CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 1

[Tempatan] 2 nelayan Myanmar ditahan ceroboh Taman Laut Johor

[Copy link]
Post time 24-7-2022 06:54 PM | Show all posts |Read mode
2 nelayan Myanmar ditahan ceroboh Taman Laut Johor



DUA nelayan Myanmar ditahan selepas menceroboh Taman Laut Johor untuk menangkap ikan di perairan Mersing.


  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 23 Julai 2022, 6:19 pm















MERSING: Dua nelayan warganegara asing ditahan kerana menceroboh Taman Laut untuk menangkap ikan, semalam.

Pengarah Perikanan negeri,  Zainudin Abdul Wahab berkata, lelaki berusia 37 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan pasukan khas Taman Laut dan Pengurusan Sumber di kawasan Taman laut Johor menuju ke Pulau Harimau.

“Dalam penahanan tersebut, tangkapan dianggarkan sebanyak 60 kilogram, terdiri daripada ikan selar kuning dan ikan sagai yang bernilai RM970.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) dan Seksyen 11 (3) (b) dan sekiranya disabitkan kesalahan vesel dan peralatan akan dirampas dan dilucutkan hak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Perikanan sentiasa komited dan tidak akan berkompromi terhadap sesiapa yang menyalahi Akta Perikanan 1985.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Perikanan 1985 agar sumber perikanan negara dapat diurus secara lestari. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 11:40 PM | Show all posts
Biar betul!

Nelayan Myanmar untuk sampai ke perairan Mersing kena pusing ikut Singapore - Batam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.292963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list