View: 1046|Reply: 13
|
'Kerajaan Suruh Jimat Kos, Tapi Kenapa Taklimat Usul Tuntutan Sulu Buat Di Ballroom Hotel?'
[Copy link]
|
|
Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas akan diberikan taklimat secara tertutup berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu pada jam 8.30 malam ini di sebuah hotel di ibu negara.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengakui menerima surat jemputan hadiri taklimat malam ini, namun tidak dapat dikongsi kerana ia dicop sebagai rahsia.
FB
Taklimat tersebut menyusul selepas beberapa hari persidangan Dewan Rakyat kecoh susulan usul membahaskan tuntutan waris Sultan Sulu ditolak.
"Semalam, saya percaya semua Ahli Parlimen di blok pembangkang dan Bebas telah menerima satu 'surat cinta' daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tetapi saya tidak boleh dedahkan kepada rakan wartawan kerana ia dicop rahsia.
"Bagaimana satu surat jemputan itu boleh menjadi rahsia, saya perlukan menteri untuk menjelaskan kepada kami..." katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Nie Ching berkata sesi taklimat tersebut akan disampaikan oleh Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri di JPM (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Katanya, sebaik taklimat tersebut selesai, satu sesi soal jawab dijangka diadakan.
Bagaimanapun, Nie Ching mempertikaikan tindakan untuk mengadakan perbincangan tersebut di sebuah hotel bertaraf lima bintang, yang disifatkan sebagai membazir sedangkan Dewan Rakyat boleh dijadikan sebagai medan perbincangan.
"Bukankah sekarang ini kerajaan kata nak jimat kos kerana kos sara hidup semakin tinggi, buat apa kita bazir sewa ballroom? Kita tak guna pakai fasiliti sedia ada iaitu Parlimen dan Dewan Rakyat.
"Mana ada platform lagi bagus untuk mendengar taklimat atau penjelasan daripada menteri-menteri?," soalnya lagi.
Isnin lalu, Dewan Rakyat kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati mengenai usul berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis ditolak sebanyak tiga kali oleh Yang Dipertua, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Begitupun, Azhar semalam menjelaskan pendirian beliau untuk menolak usul tersebut kerana ia bersifat subjudis dan perbahasan usul tersebut boleh mendedahkan strategi perundangan kerajaan kepada pihak lawan.
Sumber: Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen skrg ni pernah pulak bijak. Gabungan pengkhianat, penunggang n penyamun what do u expect… |
|
|
|
|
|
|
|
taklimat pasal kebodohan najib batalkan perjanjian ikut suka hati apak dia ke?
nak batal apa2 perjanjian pi naik mahkamah dulu jibby..bukan suka suka hati main tak iktiraf je.. |
|
|
|
|
|
|
|
pas tu takde penyelesaian pon |
|
|
|
|
|
|
|
bising2 nnt dtg mkn2 minum2 gelak ketawa
lupa dah tujuan asal
puihh |
|
|
|
|
|
|
|
Penjimatan kos buat di ballroom |
|
|
|
|
|
|
|
Buat kat dewan komuniti pung boleh
Nak buat pembaziran gaks |
|
|
|
|
|
|
|
parlimen skrg dah jadi takde fungsi yah bawah gomen hanat nih..perkara serius yg libatkan kedaulatan negara camni pun buat kat hotel.Apoo... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau si tomitomat tak buat surat bodoh tu, tak perlu pon sesi penerangan ni |
|
|
|
|
|
|
|
No wonder la acik2 forum gelar org tua tu mael lembab |
|
|
|
|
|
|
|
Betul
Before you seek to terminate a contract, make sure that you have the legal grounds to do so and that the guidelines set forth in your contract regarding termination can be legally enforced in a court of law. Otherwise, there may be consequences for attempting to end your contract that create further issues Pok Jib(yg kalah rayuan tu) kot2 fantasy diri tu koboi ... main suka2 dia aje batalkan perjanjian
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 22-7-2022 04:37 PM
Belum dengar(penerangan lagi)...dah bising...tumpukankanlah dulu kpd isu pokok kalau benda ni hanya korang PEMIMPIN(konon) jer yg wajib tau terlebih dahulu...memekak jer kerjanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|