CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16307|Reply: 209

Polis Akan Cari Zalina Sampai Jumpa Sama Ada Masih Hidup Atau...

[Copy link]
Post time 22-7-2022 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Polis memberi jaminan pencarian Zalina Azman tetap diteruskan dan akan melakukan sisatan lanjut bagi mengesan kedudukan terkini bekas personaliti TV3 yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sehingga kini, pelbagai ikhtiar dilakukan polis untuk mengesan Zalina Shaharah Azman, 58, dan berharap dari semasa ke semasa akan ada perkembangan terkini.








“Pencarian orang hilang (OH) akan diteruskan sehingga ditemui, cuma kita tidak pasti keadaannya sama ada masih hidup atau sebaliknya. Bila sudah ditemui, baharu kita akan buat pembatalan (rekod polis)


“Itu sebabnya kami sebarkan keluar sebab yang lain semua kami sudah habis ikhtiar. Kami sudah usaha, kami minta bantuan pegawai supaya dapat salurkan maklumat. Masa sahaja yang akan menentukan perkembangan-perkembangan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Beliau menambah, pihaknya tidak menolak untuk bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengesan bekas pengacara rancangan ‘Money Matters’ itu.


“Kita akan semak sebarang tindakan, kalau ada pendaftaran (Zarina) dengan mana-mana jabatan kerajaan. Cuma buat masa sekarang belum ada sebarang tindakan ke arah itu lagi,” jelasnya.


Utusan Malaysia semalam melaporkan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi tidak menjangka kehilangan bekas pengacara rancangan ‘Money Matters’ itu mempunyai kaitan dengan jenayah.


Terdahulu, berita kehilangan Zalina heboh apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkongsi berita dan gambar wanita itu di Facebook pada Isnin lalu.


Sementara itu dalam perkembangan semalam, Mohd. Iqbal dilapor memaklumkan graduan sarjana kewartawanan sebuah universiti di London itu kemungkinan hilang lebih awal berbanding 29 November tahun lalu.


Jangkaan tersebut adalah berdasarkan kali terakhir panggilan keluar masuk menerusi telefon bimbitnya yang dikenalpasti dimatikan pada 20 November.


Dalam pada itu, beliau menjelaskan ahli keluarga Zalina masih positif dengan siasatan polis, walau bagaimanapun masih mengharap wanita itu ditemui dengan selamat dalam masa terdekat.


“Ahli keluarga positif dan berpuas hati dengan siasatan polis. Cuma mereka harap polis maklum pada mereka berkenaan apa tindakan yang diambil. Kira, polis sentiasa berhubung dengan ahli keluarga Zalina. Memang kita maklum kepada anaknya (Mikhael Norman) sebagai pengadu,” ujarnya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena tanam kot. Atau kena cari dalam hutan.  Selain tu laut juga tempat dispose.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter: Dah kena tanam kot. Atau kena  ...

Dan2 tefikir org yg renovate rumah yg buat. Tanam terus mgkin dlm rumah tu atau sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:38 AM | Show all posts
aneh juga ya kes beliau ni

bak kata omputeh, vanish into the thin air? aka, ghaib

semoga selamat hendaknya, semoga dipermudahkan segala urusan

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 22-7-2022 11:43 PM
Dan2 tefikir org yg renovate rumah yg buat. Tanam terus mgkin dlm rumah tu atau sebaliknya

Or else shes missing due to Shah Alam banjir Nov last year? Bulan berapa yea banjir tu.?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujung bulan 12 .. tapi seksyen 3 tak banjir kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2022 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Since semua lead yg ada polis kata bukan dia ...(roll eyes) taknak pulak polis panggil search hunt ramai2 kat seluruh kawasan Shah Alam tu...kalau takde barulah boleh start search kat tempat lain pulak. Rumah seksyen 2/3 byk bungalow yg sure ada CCTV...tapi biasanye footage CCTV simpan skjap jer....mcm saja tunggu berbulan2 baru nak hebahkan supaya takde trace.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Yelah yelah.
Semua pun janji gitu. Kang ada oeg hilang baru or ada case besar drpd ni jadi, senyap la ni
Dipadan kan muka kpd anak nya. Nak senyap senyap sgt, hambik ko. Senyap terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 09:57 AM | Show all posts
Nokiaman replied at 23-7-2022 04:45 AM
Suami dia sape ?
Takde pulak suami dia atau Ex husbang nak cari?
Sekali dia pulak jadi dalang ...

mungkin mereka bukan macam phi bird or ex-laki tangmo yg gigih cari sampai menyelam di dasar sg chao phraya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 22-7-2022 11:43 PM
Dan2 tefikir org yg renovate rumah yg buat. Tanam terus mgkin dlm rumah tu atau sebaliknya

Sorry nak tanya. Kalau tanam mayat dalam rumah tak berbau ke dalam rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah abis ikhtiar kenapa baru nak soal siasat kontraktor yang renovate rumah OH?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail: Hujung bulan 12 .. tapi seksye ...


Sek 3 tak kena banjir pun time tu .
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 02:25 PM | Show all posts
kenapa gi cari malam2 buta sambil jerit2 nama dia dari dalam kereta. cari siang hari la, senang nak nampak, terang pun terang. ni pegi jerit2 nama dari dalam kereta, propa betul.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 22-7-2022 11:43 PM
Dan2 tefikir org yg renovate rumah yg buat. Tanam terus mgkin dlm rumah tu atau sebaliknya

Aku pun terpikir cenggiu... dah takde dah orgnya.. satu lg lmbt sgt umum hilangnyaa.. org lg cpt kabo lg baguih.. ape ape pun depa lg tau sbb kenapa mengapa bgmn
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kena simen dlm dinding. macam dlm penyiasat remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 04:17 PM | Show all posts

Google Map Ogos 2020



Rumah ni memang takde pagar.  Ape tujuan beli bangunan camni?  Untok dijadikan seswatu port kah??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
fortiori13 replied at 23-7-2022 02:23 PM
Sek 3 tak kena banjir pun time tu .

Mana tau masa tu dia keluar g mana2 area yg banjir kat sh alam tu..trapped somewhere ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 23-7-2022 03:33 AM
Hujung bulan 12 .. tapi seksyen 3 tak banjir kan

Seksyen 3 sama level dgn seksyen 2..kawasan tinggi...roundabout seksyen 2 tu bersebelahan dgn roundabout sek.16,...walaupun seksyen 16 tu jalan dia menurun dari seksyen 2 dan 3 tapi masih tinggi area berbanding seksyen 17...seksyen 17 , 19 mmg banjir..

Kalau seksyen 3 banjir...tenggelamla seluruh seksyen 16 yg x banjir pun masa banjir besar hari tu.....tapi seksyen 16 pun x banjir..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 04:39 PM | Show all posts

True Asia Car Rental

Sapettewww?

Dah ade orang sebut ke pasal ni?





Hah, dah dapat pon 1 nombor tepon.  



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 04:40 PM | Show all posts
slavehunter replied at 23-7-2022 03:27 AM
Or else shes missing due to Shah Alam banjir Nov last year? Bulan berapa yea banjir tu.?

18 december banjir. dia hilang november
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.254672 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list