CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3979|Reply: 47

Batu Karang / Kidney Stone

[Copy link]
Post time 25-7-2022 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Naatasha at 25-7-2022 07:48 AM

Salam

1. Hari tu suami saya sakit pinggang sangat-sangat. Pergi emergency Pantai Hospital, ct scan tunjuk ada batu karang (1 biji yg dah jatuh kat pundi kencing yg menyebabkan sakit + beberapa biji size kecil kat buah pinggang yg belum timbulkan masalah). Dr kata lepas keluarkan 1 biji yg dah jatuh tu, kena pakai stent dalam 10 hari kemudian akan laser beberapa batu yang kecil di buah pinggang.

2. Hari ke 11, follow up pertama, dr scan samada boleh buka stent tak. Dr cakap esoknya boleh dtg buka stent, dan beberapa biji batu kecil tu tak perlu laser sbb boleh keluar dari air kencing. Hurm hari tu dia kata nak laser. Kemudian i tanya, tak boleh ke laser je terus, dr cakap no point pun laser hanya minum air byk2. Suami tanya, adakah ia crystal, dr kata tak, dah jadi batu cuma size kecil semua tu & dr suruh minum air banyak-banyak.

3. Stent di buka Alhamdulillah semua ok. Folow up lagi seminggu. So dlm masa tu suami minum air 2-3L sehari, dan setiap kali nak kencing terus pegi toilet. Mmg dlm masa tu byk minum, byk pegi toilet. I pula keep solat hajat & ada buat solat tahajjud.

4. Follow up kedua, dr scan kemudian dia cakap ada good news. Sbb yg ada hanya batu2 crystal yg sgt kecil (belum jadi batu kena minum air byk je). Dia tunjuk image scan kat monitor. Satu lagi dah jadi batu, itu pun size 2.18mm / 0.218cm yg boleh pass melalui urine tanpa rasa sakit. Kiranya sekarang concern hanya sebiji batu, tapi awal dulu kata ada beberapa biji batu I still ingat suami tanya dr, adakah ia crystal, dr kata bukan dah jadi batu. Tapi kali ni scan hanya ada crystal dan sebiji batu. I terus blur sampai tak tertanya dah kat dr. Dr keep pesan, minum air banyak-banyak.

So hari itu berlalu, hati pun lega sbb dh tau bukan banyak batu. Hanya sebiji yg memerlukan suami minum air banyak untuk keluarkan. Tapi malam ni tiba2 terfikir pulak, adakah sebenarnya beberapa biji batu tu dah keluar melalui air kencing. Crystal tu sbb ada batu baru nak jadi aah overthinking nye i,

Jadi sape ada pengalaman batu karang boleh tak share pengalaman dengan i?

**I juga mohon doakan batu karang suami i  tu berjaya keluar melalui urine tanpa rasa sakit tanpa perlu operation / laser. Dan semoga batu karangnya tak berulang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2022 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh i tanya, berapa lama masa diambil untuk small crystal membentuk?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 07:00 AM | Show all posts
Waalaikumussalam.
1) ok, mungkin ewsl la ni ye ie extracorporeal shockwave lithotripsy
bila 1 biji tu dh masuk ke bladder, maka tentu hubby u dapat strangury

2) ye, ada factor2 tertentu utk ewsl itu sesuai ke atas renal stones ie (renolithiasis)
oooo sorry.. ingat nak buat shockwave lithotripsy, tapi sebenarnya laser lithotripsy ye? ha jika kecil je, minum je air byk2 utk wash out the renal stones tu, lalu akan masuk ke ureter, ke bladder, ke urethra lalu keluar dalam air kencing

3) eleh, 2-3L je.. 2L ialah utk negra2 sejuk mcm UK ni, mesia kalu, more than that lah sebab dehydration etc, so kena minum at least 3-4L, biar kencing byk2

4) 2.18mm.. alah kecik sgt, nnt dia pee dia akan dengar keting2 bunyi batu2 tu kena toilet tu. tinggal satu je ya now, bagus lah ie dah di pee-kan oleh hubby u lah, sampaikan tinggal 1 je lagi. in general, bila urine u ada minerals yg boleh bentuk crystals, maka yg perlu hanyalah nidus je ie point atau anchor utk sedikit dari mineral itu crystalize dan keluar dari solution ie dari berbentuk cecair, utk menjadi solid ie crystal.. bila sudah mula menjadi crystal, walaupun halus, crystal ini akan menjadi tumpuan untuk mineral itu menempekkan diri mereka kat crystal kecik tadi.. makin besar la crystallization of the nidus tadi, lama2 jadi stone la

InsyaAllah ok saja tu. Tinggal satu je ya.. nnti dia minum air byk2 akan kuar la.

