Mendaki Bukit Pakai Jubah, Ramai ‘Ghisau’ Tengok Ebit Lew - “Laju Sangat Tu, Pakai Jersi Lagi Okay..”
Pendakwah bebas ustaz Ebit Lew mencetus kerisauan dalam kalangan wargamaya apabila pergi mendaki bukit dengan memakai jubah.
Menerusi laman sosial Instagram, Ebit menghabiskan hujung minggu bersama pasukannya mendaki Bukit Cermin yang terletak di Setia Alam Selangor.
Namun apa yang mencetus kegusaran wargamaya adalah Ebit tidak mengenakan pakaian dan kasut mendaki.
Dalam perkongsian berdurasi kurang satu minit itu, meskipun kelihatan fit dan berstamina, jubah yang dipakainya lencun dibasahi peluh sebaik sahaja tiba di lokasi akhir iaitu Tasik Cermin.
Setibanya di tasik, Ebit disambut oleh pendaki-pendaki lain dan mereka tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berfoto bersama dermawan kesayangan ramai itu.
Dalam pada mengundang rasa gusar, tidak kurang juga ada wargamaya yang kagum melihat Ebit berjaya mengharungi pendakian walaupun dengan memakai jubah.
Di samping itu, ramai yang turut menitipkan pesan agar usahawan itu sentiasa berhati-hati apabila turun dari bukit yang curam.
“Laju sangat tu ustaz, jaga lutut dan kaki. Pakai jersi lebih okay,” tulis seorang wargamaya.
“Steady la ustaz hiking pakai jubah,” ujar seorang wargamaya.
“Ustaz nanti beli kasut hiking tau,” usul seorang wargamaya.
“Hati-hati ustaz jangan tergelincir,” pesan seorang wargamaya.
“Risau saya tengok ustaz turun bukit laju-laju. Apa-apa pun ustaz terbaik,” komen seorang wargamaya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada pengikutnya.
Post time 25-7-2022 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eeewwww.. Lencun baju tu.. Ketiak janggut kopiah semua kepam lencun dia ni gi negara omputih ngan bini pun baju camni yg bini berbungkus.. Uniform rasmi