CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 777|Reply: 2

[Tempatan] Saksi sahkan usia Bella 15 tahun pada 2020

[Copy link]
Post time 21-7-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu usia remaja sindrom down dikenali sebagai Bella ialah 15 tahun ketika menjalani ujian imbasan sinar X bone age (anggaran usia tulang) pada 2020.

Saksi pendakwaan ke-13 kes berkenaan yang juga Pegawai Perubatan Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah, Dr B Anulaawathi, 39, mengesahkan laporan X bone age remaja itu dikeluarkan beliau pada 3 Ogos 2020 ketika bertugas di Hospital Tunku Azizah selepas menerima permohonan dari Jabatan Pediatrik, hospital itu pada 27 Julai tahun sama.

Katanya, anggaran usia sebenar remaja itu diketahui selepas analisis dibuat melalui tiga aspek iaitu chronological age; brush foundation data dan buku rujukan, Radiographic Atlas of Skeletal Development of the Hand and Wrist yang dikarang oleh Sarah Idell Pyle dan William Walter Greulich.

"Buku ini standard (prosedur operasi standard - SOP) digunakan untuk menganalisis bone age hospital seluruh Malaysia dan banyak digunakan di Hospital Tuanku Azizah.

Buku itu mengandungi siri sinar X sebagai rujukan untuk jantina dan umur sejak lahir sehingga 18 tahun. Apabila dibandingkan dengan gambar rujukan sinar X bagi umur 13 tahun, kita mendapati masih tidak sama dengan imbasan sinar X tulang Bella.

"Kita boleh tengok lagi, Bella lebih tua daripada gambar rujukan umur 13.6 tahun. Kita terus melihat pada gambar rujukan untuk umur 15 tahun dan mendapati gambar itu sama dengan sinar X Bella iaitu plat pertumbuhan tulang di pergelangan tangan masih kelihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pemeriksaan utama dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azizah Mohamad.

Ditanya pihak pendakwaan ketika sesi pemeriksaan balas, sepanjang melaksanakan prosedur analisis bone age adakah dia bersemuka dengan pihak berkaitan termasuk pasukan pediatrik dan Bella sendiri, Dr Anulaawathi berkata, dia tidak menemui sesiapa.

"Tiada keperluan (berjumpa mereka) kerana semua arahan sudah ditulis dalam permohonan melalui sistem," katanya.

Dalam pada itu, Dr Anulaawathi menjawab benar ketika ditanya peguam Nur A'minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali bahawa peranan saksi itu hanya menyediakan laporan selepas mendapat arahan dari pasukan pediatrik.

Siti Bainun, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi ditangguhkan petang ini.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya skrg ni umur dia 17 ke? Tp dia tak nampak mcm 17.
Btw iols tertanya cemana bila dia datang bulan, ada yg bantu ke uruskan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 21-7-2022 08:26 PM
Maknanya skrg ni umur dia 17 ke? Tp dia tak nampak mcm 17.
Btw iols tertanya cemana bila dia datang  ...

bella blh urus diri kan?
anak kwn iols dtg bulan ms umur 12thn pun sd jugak. ms mula2 period tu berjejeh2 darah menangis cari maknya. kwn i igt dia jatuh terkena apa2 tak teringat ke period dah anak pun x reti ckp sgt. siap bwk pergi emergency. sekali doc ckp period
lepas 2/3bulan period tu alhamdulillah dia pandai urus dah cuma awal2 tu kene betul2 pantau la. anak kwn i lbh krg mcm bella ni jugak tgk dari gambar la, bkn la yg jenis lgsg x reti urus diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041331 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list