PS: ini lebih penting - apabila seseorang itu didapati membentuk stones didalam kidney nya, kami akan usaha keras untuk cari sebab kenapa. Kerana ia akan berlaku lagi jika penyebabnya tidak di ubati. Ada sebabnya ngapa hubby u membentuk batu2 karang tu. Most people form renal stones because of sebab tertentu.


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 07:02 AM | Show all posts
Naatasha replied at 25-7-2022 04:10 AM
Boleh i tanya, berapa lama masa diambil untuk small crystal membentuk?

This will depend of what type of stones your hubby are forming. Tetapi, the more dehydrated he gets, the faster he forms these stones jika sebabnya tidak di treat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Naatasha at 25-7-2022 08:05 AM
ipes2 replied at 25-7-2022 07:00 AM
Waalaikumussalam.
1) ok, mungkin ewsl la ni ye ie extracorporeal shockwave lithotripsy
bila 1 biji t ...


1. Bukan eswl, tak silap sy scope dan ambil batu tu keluar. Ureteroskopi kot.

2. Masa kat emergency dr kata batu-batu lain dekat pinggang hanya perlu buat laser nanti, laser dari luar badan. Kemudian masa follow up, tak jadi pulak. Dia kata minum air je byk2. Sy tanya perlu minum lemon or ural, katanya tak perlu. Hanya air kosong.

3. I see. InsyaAllah sy akan suruh suami perbanyakkan jumlah air tu. Tapi hari tu dia bgtau dr dia minum 2-3L dr tak cakap ape pun. Apa pun terima kasih unt nasihat.

4. Bila follow up kedua dr kata hanya ada sebiji batu dan crystal-crystal, sy ingatkan batu2 yg lain tu dah pecah jadi crystal.
If batu yang lain dah keluar masa pee, kenapa crystal tu tak hilang juga. Susah ke nak hilangkan crystal?

PS: dr ada ckp kat emergency, dia akan cari punca batu tu terbentuk. Dia akan periksa blood test. Kalau perlu makan ubat, dia akan beri ubat. Lepas dpt result dia bgtau suami kurang minum air. Suami sy suka kopi tak tau ada kaitan tak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 25-7-2022 07:02 AM
This will depend of what type of stones your hubby are forming. Tetapi, the more dehydrated he get ...

Terima kasih dr ipes atas reply & penerangan yg panjang lebar.

Boleh jadi ke crystal tu terbentuk sebelum2 ni. Sbb since 1july tu dia dah start minum air byk. Tapi tu lah, batu lain dah keluar crystal tak keluar. Risaunya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2022 09:54 AM | Show all posts
Naatasha replied at 25-7-2022 07:46 AM
Terima kasih dr ipes atas reply & penerangan yg panjang lebar.

Boleh jadi ke crystal tu terbentuk ...

Hi Naatasha, if u dont mind i tambah sikit..

kita selalu jugak encounter patients yang concern mcm ni, kadang kadang  sebabkan kesian sbb depa risau kadang i suggest if u feel x cukup puas hati dgn penerangan doctor A u can always get a second opinion. So kadang tu just sebab nak get a confirmation. So that is also one way to make u feel better. Tapi kalau dah semua buat kat situ lecehla la pulak kan...so it just an option. Sbb u ada mentioned earlier tu bila memula statement doctor tu lain then recently.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 25-7-2022 09:54 AM
Hi Naatasha, if u dont mind i tambah sikit..

kita selalu jugak encounter patients yang concern mc ...

