CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2134|Reply: 20

[Dunia] Bekas Imam Mekah naik Harley Davidson

[Copy link]
Post time 21-7-2022 03:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-7-2022 11:41 AM

Bekas Imam Mekah naik Harley Davidson



TANGKAP layar video Sheikh Adel Al-Kalbani menunggang motosikal Harley Davidson dengan mengenakan pakaian moden. - AL ARABIYA


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 20 Julai 2022, 9:30 pm















JEDDAH: Satu video memaparkan bekas Imam Masjidilharam menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi lengkap dengan berpakaian moden, menjadi tular dalam media sosial.     

Berdasarkan video dirakam oleh seorang peminat di aplikasi Snapchat, Sheikh Adel Al-Kalbani dilihat sedang duduk di atas motosikal jenis Harley Davidson di tepi jalan.  

Malah, Sheikh Adel juga kelihatan memakai jaket dengan bendera negara Amerika Syarikat (AS) dan beberapa lagi ikon di atas pakaian itu.  

“Sheikh Adel tersenyum dan menunjukkan isyarat dua jari berbentuk `V’ sebagai simbol kedamaian selepas peminat yang merakam video meminta beliau berbuat demikian,” jelas laporan Al Arabiya.

Nama Sheikh Adel menjadi sohor kini di Twitter sejak rakaman video itu tular dalam media sosial, Isnin lalu.

Malah, tindakan bekas Imam Masjidil Haram itu juga mencetuskan pelbagai reaksi di seluruh Arab Saudi kerana dianggap luar biasa dan berbeza dengan ulama lain.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial berpandangan cara Sheikh Adel berpakaian mungkin sukar diterima oleh sesetengah rakyat.

“Pada hemat saya, Sheikh Adel tidak melakukan sebarang perkara yang dilarang. Beliau bebas membuat apa sahaja dimahukan.

“Namun, kita sudah biasa melihat golongan imam terutama Imam Masjidil Haram berpakaian dengan cara tertentu. Jadi, kami sukar menerima perkara ini,” katanya di Twitter.

Bagaimanapun, rata-rata warganet memuji penampilan baharu Sheikh Adel dengan ada yang menggelar beliau sebagai tokoh luar biasa.     

Ramai juga yang menganggap apa yang dilakukan oleh bekas Imam Masjidil Haram itu sebagai satu bentuk kebebasan baginya.  

“Apa salahnya memakai pakaian moden. Ini adalah kebebasannya. Tiada siapa yang akan mempertanggungjawabkan individu itu melainkan Allah.

“Jadi, mengapa mahu kecoh mengenai isu ini,” kata seorang pengguna yang menjawab komen negatif pada video tersebut.


https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/07/bekas-imam-mekah-naik-harley-davidson/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar tonggang Harley dari tonggang ugama. Gitoohhhhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu janji jgn pakai sua dlm je naik harley
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:14 AM | Show all posts
lol

uols expect dia naik unta 24/7 kheennn?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bior le, dia pun manusia, ada hobi... bukan dia tonggang motosikal sambil membuka aurat pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 21-7-2022 07:10 AM
Biar tonggang Harley dari tonggang ugama. Gitoohhhhhhh..



Jah kubis ninja tersenyum sinissss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagipun kat saudi mana ada kapcai.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai lah dengan size imam.. Bukan keji... Some akak jumpa harley biker size petit... Ride harley with high handle seperti drying ketiak... If emergency brake tidak pasti kaki mampu jadi stand di ground..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 21-7-2022 08:14 AM
lol

uols expect dia naik unta 24/7 kheennn?

Puak lobai Malaysia je yg kagum naik unta.
Orang lelaki pulak kena pakai maxi...... sunnah katanya.
Orang tino kena pakai purdah.....supaya lelaki Muslim tak naik ghairah
Kanak2 digalak ambil kursus memanah bukan mrnbak.  Kanak2 tino tak bolih ambil sukan jimnastik nanti lobai stim.
Keadaan dunia 1,400 tahun dahulu sangat diimpikan golongan lobai Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow...mesti dah lama mengidaam round the world kan...apa salahnya.hidup dia.duit dia...kita tengok je lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 21-7-2022 08:14 AM
lol

uols expect dia naik unta 24/7 kheennn?

Naik unta sambil memanah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:28 AM | Show all posts
ok la hobi heshe menunggang motor besar dari lobai malaysia hobi menunggang lobang budak underage
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Heran benda camni pun jd news
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:12 AM | Show all posts
mengejar akhirat dan mengejar dunia. untung didunia untung juga diakhirat
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:20 AM | Show all posts

sokan mahal tu uols
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:21 AM | Show all posts
batu kikir replied at 21-7-2022 09:35 AM
Puak lobai Malaysia je yg kagum naik unta.
Orang lelaki pulak kena pakai maxi...... sunnah katany ...

1400 lepas takdooo la porem lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
tu pun jd mslh, igtkan rakyat malaysia je bz body rupanya peel seantero dunia
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:38 AM | Show all posts
harley tu tak bersalah..
tapi mungkin isu pada lencana kat jaket dia tu...
ada bendera US, ada tengkorak, lain2 tak jelas....pelangi tak nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 09:03 AM | Show all posts
elok lagi gini... tunggang harley pakai baju lambang bendera us dari tunggang budak underage pakai serban cecah siling
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ilmuan igama melayu lagi advance
Layan music di kalabul malami sambil dihimpit 2 pompuan seksey
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.267779 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list