CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 8

[Tempatan] BKM RM124 juta bantu atasi kadar kemiskinan di Kelantan

[Copy link]
Post time 23-7-2022 12:41 PM | Show all posts |Read mode

Ismail Sabri (tengah) semasa merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK


BKM RM124 juta bantu atasi kadar kemiskinan di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM124 juta kepada hampir 590,000 penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) meliputi golongan isi rumah, bujang dan warga emas dalam usaha untuk mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah memberikan bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

“BKM merupakan bantuan tunai tertinggi dalam sejarah dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion.

“Kaedah menangani miskin tegar dengan secara holistik melibatkan semua kementerian, agensi, swasta, universiti, badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Program Pembasmian Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) sedang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, menurut Ismail Sabri, kawasan Tok Bali di Pasir Puteh disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu menerusi insentif cukai khas dan projek berimpak tinggi bagi memastikan ekonomi di Kelantan digerakkan sepenuhnya.

Katanya, projek tersebut dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) iaitu Taman Industri Tok Bali (TBIP), Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dan infrastruktur luaran bagi pelabuhan Tok Bali.

“Usaha ini dapat menyumbang kepada sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 bilion yang dijangka mampu menjana sebanyak 4,200 peluang pekerjaan baharu dan 270 peluang keusahawanan untuk penduduk tempatan.

“Kerajaan juga akan membina sebuah kompleks digital pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan melibatkan kos RM6 juta di kawasan seluas 23 hektar di Ketereh,” katanya.

Kata Ismail Sabri, Pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang 191 kilometer dengan kos RM7.7 bilion antara Gua Musang hingga Kuala Krai pula dijangka siap pada tahun 2026.

Ujarnya, projek itu memudahkan perjalanan rakyat dan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat.

“Selain itu, Kelantan juga akan memperoleh manfaat daripada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan menghubungkan Kota Baharu ke Pelabuhan Klang melibatkan jaringan kawasan 43.86 kilometer.

“Ia melibatkan dua buah stesen iaitu stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh dan stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... skinan-di-kelantan/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang2 PRU ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 09:29 PM | Show all posts



Iye lah. saya juga dpt merasakan begitu.  PM hari ini kian prihatin kpd kemajuan negeri K'tan, sedangkan pemimpin2 negerinya selama ini bersiung2 kesana-sini dgn merc. Annuar Musa pun sering muncul berucap di skrin tv, persis seorang TPM lah pulak.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:14 PM | Show all posts
group ponder2 timbang kilo bawak lembugini pun tak dapat menaikkan tarap hidup umah2 sskjp ke?

lg satu... paspispus buat apa selama nim? masih mengejar bughit sedap, hapgred mercedes kew?

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemiskinan boleh dikurangkan jika ada peluang kerja dan ekonomi yang lebih bagus. Jika sekadar tabur duit,ia akan habis. Sebab tu projek besar tu penting
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 23-7-2022 09:29 PM
Iye lah. saya juga dpt merasakan begitu.  PM hari ini kian prihatin kpd kemajuan negeri K'tan, s ...

Bukan ismail aje, waktu Najib jadi PM pun prihatin jugak. Tapi kerajaan negeri tu sendiri gagal. Bagi umno memerintah nanti ada la improvement. Seburuk-buruk umno pun at least diaorg buat juga kerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2022 12:53 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 23-7-2022 11:14 PM
group ponder2 timbang kilo bawak lembugini pun tak dapat menaikkan tarap hidup umah2 sskjp ke?

lg s ...

kaya sorang2 je. pekerja semua gaji minimum je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk misleading.....cmne org klntn miskin hina dina sdgkan mek2 kelate emas sampai pangkal lengan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 01:54 PM | Show all posts
Edited by nolya at 24-7-2022 01:56 PM
ultra78 replied at 24-7-2022 12:18 AM
Bukan ismail aje, waktu Najib jadi PM pun prihatin jugak. Tapi kerajaan negeri tu sendiri gagal. B ...



Satu ketika dulu UMNO pernah pegang K'tan kan.  But then dpt dirampas balek oleh PAS. Pertanyaan.... di mana gagalnya UMNO shnga PAS dpt ambik semula K'tan.  Pendpt peribadi I lah (sekadar berforum), K'tanese ini kental jiwa mereka dgn aliran PAS.  Mereka tak nampak pembaharuan atau kemajuan yg boleh dibawa oleh parti2 lain. Mereka taksub dgn pemimpin2 mereka yg berpenampilan orang agamawan.

Of course kita tak boleh nafikan sosok Alm. Datuk Nik Aziz, seorang ulama, pemimpin yg sangat bersederhana, disegani, disayangi dn merakyat. Alm menepati kriteria seorang pemimpin Islam, memimpin negerinya di landasan Islam yg tidak berbaur kpd duniawi dn maksiat. Penuh dgn pantang larang atas perkara yg lagha shnga terlepas pandang kpd perkara2 yg patut diperhatikan.  Umpamanya, bekalan air bersih, kebersihan secara umum, membela kemiskinan rakyat walhal maksiat tetap ada walaupn K'tan dijoloki Serambi Mekah. Actually, pemimpin2nya can do more for the prosparity of the K'tanese. Anak2 gadis jgnlah cepat dikahwinkan semata2 kerana kemiskinan makayahnya.

Taksub dn taatnya rakyat K'tan kpd PAS tak mudah nak dipesongkan. Dari segi mengungguli hukum Islam wajar dipuji ttpi hal2 yg melibat kebajikan rakyat tak harus di take things for granted. Still rakyatnya redha apa adenya walaupun terpaksa hadapi air teh susu mengalir dari saluran paip. Dan mereka akan terus mengundi PAS.
Apa yg PM usahakan skr untuk K'tan, tentu rakyat juga dpt membaca langkah trs. Bukan juga satu hal yg salah sementelah ramai juga pemimpin PAS ada dlm kabinet.
Umpama membina jambatan untuk menyeberang, jambatan siap, adakah tetamu akan dirai, rakyat akan mengundi, kita lihatlah nanti.  Tidak dipecahkan ruyung tentu tak akan dpt sagunya, kalah menang, itulah taruhannya.

(Pendpt saya secara umum yg tak bermaksud untuk menyinggung mana2 pihak. Maaf kalau ada yg tak tepat.)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.217940 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list