Hi adila, i rasa maybe sebelum ni concern dr tu ada bbrp biji batu. Latest tinggal sebiji and dia pun bgtau yg crystal2 tu. Agaknye lah, salah I juga sbb tak tanya betul-betul. I accept je apa dia kata masa tu sbb i blurr sgt tambahan dia pakar urology so mesti dia tau apa dia buat. Pastu kat rumah i overthinking.

Apa pun terima kasih sudi komen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 10:08 PM | Show all posts
Naatasha replied at 25-7-2022 03:15 PM
Hi adila, i rasa maybe sebelum ni concern dr tu ada bbrp biji batu. Latest tinggal sebiji and dia  ...

i see, normal kot rasa mcm tu sbb  in panicking mode kan...but i hope now u feel better and am sure ur doctor know best. So dont feel too worry ok. Insyaallah all akan ok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:27 AM | Show all posts
Naatasha replied at 25-7-2022 07:46 AM
Terima kasih dr ipes atas reply & penerangan yg panjang lebar.

Boleh jadi ke crystal tu terbentuk ...

eh jgn la risau.
alah crystals (xls dlm Medicine), memang lah salah satu dari process dalam membentuk renal stones tu.
dah explain kan tu? bila byk sgt sesuatu mineral dalam urine tu, dia akan crystalized. xls nya akan berlaku pada nidus / anchor tertentu. lama2, xls tu dpt byk lagi lapisan minerals dari urine tapi, maka membesarlah ia jadi renal stone (ie calculus, jika byk = calculi). jap sy cari video nya utk awak. again, yg pentingnya ialah kenapa. ie why your hubby form stones. kena cari cause nya. jika dia ada hypecalcaemia, kita kna treat hyopercalcaemia itu.. jika tidak setiap tahun dia akan membentuk calculi itu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:27 AM | Show all posts
Naatasha replied at 25-7-2022 07:46 AM
Terima kasih dr ipes atas reply & penerangan yg panjang lebar.

Boleh jadi ke crystal tu terbentuk ...

ha ni hah. tgk nih:


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:38 AM | Show all posts
Naatasha replied at 25-7-2022 07:43 AM
1. Bukan eswl, tak silap sy scope dan ambil batu tu keluar. Ureteroskopi kot.

2. Masa kat emerge ...

1) ureteroscopy tu utk remove calculus yg tersangkut kat ureter tu (sakit sgt2). jika calculus dah masuk ke bladder, kita pass scope thru urethra (bukan ureter) utk amik calculus tu. bladder stone tak la se-sakit ureteric stone; jika bladder stone: dapat strangury
2) ye, many stones sebesar pasir je, sebab urine flow tu akan bawa dia jatuh ke dalam ureter lalu ke bladder lalu ke urethra lalu keluar dalam pee. kecik je dan most tak la perlu tmbak laser eswl ke apa

3) hmm 3L ok lah.. kang 4L dapat overhydration pulak. ok 3L in 24 hours

4) batu tu asalnya xls lah. xls tu halus2 je dan tentu dah byk keluar.. yg sangkut2 kat nidus somewhere di dalam kidney tu yg ada masa utk jadi small stones dan arus urine akhirnya membawa dia kluar. mana2 yg arus urine tak bawa dia keluar dari kidney, akan jadi besar with time, lalu tidak lagi muat utk masuk ke bladder.. sangkut kat ureter.. sgt sgt sakit

Kopi: kopi ada caffeine. caffeine is a diuretic ie ia membuat kita dehydrated.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2022 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Naatasha at 26-7-2022 03:13 AM
ipes2 replied at 26-7-2022 02:27 AM
eh jgn la risau.
alah crystals (xls dlm Medicine), memang lah salah satu dari process dalam memben ...


Tq dr ipes.

why your hubby form stones - ini boleh check dari blood test dan urine ke? If yes, ujian darah tu hasilnya normal. Dr pakar cakap, hanya kurang minum air.

