CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Tempatan] Belajar berjimat semasa krisis makanan

[Copy link]
Post time 25-7-2022 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Belajar berjimat semasa krisis makanan

https://www.utusan.com.my/rencan ... asa-krisis-makanan/

Oleh Meja Rencana
25 Julai 2022, 9:00 am


ORANG ramai perlu bijak dalam berbelanja bagi mengelakkan pembaziran.

SAUDARA PENGARANG,

KRISIS makanan menjadi topik perdebatan hangat bukan sahaja di negara kita bahkan secara global. Perkara ini berlaku kerana perubahan iklim, peperangan dan pertukaran mata wang.

Sebagai langkah penegasan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyusun Pelan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025 bagi menjamin keberlanjutan bekalan makanan negara terutama ketika berhadapan dengan situasi luar jangka.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan harga siling bergerak yang berubah kepada faktor harga input bagi memastikan sekuriti makanan negara terjaga.

Kerajaan melakukan pemeriksaan dan pemantauan yang teliti dan menyeluruh terhadap semua premis perniagaan termasuk di bandar dan luar bandar. Harga komoditi dipantau secara konsisten oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) di setiap pasar raya besar, pasar basah, pasar mini dan kedai runcit.

Oleh demikian, pengguna dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam membeli barang dan segera memberitahu pihak berkuasa sekiranya mendapati barang dijual dengan harga melampau selain perlu berjimat dalam berbelanja.

Bagi mengelakkan pembaziran, pengguna perlu mempunyai pelan termasuk membuat anggaran kos perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Kemudian boleh cuba membandingkan wang yang telah dihabiskan dalam sehari.

Selain itu, buat senarai barangan keperluan dan kehendak. Mengutamakan sesuatu yang penting seperti barang dapur, bil elektrik dan air serta bayaran bulanan kereta terlebih dahulu agar dapat menyimpan wang untuk kecemasan. Apabila mempunyai wang lebih, barulah boleh membeli barang kehendak.

Seterusnya, merekod setiap perbelanjaan. Setiap perbelanjaan perlulah direkod agar dapat melihat alur kekerapan wang masuk dan keluar. Hal ini dapat membantu kita supaya beringat dan tidak boros ketika berbelanja.

Membuat akaun simpanan kecemasan di bank agar tidak sering berbelanja. Apabila wang berada dalam tangan, nafsu membeli-belah akan membuak dan mengakibatkan kita membeli barang yang tidak penting.

Akhir sekali, melakukan pendapatan sampingan. Berniaga secara dalam talian dapat meningkatkan pendapatan sampingan diri. Pola perbelanjaan hidup mungkin akan menjadi lebih stabil dengan pendapatan sampingan tersebut.-UTUSAN

SITI NUR HAFIZAH ABU BAKAR
Fakulti Kepimpinan & Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051210 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list