View: 336|Reply: 0
|
[Dunia]
PM Thailand selamat undi tidak percaya
[Copy link]
|
|
Undian yang diperoleh menjamin kedudukan Prayut sebagai Perdana Menteri sehingga penggalnya berakhir pada Mac depan. – AFP
PM Thailand selamat undi tidak percaya
BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dan 10 barisan menteri Kabinetnya memenangi undi tidak percaya kelmarin selepas mereka menjadi sasaran pembangkang sepanjang sesi debat selama tiga hari, lapor akhbar Bangkok Post.
Prayut terus diberi kepercayaan menerajui kerajaan dengan keputusan 256-206 dengan sembilan berkecuali.
Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwon menerima undian tertinggi sebanyak 268 undi , manakala Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan, Jurin Laksanawisit mendapat undi terendah sebanyak 241.
Semua menteri dalam Kabinet Prayut perlu mendapat sekurang-kurangnya 239 undi atau separuh daripada bilangan ahli Parlimen bagi memenangi undi tidak percaya.
Prayut dan 10 menteri Kabinetnya sebelum itu berdepan sesi perbahasan sengit selama empat hari yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen, lapor saluran berita Channel News Asia.
Parti pembangkang menuduh kerajaan pimpinan Prayut mengamalkan rasuah dan salah urus ekonomi dalam usaha untuk memburukkan gabungan 17 parti pemerintah sebelum pilihan raya akan datang diadakan.
Perbahasan itu adalah yang terakhir untuk kerajaan pimpinan Prayut sebelum Thailand melaksanakan pilihan raya umum pada tahun depan sekiranya beliau tidak membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya kecil.
Prayut yang merupakan bekas komander tentera berusia 68 tahun, berkuasa sejak rampasan kuasa yang dipimpinnya pada tahun 2014.
Undian yang diperoleh kelmarin menjamin kedudukan Prayut sebagai Perdana Menteri sehingga penggalnya berakhir Mac depan. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... undi-tidak-percaya/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|