View: 2887|Reply: 25
|
[Dunia]
Obses Nak kurus, Berat turun dari 65 kg ke 25 kg!Wanita ini Amal Diet Ekstrem Sampai Gugur Rambut
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 23-7-2022 10:23 AM
Seorang wanita dilaporkan terlalu obses mahu kurus dan ramping hingga sanggup buang berat badan sebanyak 40 kilogram (kg) dalam masa setahun, lapor Oddity Central.
Difahamkan, individu itu yang berusia 30 tahun pada awalnya memiliki berat badan 65 kg, namun kini, dia hanya memiliki berat 25 kg selepas melaksanakan diet ekstrem.
Difahamkan, wanita yang berasal dari wilayah Hebei, China itu mula menjalankan diet ekstrem tersebut selepas melahirkan bayi keduanya gara-gara beratnya mencecah 65 kg ketika itu.
Sehubungan itu, dalam masa setahun sahaja individu berkenaan berjaya melakukannya sehingga lebih separuh berat badan dikurangkan.
Bagaimanapun, dia difahamkan mula mengalami masalah kesihatan yang serius terhadap gangguan pemakanan. Ekoran itu, barulah wanita itu memutuskan untuk berjumpa dengan doktor.
Namun demikian, kehadiran wanita berkenaan di sebuah hospital di bandar Hengshui nyata mengejutkan doktor dengan keadaannya yang begitu kurus dan cengkung.
Selepas didiagnosis dan disahkan menghidap anoreksia nervosa, doktor mengesahkan bahawa dia turut mengalami pelbagai kegagalan fungsi organ termasuk jantung, masalah gastrousus, keguguran rambut dan kitaran haid terhenti.
“Akibat mengalami anoreksia nervosa dan keadaan fizikal serta mental yang lemah, dia tidak menunjukkan sebarang selera untuk makan.
“Dia jatuh sakit dan alami pelbagai kegagalan organ sehingga dihantar ke unit rawatan rapi untuk pemulihan,” kata salah seorang doktor yang merawat wanita terbabit.
Walaupun doktor telah memberikan amaran yang serius tentang keadaannya terhadap perubahan gaya pemakanan, individu itu dilaporkan tidak mengendahkan nasihat tersebut.
Dia juga memberitahu kepada doktor bahawa sebelum ini dirinya turut pernah menjalani diet melampau lain seperti katartik, julap dan akupunktur.
Orang ramai telah menggelarkan wanita terbabit sebagai simbol ketaksuban terhadap kelangsingan badan di media sosial.
Sejak kebelakangan ini, anoreksia menjadi perhatian ramai. Perkara itu sedikit sebanyak telah meningkatkan kesedaran tentang bahaya mengamalkan diet itu.
Secara umumnya, bentuk badan yang ramping sentiasa dianggap sebagai salah satu keperluan dalam kecantikan wanita.
Bagaimanapun sifat obses yang melampau untuk kurus sehingga membahayakan diri sendiri seharusnya perlu dielak agar tidak berlaku masalah lanjutan seperti wanita dalam laporan ini.
Sumber: Oddity Central
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ape yg tingggal.. tulang ajelaa..tetek ponggong semua ilang... cipap pun tarak tembam bak kata kak km |
|
|
|
|
|
|
|
nak kurus susah. nak gemok kejap je. tapi kalau mindset dah macam Karen Carpenter mmg tak boleh buat apa dah. |
|
|
|
|
|
|
|
euww apa yg seksinya dah jadi rangka bergerak?
mental disorder dah ni
kasihannn |
|
|
|
|
|
|
|
Membuat sesuatu perkara yang menyeksa badan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit di kepala dah ni kalau sampai gini kuruskan badan |
|
|
|
|
|
|
|
elok sihat badan tu
kau cari plak penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri cari penyakit, dah macam jerangkung. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...mendapatlah kalau buat sesuatu tu tak ade ilmu...sampai badan pun tak dapat cukup gizi yg diperlukan , sampai protein dalam tubuh pun dah mogok, gugur keratin ( rambut ) habis...i think my be kuku dia pun dah terjejas. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini sakit anorexia nervosa agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahla manusia ni..ada2 je keinginan melampau..kdg den tgk dah Kurus..nak Kurus setara mana lagi..buruk ok kalau dah keding mcm Bini Popeye the sailorman..
Mcm juga pelakon Korea..ok bila pakai Baju longgar..Okla nampak cantik..bila pakai legging..dgn Kaki yg Kurus melidi..JD buruk SBB Kaki Tu nmpk mcm err ape ye org panggil..mcm Kaki bayi Baru lahir..xlurus..so org Kata Kaki xbedung.. kehkehkeh buruk ok..
|
|
|
|
|
|
|
|
Isk..tinggi dia berapa?
Iols berat 60kg orang dok kata kurus sgt..
70kg baru nampak okay |
|
|
|
|
|
|
|
Kurus kering sangat pun x lawa...gemok sangat pun x lawa...elok la sedang elok...x chubby, x obes, x kurus sgt....dan yg penting x de penyakit...ko lawa pun kalau sakit x guna jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Berpada2 lah bila beesiet, berdiet dgn sihat & betul.... |
|
|
|
|
|
|
|
uols tinggi berapa cm? ni mesti stok stok tinggi lampai bak model nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang gemok punya tagline: biar gemuk asal gembira. Betul ke gembira ke indenial? Tiap malam angan2 nak pakai size kecil, tapi malas. Depressed pastu makan. Pastu marah2 orang tegur badan dia besar. Yang taksub nak kurus pun sama juga promosi cara turun berat badan yang merbahaya. Minum detox sampai badan kering takda air. Fikir usus tak rosak ke kalau dah berbulan2 kau detox. Lepas tu telan pil tahan lapar. Nyah, badan kau nak kurus salah satu sebab nak sihat dan elak hypertension, lemah jantung, kencing manis. Tp dalam masa yg sama kau telan racun nyah. Badan nak pakai lama, jangan jadi tikus bahan experiment para founder. Cara paling selamat turun berat badan adalah berpuasa. Mulakan dengan 12 jam, lepas tu 14 jam, 16 jam hinggalah 18 jam. Lepas tu bila kau bula posa, makanlah makanan berkhasiat. Yang seimbang.
Obesiti dan ketaksuban untuk kurus kedua2nya memudaratkan kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau siang rasa sangat gegaran tu, eloklah breakfast seperti dengan makanan berkhasiat. Tengahari makan lagi tp kuantiti sikit. Lepas tu jgn makan lagi. Tapi yang akak tak suka makan pagi sebab lagilah akak cepat lapar dan ingat makanan je. So akak prefer tak breakfast, lunch jam 2pm last meal before 7pm. Tu pun akak makan bihun rebus letak sikit isi ayam, banyakkan sayur hijau. Kadang dlm sehari akak langsung tak minum air manis. Dalam fikiran akak satu je, cancer suka gula dan daging merah. Perbetulkan akak klu akak silap eh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|