View: 2206|Reply: 15
|
Pelanggan Buat Apa Dalam Rumah Biar Rider 'Sidai' Dalam Hujan Lebat, Ribut Petir?
[Copy link]
|
|
Selain berdepan risiko kemalangan jalan raya, cuaca tidak menentu juga merupakan antara cabaran perlu dihadapi setiap pekerja perkhidmatan penghantaran (rider).
Kadangkala, terbit rasa serba salah dan kasihan apabila tidak sengaja membuat pesanan makanan sewaktu hujan, sekali gus seolah-olah tidak prihatin dengan situasi yang dihadapi rider.
TikTok/Gambar hiasan
Namun, ada juga segelintir pelanggan yang tidak sensitif apabila membiarkan rider basah kuyup dalam tempoh agak lama di luar rumah.
Perkongsian video pengguna TikTok, @naddyross mengenai situasi yang dihadapi seorang rider benar-benar menyentuh hati warga maya.
Menerusi video berdurasi 10 saat itu, kelihatan seorang rider lengkap berbaju hujan mundar-mandir di luar pagar sebuah kediaman berpagar ketika hujan lebat dan ribut petir.
Menurut wanita berkenaan, dia yang tinggal berhadapan dengan rumah terbabit menyaksikan rider tersebut menunggu jirannya sekitar lima minit dalam hujan lebat.
Terkesan dengan insiden tersebut, dia menitipkan nasihat kepada orang ramai agar lebih prihatin sekiranya membuat pesanan makanan.
Sementara itu, rata-rata turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib rider berkenaan selain mengecam sikap jiran wanita tersebut.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tidoq lettew
Ke tengah mengulit?
Alert la.kalau dah order delivery food neh...
Kita ni kalau nak ke toilet pung siap pesan kat anak.kalau ada orang grab datang...
Bukan apa...kesian depa..
Cuba kita sidai baju..berapa lama.nak bg kering?
Mmc tu.la.kita sidai rider... |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni kat Msia, rider golongan yg pling d hormati, lgi2 klau llaki, on the spot kna sanjung stinggi langit. Lagi2 klau rider llaki tu ada bini & ank. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz: Tidoq lettewKe tengah mengulit?Alert la.kalau dah order delivery food neh...Kita ni kalau nak ke toilet pung siap pesan kat anak.kalau ada orang grab ...
i kan pernah hantar satu alamat kat pantai dalam.
penerima tu i call dia tak angkat. 5 minit lepas tu dia keluar
tapi bertelekung. dia kata dia tengah solat asar.
i tengok jam kat phone 6.59 petang.
i serah barang dan i blah.
kawasan pantai dalam tu dulu i ada satu kes. hantar barang kat satu perempuan ni
selang sebulan lepas tu perempuan meninggal accident. i tahu sebab abang perempuan tu
yang PM i dia mintak maaf apa semua. patut la masa serahan barang di buat
muka dia nampak lain macam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau umah landed ni tlglah alert lebih.. Kesian kt rider.. Aku klu hujan2, aku msg je rider bgtau aku ok je tunggu klu rider nak antar lepas hujan reda. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg sgt2 btimbang rasa baik rider2 food delivery/courier. Pasalnye tok laki aku mmg buat part time grab,fp,shopeefood..suma dia tapau. Hahahaha..dulu2 waktu dok flat mmg boh siap2 meja kecik & note kt depa drop ja mknan/brg2 depan pintu xyah nk tggu aku bukak pintu unless courier yg perlu provide ic la hapa. La ni dh dok umah landed aku tetap pesan kt chat mknan leh gantung kt pagaq jgn tggu aku lenggang kangkung p amik. Hahahahah.. courier pn aku jerit ja soh campak dlm pgaq. Mudahkn keja org. Not much. Tp at least aku xmau tgolong dlm kalangan yg menyusahkn org yg keja bidang mcm ni nk bg mkn ank bini. |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnye uols hantar kt hantu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun kalau oder time hujan mintak diorg slow2 je x perlu rushing.. siap mesej hati2.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian abg rider tu tunggu dlm hujan lebat gitu... Moga dia dimurahkan rezeki... |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham. apa maksud muka dia lain macam? yang terima barang tu perempuan betul ke hantu? cemana abang dia boleh trace nombor sebulan lepas punya sampai boleh pm? hantu pun dah maju pandai order online?
|
|
|
|
|
|
|
|
penerima tu dah jumpa angle of death dia la.
u bayangkan u nak mati u nampak tanda u nak mati
kucing i setwhun sebelum nak mati pun jumpa jugak pencabut nyawa dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rider 5 meint lagi nak sampai dah bersidai bawah opis /aptmt
takut sangat amik masa orang. sebab dorang ni kejar masa al lthe time.
kalau dia amik risiko bawak laju2 untuk hantar makanan
tak luak mana pun sekadar 5 minit tunggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 26-7-2022 01:04 AM
i kan pernah hantar satu alamat kat pantai dalam.
penerima tu i call dia tak angkat. 5 minit lepas ...
Tak faham lah..apa kaitan pompuan2 tu? Hantu ke roh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
jenis liat nak angkat call baik jangan order mender online la.. |
|
|
|
|
|
|
|
samalah aku pun, walau rumah aku landed. cecepat pakai mask tunggu luar pagar, lambai2 kalau nampak dorang sebab rumah aku kawasan dia macam konpius sikit.
sebab bagi aku, kalau hidup tak boleh menyenangkan orang, jangan menyusahkan orang
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suh jer rider tinggal atas tembok jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|