View: 440|Reply: 2
|
[Tempatan]
Suamiku 'ghaib' tanpa berita
[Copy link]
|
|
Gurun: Kehilangan seorang lelaki menimbulkan misteri buat isteri dan empat anak mereka apabila dia gagal dikesan selepas keluar daripada rumah bapanya di Kampung Jalan Baru, Kilang Bata dekat sini sejak tiga bulan lalu.
Lelaki terbabit, Mohd Azhar Che Mansor, 36, keluar rumah dengan menunggang motosikal SYM merah serta hitam milik bapanya tanpa membawa sebarang dokumen dan telefon bimbit pada 16 Mei lalu.
Kehilangan lelaki terbabit disedari ahli keluarga selepas hampir sebulan dia keluar rumah sebelum bapanya membuat laporan polis pada 7 Jun lalu.
Artikel Berkaitan
• Beli baju raya untuk keluarga sebelum ajal
• Mentua mungkin lupa jalan pulang
• Parah ditetak pasang lampu tinggi
• Sherie Merlis 'terperangkap' di rumah adik ipar
Isterinya, Nurul Hidayah Saad, 36 berkata, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena dan dia kali terakhir bertemu suami yang mendakwa mahu ke rumah keluarganya di Gurun.
Menurutnya, suami sebelum itu menyatakan hasrat mahu mengikut adik lelakinya bekerja di Johor selepas hari raya dan dia bersetuju dengan hasrat suami selepas mereka berbincang.
"Saya dan suami sebelum ini mencari rezeki dengan mengambil tempahan melakukan dekorasi hiasan dalaman namun kurang mendapat sambutan sejak pandemik melanda.
"Untuk menambah pendapatan suami memberitahu dia mahu melakukan kerja luar dengan mengikut adik ipar yang ketika itu pulang bercuti menyambut Aidilfitri," katanya.
Katanya, suami kemudian memberitahu mahu ke rumah keluarganya di Gurun untuk bertemu dengan adik ipar bagi berbincang mengenai kerja seterusnya akan bertolak ke Johor beberapa hari selepas itu.
"Saya beri suami RM500 untuk dijadikan sebagai modal dan belanja namun terkejut apabila adik ipar menghubungi bertanyakan sama ada abangnya berada di rumah beberapa minggu selepas itu.
"Mendengarkan pertanyaan adik ipar itu saya mula pelik kerana selama ini menyangka suami berada di rumah keluarganya dan sudah bertolak ke Johor untuk mencari kerja," katanya.
Nurul Hidayah berkata, selepas itu baru mereka semua menyedari yang suaminya itu tiada di kedua-dua rumah sebelum bapa mentuanya membuat laporan polis.
"Selepas tiga bulan kehilangannya, suami masih gagal dikesan malah pelbagai usaha dilakukan termasuk kaedah perubatan Islam namun tiada sebarang petunjuk ditemui.
"Tiada masalah atau sebarang pergaduhan antara kami yang mungkin menjadi punca kehilangan suami. Itu yang membuatkan saya dan ahli keluarga lain pelik," katanya.
Menurutnya, kehilangan suami sejak tiga bulan lalu itu turut meninggalkan kesan buat anak bongsu dan juga satu-satunya anak lelaki tunggal berusia enam tahun yang terlalu merindui bapanya.
"Anak bongsu daripada empat beradik ini paling rapat dengan suami malah hampir setiap hari akan bertanyakan mengenai bapanya itu.
"Saya amat berharap suami dapat ditemui dalam keadaan selamat dan pulang segera kerana kami sekeluarga amat merinduinya," katanya.
Menurutnya, dia berharap sesiapa yang menemui suaminya supaya menghubungi talian 01110728937.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde contact laki hari2 ke..aku kalau laki outstation, hari2 call.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|