CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2629|Reply: 47

[Tempatan] KJ kata Mereka yang merokok sekarang, boleh hisap sampailah mereka mati

[Copy link]
Post time 24-7-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
CYBERJAYA: Penduduk negara ini yang berusia 18 tahun ke atas masih lagi boleh merokok dan diberikan jaminan tidak akan dihalang untuk terus merokok serta membeli produk rokok.

Sebaliknya tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hanya generasi baharu berusia 18 tahun ke bawah pada masa ini yang tidak boleh membeli produk merokok dan juga individu lahir pada tahun-tahun tertentu yang akan menjadi generasi penamat produk tembakau dan merokok.

“Mereka yang merokok sekarang, boleh hisap sampailah mereka mati kelak, tetapi, remaja usia kurang 18 tahun akan jadi kelompok pertama tiada lagi perokok,” katanya kepada pemberita.


Kementerian Kesihatan bakal
membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan Tembakau dalam masa terdekat bagi menghapuskan generasi perokok secara berperingkat.

Ketika ini dianggarkan 4.7 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas merupakan perokok tegar namun trend semasa menunjukkan penurunan 20 peratus setiap tahun sejak 2019 lalu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pihak industri tembakau terutama pengusaha vape bersetuju dengan RUU itu kerana buat julung kali sejak lebih sedekad, ada kawal selia produk tersebut.

“Ramai tidak tahu, vape sebenarnya ‘haram’ di Malaysia namun akhirnya kita akan ada satu undang-undang jelas isu ini dan secara tidak langsung mengekang pasaran gelap,” katanya.

Setakat ini, kerajaan ujarnya hanya mampu mengutip cukai tembakau hampir RM3 bilion setahun berbanding 60 peratus lagi ketirisan penyeludupan rokok menerusi pasaran tidak sah.

Bagaimanapun katanya, dari segi ekonomi pula ia tidak berbaloi kerana kerajaan terpaksa menanggung kos rawatan perokok akibat pelbagai jenis barah memcecah RM6 bilion setahun.

Justeru, beliau gembira kerana menerusi sesi libat urus dengan pemegang taruh, semua akhirnya faham dan menyokong RUU itu malah meminta Ahli-ahli Parlimen tidak membantah.

Minggu depan, Khairy bakal mengadakan sesi sama dengan semua anggota Dewan Rakyat bagi memberi penjelasan mengenai RUU tersebut sebelum bacaan kali pertama di Parlimen.

Perkembangan positif itu jelasnya, amat baik kerana sebelum ini ada badan bukan kerajaan yang bertegas mahu pengharaman langsung penjualan rokok di pasaran secara drastik.

“Langkah ini amat mustahil, maka saya cadang kita kompromi dengan mewujudkan generasi penamat rokok yang sekali gus usaha sebegini berterusan dalam jangka panjang,” tegasnya.

–UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Rokok ni busuk... busuk sebusuk busuk nya...

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi nanti kena tunjuk IC baru boleh beli rokok ke macam mana?

Selagi ada dijual di pasaran, selagi lemah penguatkuasaan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 10:40 AM | Show all posts
ok la tu,anak2 aku pun x suke bau rokok,kalau lalu sebelah org yg merokok mesti tutup hidung,
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 10:54 AM | Show all posts
stingerbumpy replied at 24-7-2022 09:38 AM
Have you ever smell you own vajayjay?

hang hisap vajayjay ka?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rokok utk warga emas, vape utk muda mudi, kata remaja 10thn sambil menghembus asap serupa naga..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:14 PM | Show all posts
Kenapa tak haramkan rokok untuk orang Islam sahaja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cecari replied at 24-7-2022 10:54 AM
hang hisap vajayjay ka?

Hisap,sedut,nyonyot ....vajayjay ibarat treasure dungeon....many avenues to explore.....if you are lucky dapat yg jenis tak bersunnat dapatler mutiara khorsani yg terjelir mencecah bumi....

Sekian....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-7-2022 12:14 PM
Kenapa tak haramkan rokok untuk orang Islam sahaja?

