CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

[Jenayah] Pasangan suami isteri ditahan, dadah lebih RM2 juta dirampas

[Copy link]
Post time 25-7-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan suami isteri ditahan, dadah lebih RM2 juta dirampas


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (dua kanan) menunjukkan lebih 20 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM2 juta pada sidang media di IPK Perak. - Foto NSTP/L Manimaran


IPOH: Polis menahan pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kerana disyaki terbabit dengan aktiviti mengedar dadah dan merampas dadah jenis methamphetamine lebih 20 kilogram (kg) bernilai RM2 juta, Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menahan lelaki tempatan berusia 34 tahun itu di sebuah pusat makanan di Jalan Raja Musa Mahadi, manakala wanita warga Vietnam berusia 38 tahun itu ditahan di tepi jalan sekitar Panorama Lapangan Perdana pada kira-kira 4.40 petang.

"Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta dipandu suspek lelaki menemukan 10 bungkusan plastik hijau bahan disyaki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 10,356.00 gram.

"Pemeriksaan susulan dilakukan terhadap sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di sekitar Ipoh pula menjumpai 10 bungkusan plastik hijau yang sama disyaki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 10,339.000 gram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini.

Menurutnya dalam serbuan itu polis turut menyita seutas jam tangan berjenama, seutas rantai kaki, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan manik keseluruhan bernilai RM83,315.

Mior Faridalathrash berkata, ujian saringan air kencing dijalankan ke atas suspek lelaki mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek lelaki bekerja di sebuah kedai cermin dan aluminium manakala isterinya tidak bekerja.

"Semakan rekod kesalahan lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988," katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan dadah dirampas itu boleh digunakan kira-kira 200,000 penagih.

"Dadah itu disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan dan suspek dipercayai sudah aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu," katanya.

Katanya, suspek direman tujuh hari mulai 22 Julai sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... h-rm2-juta-dirampas

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.079583 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list