View: 662|Reply: 11
|
Buang Semua Kasut, Lelaki Nak Berkaki Ayam Seumur Hidup
[Copy link]
|
|
LONDON: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang tidak memakai kasut mahupun selipar selama lebih 10 bulan, kini merancang untuk `berkaki ayam’ sepanjang hidupnya.
Lapor Daily Mail, George Woodville dari Cambridge mula membuang semua kasut dimilikinya selepas bercuti bersama keluarganya di Plymouth, Oktober tahun lalu.
Kata Woodville, dia berasa seolah-olah `bebas’ daripada cengkaman ketika melakukan demikian.
Foto: PA Real Life
Sejak itu, katanya, dia berkaki ayam ketika mahu pergi ke bar, restoran, pasar raya dan juga kelab malam.
“Saya akan meminta mereka sebaldi air untuk membersihkan kaki sekiranya terpijak sesuatu kotor seperti tahi anjing atau hanya menggunakan lopak air,” katanya.
Jelas Woodville, dia juga pernah diminta untuk meninggalkan bar dan pasar raya kerana kakinya yang kotor disebabkan tidak memakai kasut.
“Berkaki ayam membuatkan saya kurang cerewet mengenai apa yang dipijak.
“Malah, apabila terkena kaca di kakinya, ia biasanya akan jatuh selepas beberapa hari,” katanya.
Woodville dilaporkan pergi ke mana-mana tanpa mengenakan kasut dalam sebarang jenis cuaca.
Pempengaruh media sosial itu memperoleh lebih 50 juta tontonan dan mempunyai 300,000 pengikut di TikTok sejak Mei lalu, selepas memuat naik video menunjukkan kakinya yang berukuran saiz lapan.
Woodville membuka laman OnlyFans mengenai kaki pada awal tahun ini selepas menerima banyak mesej peminat di TikTok yang meminta `gambar kakinya’.
Dia kini percaya kakinya boleh menjadi sumber pendapatan utama baginya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 manusia skrg ..esok kaki luka kena bakteria dah 1 hal pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kotor la masuk umah. Puas memberus kaki ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana time salji tebal. tak kena frostbite ke kaki heshe |
|
|
|
|
|
|
|
sembang je tu untuk content
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat OZ pemandangan biasa orang berkaki ayam masa summer. Feeling ala2 liberated gitu kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nnti kena paku karat masuk kuman dah nak kena potong kaki yaachhh |
|
|
|
|
|
|
|
Berhati-hati semasa berjalan kaki, takut terpijak benda-benda tajam |
|
|
|
|
|
|
|
Content semata nak raih fame and fortune. Coba la masa winter nanti... |
|
|
|
|
|
|
| |
|