Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan Perodua Alza serba baharu sekali gus berjaya menerima lebih 30,000 tempahan sejak pembuat kereta kompak itu membuka tempahannya pada 23 Jun 2022, yang mana tertinggi dalam sejarah jenama Alza.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, hampir 4,000 pelanggan sudah menukar tempahan Perodua Alza mereka kepada versi terkini walaupun sebelum pembukaan tempahannya diumumkan secara rasmi.
Katanya, pencapaian itu disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu.
"Daripada lebih 200,000 tempahan yang kami terima buat masa ini, hampir 15 peratus adalah model Perodua Alza serba baharu ini.
"Bermula hari ini, beberapa pelanggan kami akan menerima Perodua Alza serba baharu mereka daripada 195 bilik pameran jualan sah di seluruh negara.
"Selain itu, kami memberi jaminan kepada pelanggan kami yang menempah Perodua Alza serba baharu mereka pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan mereka sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023," katanya di majlis pelancaran rasmi Perodua Alza serba baharu di sini, hari ini.
Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Daihatsu Motor Co, Soichiro Okudaira.
Zainal berkata, faktor lain adalah daya tarikan nilai keseluruhan pakej Perodua Alza serba baharu, termasuk ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti enam beg udara, ciri Bantuan Keselamatan Termaju, tawaran digital yang dipertingkatkan, ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.
Perodua Alza serba baharu dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat dan tanpa insuran).
Bagi mereka yang menempah Perodua Alza serba baharu pada atau sebelum 30 Jun 2022 dan menerima kenderaan mereka pada atau sebelum 31 Mac 2023 akan menikmati harga yang lebih rendah kerana mereka layak untuk inisiatif pengecualian cukai jualan.
Kerajaan Malaysia, baru-baru ini, mengumumkan bahawa semua kenderaan yang ditempah pada atau sebelum 30 Jun masih boleh menikmati inisiatif pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka didaftarkan pada atau sebelum 31 Mac 2023.
Mengenai pembangunan Perodua Alza serba baharu, Zainal berkata, syarikat itu melabur RM770 juta untuk membangunkan model terbabitt sejak April 2018.
Perodua Alza serba baharu ini dibangunkan bersama di bawah Arkitertur Global Baharu Daihatsu (DNGA) di mana pereka dan jurutera Malaysia bekerja dengan rakan sejawatan mereka di Daihatsu Motor Co,Jepun.
Beliau berkata, perkongsian ini membolehkan Perodua dan pembekalnya bekerjasama dengan Daihatsu untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan kos pembangunan model baharu, dan dalam kes ini, Perodua Alza serba baharu.
Perodua Alza serba baharu juga adalah model kedua dibangunkan di bawah DNGA selepas Perodua Ativa, yang diperkenalkan pada Mac 2021.
uish ada feel bangga naik perodua skrg ni ye. feel uptodate tu ada sama macam zaman I kecik2 dapat naik wira. tengok cat tu, berkilau lain macam ngan color pop gitu.
Post time 22-7-2022 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku dalam plan nak tukau keta baru ganti alza lama. Nak beli SUV 7 seater yang selesa semua harga atas 150k. Tunggi CRV 7S pun macam takda harapan masuk mesia.
Mungkin veloz /BRV baru akan lancar nanti baru buat pilihan
Post time 22-7-2022 08:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
acikhan replied at 22-7-2022 08:38 PM
angkat Mitsubishi xander uuu, sbb adik haku beli tinggi n sesuai la sape ank ramai rege dlm rm80k ...
xander yg camne ye? kalau xpander latest (tatau la thn 2021 ke bila) price dlm 96k++...baru kepochi dgn neber. dia angkat yg tu last month. kdg2 cun kdg2 serupa transformers tp dalam cun
Post time 23-7-2022 12:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kerjasama jurutera Msia pala bana mende, kat Indon model ni dipanggil Xenia & Veloz utk.versi Toyolta.
Perodua Alza serba baharu ini dibangunkan bersama di bawah Arkitertur Global Baharu Daihatsu (DNGA) di mana pereka dan jurutera Malaysia bekerja dengan rakan sejawatan mereka di Daihatsu Motor Co,Jepun.