Tapi bulan Feb, hubby kena covid. Lepas dah negative kite pegi farmasi unt cari any supplement for after covid sbb lepas tu ada simptom2 yg belum selesai. Pharmacist tu bagi vitamin d 1000iu 60 tablet, vit c 1000mg unt terus kan makan & habis kan. Kdg2 i ada rasa calcium dr vitamin d tu yg membentuk batu tu. And i also ada baca pengambilan vit c juga boleh sbb kan kidney stone.
Tapi kidney stone tu jatuh dalam masa 3 bulan je, after pengambilan vit c & vit d tu. Tak kn lah secepat tu jadi batu.

Jadi buat masa skrg ikut dr tu cakap la, minum air. Dia masih work from home, so mmg dgr la dia ulang alik pi buang air kecil tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2022 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Naatasha at 26-7-2022 03:21 AM
ipes2 replied at 26-7-2022 02:38 AM
1) ureteroscopy tu utk remove calculus yg tersangkut kat ureter tu (sakit sgt2). jika calculus dah ...


sy rasa hubby punya ureteric stone, sangkut pastu sakit and terus pegi ER. Lepas procedure kena pakai stent.

Before ni hubby sy punya perangai, makan kat rumah pastu pergi ofice baru minum air. Tambah dgn kopi yg buat dia dehydrated tu, agaknye pasal tu lahh jadi batu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2022 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 26-7-2022 02:27 AM
ha ni hah. tgk nih:

Hurm ok now faham dh dr ipes! Terima kasih melayankan soalan sy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2022 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 25-7-2022 10:08 PM
i see, normal kot rasa mcm tu sbb  in panicking mode kan...but i hope now u feel better and am sur ...

Ye sy rasa lebih baik lepas baca reply awak ni thank you adila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 03:29 AM | Show all posts
Naatasha replied at 26-7-2022 02:55 AM
Tq dr ipes.

why your hubby form stones - ini boleh check dari blood test dan urine ke? If yes, uj ...

Vit D tu Vit D lah, ngapa ada calcium pulak.
atau dia beri yg ada combination ie Vit D + Calcium eg Calcichew D3 etc.
hubby u kurang calcium kah? jika kurang, ok lah. jika tak, jgn diambil.
org cina suka promote calcium.. elakkan dan ambil jika hanya ada hypocalcaemia.
malah, jika ada hypocalcaemia yg mild, jgn diambil ubat2 nya.. minum susu je dulu.
dan jika perlu ambil calcium pun, kena check blood levels of calcium after a few months.. nanti dapat hypercalcaemia pulak.. jenuhla berstones sana sini, constipation, sakit tulang, moody, dapat gastric ulcer dan sakit perut (hypercalcaemia => ''bones, stones, stomach groans and psychic moans'')

also, ambil Vit D hanya jika Vit D levels dalam blood itu rendah.. jika 50-125nmol/L tu, kira Ok lah.
lebih dari 125nmol/L, maka akan dapat Hypervitaminosis D.. rosak tulang nanti. malah ada pendapat kata, over 75nmol/L pon dah tak bagus
apa2 pun, kita di mesia ni, dan kita org Asia ni, mana la kurng Vit D.. kan matahari tu terang benderang... bukan mcm di UK ni, stu winter, berapa jam sgt matahari ada

NB: Vit D tak mcm Vit C.. Vit C if lebih2, dia akan masuk dalam air kencing.. Vit D bukan gitu.. jika lebih2 dia jadi toxic
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:32 AM | Show all posts
Naatasha replied at 26-7-2022 03:04 AM
sy rasa hubby punya ureteric stone, sangkut pastu sakit and terus pegi ER. Lepas procedure kena pa ...

kaalu kena pakai stent kat ureter, maka ianya dalam kidney lah stone nye, bukan dalam bladder. jika kena guna ureteroscope, maka stone itu di level uereter dan ke atas i dalam renal pelvis.
jika sakit sgt itu lag ureteric stones.. sakit oiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:33 AM | Show all posts
Naatasha replied at 26-7-2022 03:06 AM
Hurm ok now faham dh dr ipes! Terima kasih melayankan soalan sy

no prob.
harap sebar2kan ilmu pada org lain.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 26-7-2022 03:33 AM
no prob.
harap sebar2kan ilmu pada org lain.

Dr ipes,  nak tanya,  kebanyakan orang memang ada  crystal dekat buah pinggang ke?  Benda itu normal ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.130763 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list