik jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:02 AM | Show all posts
girl yg buka tin tu pun kenapa buat?
boleh je menolak  kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun amat mengutuk perbuatan2 orang2 sendakan agama lain ni, artikel ni amat berbau politik melebihi nak bela agama.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:38 AM | Show all posts
tu la amalkan lagi dasar pecah perintah,
last2 melayu dan islam jugak kena telan pahitnye,
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:39 AM | Show all posts
menunggu lebai lebai kelantan pembalak untuk bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:47 AM | Show all posts
Dovahkiin replied at 19-7-2022 02:21 PM
The hell is 'lelucon'? Bahasa melayu ke tu?

iya.. lelucon adalah bahasa melayu yg sama maksud dengan jenaka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:21 AM | Show all posts
Dah selamat dipolitikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak nak komen yong Amy tu anak lobai pas?
Entahnya dipaksa berbungkus oleh pak dia si lobai, dipaksa masuk tahfiz tanpa kerelaan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:49 AM | Show all posts
kalau bab macam ni terus kecam islam ni macam2 kan geng liberal ni. ni kes rusuhan kuil yang sampai ada anggota bomba kita mati tu takde plak geng2 liberal ni nak hentam padahal yg tu sebenarnya satu contoh ekstremisme dalam agama jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:51 AM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 19-7-2022 10:41 PM
inagtkan bangkai tersorok tu realiti gelap yang menukar perempuan hafizah 15 juzuk tu jadi separa pe ...

aku pon rasa gitu. silap2 ngaji pon x pandai. yelahh sbb nk buat kelakar kann. ntah celah bedah mane yg kelakar nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 04:01 PM | Show all posts
mungkin hafal 15 surah kot. lebih lojik.

not to say 15 juzuk tu impossible.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jgk petik nama PH sbb nk tutup kelemahan sendiri..Ingatkan bila Pas jadi kjaan dah takde org berani hina islam tp rupanya makin teruk lagi ada.

Yg ni lobai taknak komen ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.135366 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list