View: 575|Reply: 11
|
[Tempatan]
Anak Mama tersayang berjuang untuk kebenaran membuatkan netizen tersentuh dan terharu! #BreakfastBekal #BeraniKeranaBenar
[Copy link]
|
|
Netizen Tersentuh Lihat Kata-Kata Yang Ditulis Pada Bekas Makanan Oleh Ibu Bapa Syed Saddiq
Semalam, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke Mahkamah Tinggi berkenaan kes pecah amanah dan penggubahan wang haram yang dihadapinya.
Meski sedang menghadapi ujian berat atas pertuduhan tersebut, Syed Saddiq tetap tabah demi menegakkan kebenaran.
Menjengah ke Instagram Syed Saddiq, Ahli Dewan Rakyat ini memuatnaik bergambar bersama ibu bapanya sambil memegang bekal makanan.
Melihat gambar-gambar tersebut, lensa Murai MY tertarik pada tulisan kata-kata semangat yang diberikan oleh ibu bapa Syed Saddiq.
Manakala entri penulisan yang ditulis Ahli Parlimen Muar ini menyatakan dia berasa bersyukur dan berterima kasih kerana ibu bapanya sentiasa ada di sisi disaat sukar dan senang.
Hantaran yang dikongsikan Syed Saddiq membuatkan warganet berasa tersentuh, apatah lagi melihat kata-kata semangat yang diberikan oleh kedua ibu bapa ahli politik ini.
“Itu comel, mama dan abuyah sangat penyayang.”
“Mama dan papa yang baik.”
“YB anda dirahmati. InshaAllah semua akan jadi elok dan baik untuk anda.” komen warganet.
“Semoga kebenaran bersama-sama dengan YB dan keluarga. Allah maha mengetahui lagi maha adil.”
“Ya! Berjuang untuk kebenaran.”
“Kekal kuat YB.. Jalan kebenaran mencabar dan berbahaya. Tapi kebenaran dan keadilan akan ditegakkan.” komen mereka.
“Doa ibu adalah yang terbaik.. Tulisan yang tetap kami kenal dan rindu selamanya.”
“Terbaik mama YB @syedsaddiq.”
“Ini sangat menyentuh hati dan hebat.” komen mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada yg lebih berkah bagi seorang anak melainkan doa dn restu ibu bapa.
Bagi yg ada ibubapa, cariah redha mereka kerana di situ ada redha Allah jua. |
|
|
|
|
|
|
| |
|