Sebab jumlah passive smoker yg mati semakin meningkat...jua.....kata anak jiran aku yg 3 tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:26 PM | Show all posts
stingerbumpy replied at 24-7-2022 12:19 PM
Sebab jumlah passive smoker yg mati semakin meningkat...jua.....kata anak jiran aku yg 3 tahun....

Mungkin satu soalan yang perlu ditanya dahulu ialah is this Islam inspired? If yes then buatlah under enakmen syariah.

Nak protect passive smoker dah ada undang2 haramkan merokok di tempat awam etc.


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang org politaik. Taxes alcohol..tobacco kaut jugak kan? Komplen asap bagai yg korang pun naik kereta bukan hybrid.. letrik pun sembang mcm treehuggers ..mcm guna Tesla sekor2 hipokriit manakala  lori, trailer, asap kilang, industri pencemaran tutup sebelah mata je kan. Pembakaran terbuka kenapa tak buat undang2? Petang2 pakat bakar daun kering sebab kedekut malas nak cedok sampah nak beli plastik keliling rumah. Habis berasap satu taman perumahan.. acaner tu dek? Cuba tanya cukai arak.. rokok berapa setahun kerajaan huntong dek? Puih la….
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:33 PM | Show all posts
iols agak terkejut iya, masa iols pergi kursus seminggu kat Leisure Commerce Square, Petaling Jaya, awal bulan 7 haritu, masa kat kompleks gerai makanan, waktu lunch, selamba iya ummah merokok kat kedai makan. Weols kat Penang dah tak buat gitu yach, so far yang iols nampak la.

Adakah ummah PJ bimbo atau apa? Macam takda PBT yang buat rondaan whatsoever pun kat situ. Lemah!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 24-7-2022 12:33 PM
iols agak terkejut iya, masa iols pergi kursus seminggu kat Leisure Commerce Square, Petaling Jaya,  ...

PBT area aku..tghri depa 'bungkus' gerai tepi jalan haram warga asing..malm kang warga asing berniaga balik....'ada apa dgn PBT'???
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-7-2022 12:26 PM
Mungkin satu soalan yang perlu ditanya dahulu ialah is this Islam inspired? If yes then buatlah un ...

Ini tanah ahmad albab yg punya.....

Suka kalu....duduk...

Tarak suka.....lain negara boleh migrate.....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:48 PM | Show all posts
Skuau replied at 24-7-2022 12:43 PM
PBT area aku..tghri depa 'bungkus' gerai tepi jalan haram warga asing..malm kang warga asing berni ...

oh, lupa. Dah kena 'suap'. ala2 dah plan nak buat ambush hari ni kol 2pm, tup2 semalam lagi kedai tu dah tutup kol 12am. Ko rase?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 12:48 PM | Show all posts
stingerbumpy replied at 24-7-2022 12:43 PM
Ini tanah ahmad albab yg punya.....

Suka kalu....duduk...

suke, suke

tak nak migrate


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:31 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-7-2022 12:26 PM
Mungkin satu soalan yang perlu ditanya dahulu ialah is this Islam inspired? If yes then buatlah un ...

KJ ni walaupun oxford tp takdelah cerdik mana aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
UK adalah antara negara yg promote vape as replacement untuk kurangkan perokok. A good read for our hcp to think about this. Malaysia sebagai pengeluar vape, patut lebih aktif, less prejudice:

Vape intoduce by national healthcare service UK as one of tool for stop smoking program:
https://www.nhs.uk/live-well/quit-smoking/using-e-cigarettes-to-stop-smoking/

Vape myth in UK government official site:
https://ukhsa.blog.gov.uk/2018/02/20/clearing-up-some-myths-around-e-cigarettes/

Expert solution dah ada tinggal nilai je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 12:18 PM | Show all posts
JokesCop replied at 24-7-2022 01:57 PM
UK adalah antara negara yg promote vape as replacement untuk kurangkan perokok. A good read for our  ...

vape tinggi kandungan gula. dah la ada asap siap package dengan gula. elok kene kanser paru paru je isap vape siap package kincin manis

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.456729 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list