HONOLULU: Sejumlah rumah dan premis perniagaan musnah dibadai
ombakgergasi yang melanda pesisir pantai selatan Hawaii pada hujung minggu, selain air melimpah ke jalanan.
Ombak besar dengan sebahagiannya melebihi ketinggian enam meter berlaku akibat air pasang dan perubahan paras laut yang disebabkan oleh perubahan iklim, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (AS).
Fenomena alam itu turut menjejaskan satu majlis perkahwinan apabila ombak besar menghanyutkan kerusi dan meja sehingga mencetuskan panik dalam kalangan jemputan.
Seorang penulis, Sara Ackerman yang menghadiri majlis perkahwinan itu sempat merakam insiden yang berlaku.
“Ombak itu sangat besar, apa sahaja yang berada di laluannya pasti akan musnah. Semua kerusi dan meja bertaburan.
“Ombak gergasi itu berlaku kira-kira lima minit sebelum upcara berlangsung.
“Situasi itu tidak berbahaya, namun ramai di antara kami keliru apa yang perlu dibuat, sama ada meneruskan perkahwinan atau melangsungkannya pada hari lain,” katanya.
Bagaimanapun, tuan rumah tetap meneruskan upacara perkahwinan itu dan mereka beramai-ramai membersihkan
kawasan selepas majlis berakhir.
Dalam pada itu, pakar meteorologi, Chris Brenchley menyifatkan ombak yang tercetus itu merupakan antara yang terbesar dalam tempoh beberapa dekad.
Katanya, ‘sejumlah insiden yang tidak dapat dielak’ menjadi penyebab tercetusnya ombak gergasi berkenaan.
Antaranya, Siklon Tropika Remnants yang melalui selatan Hawaii sebelum ini, namun tidak memberikan kesan yang besar.
Jelas Brenchley, kebiasaannya, ombak di bahagian selatan Hawaii berketinggian tiga meter, manakala pantai di utara negeri ini lebih biasa dan menjadi pilihan pasukan peluncur untuk melakukan pertandingan. –
AP