CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 865|Reply: 16

[Tempatan] 'Turun' anjur protes harga barang naik di KL Sabtu ini

[Copy link]
Post time 21-7-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 21-7-2022 03:48 PM

'Turun' anjur protes harga barang naik di KL Sabtu ini
Diterbitkan:  Jul 21, 2022 11:24 AM




Sebuah kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Turun’ hari ini berkata bahawa ia akan melakukan protes jalanan pagi ini untuk menuntut Putrajaya bertindak untuk menangani kenaikan harga barang.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa penganjur Turun menyatakan kekecewaan mereka terhadap ahli politik yang mereka katakan gagal memahami realiti kehidupan di lapangan.

"22 hari telah berlalu setelah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

“Pasukan ini yang diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, serta tiga lagi menteri, ternyata sedang gagal menangani masalah inflasi yang merupakan isu paling mendesak dalam negara.

"Selain daripada mengunjungi pasar pagi dan kedai runcit, kesemua anggota pasukan ini yang juga Ahli Jemaah Menteri tidak mempunyai buah fikiran baru yang berkesan untuk mengawal kenaikan harga barang serta menyalurkan bantuan kepada rakyat,” kata jawatankuasa itu.

Ia juga menegaskan bahawa Ismail telah melawat 11 negara tahun ini apabila ramai rakyat Malaysia bergelut untuk memenuhi keperluan hidup.

Tambah Turun, selain itu, ahli Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini juga telah meluluskan keputusan untuk menaikkan gaji mereka sendiri apabila rakyat tidak mempunyai gaji yang berpatutan.

"Semua lawatan antarabangsa jemaah menteri harus dihentikan sehingga masalah kos sara hidup yang menghimpit rakyat selesai.

"Dengan ini, kita akan turun ke jalan raya (Sabtu ini) dengan lima tuntutan: Potong gaji menteri, kekalkan subsidi, salurkan bantuan bermaruah, kawal harga barang, selesaikan jaminan makanan," kata kumpulan itu.

Menurut kenyataan itu, mereka menyeru semua rakyat Malaysia menyertai mereka dalam protes itu, yang akan diadakan di kompleks beli-belah Sogo pada pukul 2 petang Sabtu ini.

"Kita tidak mempunyai pilihan selain turun dengan satu suara supaya masalah ini tidak diremehkan oleh perdana menteri dan menteri-menteri lain," kata mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 03:56 PM | Show all posts
sekali sogo buat sale, lepas protes boleh shoping, seluar jeans 50% diskaun
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 03:59 PM | Show all posts
tmpt shopping jgk nk diprotes nya

pegi la dpn parlimen tu
dpn pej pm ke


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:25 PM | Show all posts
lahhh dtg putrajaya jelah dh bengang ngan gomen kann
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
knp tak protes je kt opis gomen Putrajaya tu. mmg dh termaktub ke tmpt protes kt sogo tu. dh la wiken sll jem. lagi nk menambah jem.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Irhal! Irhal! TNC HEP!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 04:36 PM | Show all posts
semak betullaaaaaaa

ko protes laa 24jam ..tp tuuu pergi putrajaya tu... yg kat sogo tu rakyat marhean cam ko jugak sambil protes sambil cuci mata..alih2 join sale sogo...

udah laa hari2 jem..nak ditambah2 lagi jem nya..bingai
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 04:40 PM | Show all posts
Ramai orang yang mengeluh harga barang naik bla bla bla
tetapi tada usaha untuk bersatu tekankan kapitalis..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 07:15 PM | Show all posts
err.. bukan tak jadi naik ke? nak protes ape lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa korang tak rompak jer sapa yg naikkan rega barang jualan..rasa lg berkesan taktik dan strategi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pakai baju warna apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bakalan jammed la sabtu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cutieslilies replied at 21-7-2022 04:36 PM
semak betullaaaaaaa

ko protes laa 24jam ..tp tuuu pergi putrajaya tu... yg kat sogo tu rakyat marhe ...

Parkson Elite Pavi ada mega sales sis
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:05 PM | Show all posts
eh bukan ke Covid-19 dok tinggi la ni, dengan influenza type lain tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:33 PM | Show all posts
bosan ahhh balik2 sogo la celake
nk protes protes betul2 mcm kat netherland canada bawak kenderaan blok highway putrajaya
ni protes sekadar nk tnjuk buat kerja je utk kempen politik
balik2 sogo
nti balik rumah singgah beli durian tepi jalan pffffttt
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:34 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 21-7-2022 09:05 PM
eh bukan ke Covid-19 dok tinggi la ni, dengan influenza type lain tu?

kan dah vaksin... xkan matilah kne kobobit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 11:38 PM | Show all posts
awat sogo? takde tmpt lain ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054491 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list