CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2172|Reply: 36

[Politik] Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

[Copy link]
Post time 23-7-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Mohamad Hasan mencadangkan pembentangan bajet dilakukan pada minggu pertama Oktober sebelum bubar Parlimen kerana ambil masa satu bulan setengah untuk PRU diadakan.

PETALING JAYA: Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan.

Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan.

Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir.

“Secara lazimnya, pembentangan bajet akan dibuat pada minggu ketiga Oktober, jadi kita awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama.

Habis sahaja bentang bajet, kemudian bubar dan ia akan ambil masa dalam satu bulan setengah untuk PRU diadakan jadi ia masih berada pada awal dan pertengahan November.

“Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, jangkaan waktu atau ‘time frame’ kedua selepas 30 Julai sehingga akhir tahun ini sebagai tempoh untuk BN melihat apa jua peristiwa strategik untuk parti, dan sekiranya PM bubarkan Parlimen, sudah tentu ia berada dalam keadaan mempunyai peluang atau ‘advantage’.

“Janganlah bubar, kemudian kita tidak mempunyai ‘advantage’ kerana ia seperti membuang peluru,” katanya.

Mengenai lanjutan memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH), Mohamad berkata, pihaknya menghormati tempoh MoU berkenaan yang akan tamat pada 30 Julai ini.

“Kita faham berhubung tarikh 30 Julai itu dan kita hormatinya. Kita akan lihat dulu perkembangannya sebelum merangka strategi dan sebelum ini, memanglah kita mahu PRU diawalkan namun disebabkan adanya MoU ini maka kita hormatinya.

“Namun, kita mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU berkenaan. Jika sudah bebas maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti seterusnya,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamlah. lemaahh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nak buat awal sb takut pemilihan umno ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:14 AM | Show all posts
Tok Mat dah mula mengundur

Awal2 dia dok sapot kem kluster mahkamah mintak PRU secepat mungkin sebelom pemilihan party asobiyyah

Sekarang dia nampak kedudukan PM Mael Sabri semakin kukuh , dah mula nak tinggalkan kem kluster mahkamah

Sebijik bagai lalang mamat sorang ni - nak hidup ....


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:40 AM | Show all posts
apa apa pun bagi la dulu jahit midi dijatuhkan dulu hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Musim politaik kelentong pengundi.....
Kita aahh kan je la....dalam kepala f**k you la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 ramai dh kne panggil pegi kursus. Mmg dh ada kan tarikh tu…
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Puppet2 Umno sedang “bekerja”… overtime nak selamatkan kluster makamah ketew?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
tu sebab tok mat kalah. tkde keberanian. dok berkokok je la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 12:37 PM | Show all posts
poie tanding MP la
sampai bilo nk duk DUN yoo
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la buat bukan masa musim banjir.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn dengar cakap Tok Mat ni...sembang aja lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:16 PM | Show all posts
Tak habis2 puak2 ni dgn kesah rebut kuasa dorg, apa nak jadilah, rakyat tgh terkesan dgn ekonomi yg menghimpittttt dorg bines as usual yachhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 23-7-2022 01:16 PM
Tak habis2 puak2 ni dgn kesah rebut kuasa dorg, apa nak jadilah, rakyat tgh terkesan dgn ekonomi yg  ...

Typical kebanyakkan politician2 kat Malaysia nih. Jilaker betul. Dlm keadaan ekonomi merundum nih, sempat lagik naikkan gaji menteri2. Tak ada simpat & empati langsung kat rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:28 PM | Show all posts
Solokkk replied at 23-7-2022 01:19 PM
Typical kebanyakkan politician2 kat Malaysia nih. Jilaker betul. Dlm keadaan ekonomi merundum nih, ...

Itulah aku terkejutt baca sehari dua ni betul2 takde sensitiviti langsung ye perangaiiii dorg, dah takde malu kat rakyat langsung buat perangaii mcm ni depan2 time ekonomi rakyat tgh himpittt. Ntahlah umno mmg mcm ni lah perangaii dorg bila dah pegang kuasa dah tak malu apa, dunia dorg punya, tak pnh berubah perangaiii takde rasa malu langsung cekau duitt rakyat. Sbb tu aku suka pelbagai bangsa dr pelbagaiii parti politik jd kjaan tp org melayu pulak rasa tergugatlah apa lah haishhhhh padahall klu letakkk melayu saja mmg mcm nii lah jadinya, tak blh pegang duit mmg kuat menipu.Ni klu dap yg buat mcm ni runtuh dah kecoh satu msia.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Politaik mmg bebal....rkyt pllih sbb percaya korang blh buat kerja ....tp tu la bila dh dpt jwtn mcm kena sawan habis duit rkyt disakau......yg x dpt jwtn merentan lompat parti.....yg dlm parti tp xde jwtn kjn merempan suh buat pru mcm beruk kena belacan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 23-7-2022 01:19 PM
Typical kebanyakkan politician2 kat Malaysia nih. Jilaker betul. Dlm keadaan ekonomi merundum nih, ...

Yang naikkan gaji menteri tu under budget kerajaan negeri.. mmg jilaker... langsung tanak amek pot arahan kerajaan pusat...


Lemahhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 02:23 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 23-7-2022 02:24 PM

so...bile PRU ni, ye?rasa nak dekat dah kot. dok tengok FB FB ade yg dah buat meeting bagai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 23-7-2022 03:42 PM
mbhcsf replied at 23-7-2022 02:23 PM
so...bile PRU ni, ye?rasa nak dekat dah kot. dok tengok FB FB ade yg dah buat meeting bagai...

Dah dkt sgt kaka...sekolah anak sedara iols cuti sehari cikgu2 kononnya g taklimat pilihan raya. Itu puak2 umno dlm kerajaan sibuk minta sambungan mou ngan pembangkang. Sbb dah sah2 majoriti calon umno pru15 adalah muka2 baru jika Zahid masih Presiden kalo ikut trend PRN Melaka dan Johor. Najib pun dh bg hint bg peluang anak muda ambil alih umno. Jd generasi2 baru mcm dr asyraf, shahril, isyam jalil dan zahida zarik serta dira abu zahar ni lah yg akan byk jd calon pru15 nanti. Silap haribulan dia sendiri x tercalon nanti which is iols x terkejut sbb skang dia asyik bawa ke hulu ke hilir anak lelaki sulung dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 23-7-2022 02:23 PM
so...bile PRU ni, ye?rasa nak dekat dah kot. dok tengok FB FB ade yg dah buat meeting bagai...

What is it with you?

Gebang lebih ler ko...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059413 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list