View: 778|Reply: 8
|
Pengantin Nyaris Terlepas Majlis Angkara 3 Teksi Batal Permintaan Ke Gereja
[Copy link]
|
|
Seorang bakal pengantin wanita yang sudah lewat untuk ke majlis perkahwinannya menarik nafas lega apabila seorang lelaki tidak dikenali sanggup menumpangkannya.
Wanita itu yang dikenali sebagai Anastasia berdiri hampir 45 minit di kaki jalan selepas tiga teksi membatalkan permintaannya untuk ke gereja yang hanya memakan masa 10 minit.
TikTok/Newsfet
Portal Mirror melaporkan, situasi cemas itu berlaku di London apabila dia tidak mengetahui betapa susahnya untuk mendapatkan perkhidmatan teksi di bandar raya itu.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik apabila seorang lelaki, Marksteen Adamson, menjadi penyelamat yang kemudian memuat naik perjalanan itu di TikTok.
Dia mendakwa dalam perjalanan bertemu beberapa rakan apabila melihat bakal pengantin wanita itu di tepi jalan.
"Apabila berhenti di persimpangan pejalan kaki saya melihat seorang pengantin wanita dalam keadaan keliru dan bingung.
"Saya mula membuat rakaman kerana saya fikir ia akan menjadi 'trending' melihat pengantin wanita melintas jalan dengan pakaian lengkapnya.
"Tetapi saya akhirnya menjadi hero apabila wanita berkenaan mendekati ke arah saya dan memberi isyarat," katanya.
Menurutnya, wanita itu mendakwa, dia sudah ditolak tiga teksi dan tidak tahu bagaimana mahu ke majlis perkahwinannya.
Nasib baik, Marksteen mempunyai ruang di belakang Land Rovernya dan dia berbesar hati untuk membantu.
Dalam video itu, pengantin wanita itu dapat dilihat cuba menyeberang jalan sebelum dia melihat kenderaan Marksteen.
Menunggu dalam kesesakan, dia kemudian berhenti seketika untuk berbual dan menyedari dia boleh membantu.
Tanpa masa yang lama, pengantin perempuan, kakaknya, Alexandra, dan rakannya, Paul Kuraksin, masuk ke dalam kereta.
"Saya sudah lewat ke gereja, tolong cepat," kata pengantin itu.
Videonya berakhir dengan pengantin perempuan itu tiba di lokasi dituju. Video yang menyentuh hati itu menerima tontonan lebih 100,000 sejak disiarkan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
sempoi je nak naik teksi pi menikah..manakala di malaysia pengantin sampai sewa Bentley nak berlagak...(aku kata kat sepupu aku..) |
|
|
|
|
|
|
|
aa, depa kan selalu kawen tempat jauh2x. tp bagi aku ni perancangan fail. mungkin dia asperger. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ter miss apa jadi, pengantin laki kawin org lain ka? Selayaknya la dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama dia anastasia baq hang. Nama sedap muka sedap. Tapi planning gagai keleut. La memang semua tiktok ja ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Tambah sikit, tek pun dok terletak elok ja dengan baju. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya baca kisah spt ini.. pelajaran kepada orang ramai supaya suatu masyarakat masih berfungsi dengan baik |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dia tak ajak pun makan nasi minyak sekali. low bajet sungguh.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|