View: 2758|Reply: 47
|
[Tempatan]
Bakal Bentang Akta Haramkan Semua Alat Merokok, KJ Perlukan Sokongan Anda!KJ untuk Mat Kilau 2 ?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 25-7-2022 11:56 PM
Satu akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan dibentangkan di Parlimen pada minggu hadapan.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menerusi media sosial miliknya sebentar tadi.
“Bayangkan negara kita tanpa asap rokok, bayangkan satu hari nanti satu generasi tidak kenal apa itu rokok. Tidak mustahil ini boleh berlaku.
“Minggu depan, satu akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan saya bentangkan di Parlimen,” katanya.
Tambahnya, matlamat akta yang dipanggil sebagai Generational Endgame (GEG) ini adalah untuk mewujudkan generasi baharu Malaysia yang bebas daripada perbuatan merokok pada masa akan datang.
Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyuarakan pandangan berkaitan GEG ini sekaligus memainkan peranan untuk akta ini diluluskan.
“Sokongan anda mampu melahirkan generasi yang lebih sihat,” ujarnya
Sumber twitter Khairy Jamaluddin
Ye
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Buat sekali la haramkan ARAK! Dah berapa banyak nyawa yg hilang kerana pemandu mabuk. Tak kan tak perasan kut duhai pak menteri! |
|
|
|
|
|
|
|
Zazama replied at 26-7-2022 12:31 AM
Buat sekali la haramkan ARAK! Dah berapa banyak nyawa yg hilang kerana pemandu mabuk. Tak kan tak pe ...
mana boleh...itu hak bukan muslim |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 26-7-2022 12:42 AM
mana boleh...itu hak bukan muslim
Owh! Hak bukan muslim. Makna tak boleh sentuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Zazama replied at 26-7-2022 12:45 AM
Owh! Hak bukan muslim. Makna tak boleh sentuh.
bleh ketatkan undang2 tp sbg negara berbilang kaum..hak2 bukan muslim kena dijaga juga |
|
|
|
|
|
|
|
Zazama replied at 25-7-2022 04:31 PM
Buat sekali la haramkan ARAK! Dah berapa banyak nyawa yg hilang kerana pemandu mabuk. Tak kan tak pe ...
Ingat pak muntri nak? Ntah2 meka pun ada share lesen besar ngedar arak dalam negara plus apa nak minum kalau ada parti2 VVIP? |
|
|
|
|
|
|
|
Ambil lahhhhh.... Pendek umur ada NWO.. Vaccines dan kapir yang boleh di salah kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck je la aku ucapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Merecik...........
Hamjad betul......dah kena mandi wajib......
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 26-7-2022 07:05 AM
Ambil lahhhhh.... Pendek umur ada NWO.. Vaccines dan kapir yang boleh di salah kan...
Ko merokok yg berbulu...boleh ler eksen..... |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 26-7-2022 12:51 AM
bleh ketatkan undang2 tp sbg negara berbilang kaum..hak2 bukan muslim kena dijaga juga
Ya. Boleh ketatkan undang-undang.Contohnya arak dan bir boleh dijual di kedai arak sahaja,bukan seperti sekarang dijual di kedai serbaneka. Orang melayu pukul rata bir tu arak tapi dari segi pengkelasan produk dalam commercial trade tak sama. Jadi kenalah ubah akta. Sekarang ramai wakil rakyat melayu dalam kerajaan tapi senyap aje isu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-7-2022 06:58 AM
Ingat pak muntri nak? Ntah2 meka pun ada share lesen besar ngedar arak dalam negara plus apa nak m ...
Memang pun! |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah jika macam tu nak dilaksanakan |
|
|
|
|
|
|
|
“Minggu depan, satu akta untuk mengharamkan rokok, vape dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas tahun 2007 akan saya bentangkan di Parlimen,” katanya.
**maknanya geng veteran & yg lahir tahun 2006 sebelumnya masih boleh la kannn.. so macam mana nak control nya tu? Semua kedai akan check ic ke sebelum beli? Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah, nak buat dasar bukan main meninggi, time execution failed big
time…. |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah better rendahkan sikit tahun tu patutnya lahir selepas 2004 lerr.
Sapalah mencipta rokok yg takde apa fungsi dan khasiat nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Patut haramkan gula putih. Ni lagi bahaya dari rokok. |
|
|
|
|
|
|
|
KJ ni pon sejenis suka cari publisiti |
|
|
|
|
|
|
|
Woah hebat khairy..
tapi macam susah jer... kena ada hukumanlah, kalau ada undang-undang tapi tak ada hukuman orang tak peduli pun. contohnya denda RM5,000 jika didapati memiliki atau menghisap rokok.. bayangkan kena cek ic pulak..
dan lagi khairy kena sediakan reason yang sangat-sangat bagus kenapa ianya perlu diharamkan terus untuk golongan yang lahir sebelum 2007... bukankah merokok ini bersifat personal dan undang-undang sekarang ini dah ada, seperti larangan merokok dibanyak tempat awam, larangan kepada golongan bawah 18 etc.... adalah suatu kompromi yang telah dicapai secara bersama .. kalau tak cukup dia kena jelaskan hujah-hujah dia yang bukan bersifat individu
kalau hujahnya kos rawatan penyakit akibat rokok maka bersediakah kerajaan untuk selepas itu untuk menerima kesan lain dari hujah itu seperti pengharaman gula kerana gula menyebabkan diabetes yang juga kos rawatan dan pesakit yang banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Zazama replied at 26-7-2022 12:31 AM
Buat sekali la haramkan ARAK! Dah berapa banyak nyawa yg hilang kerana pemandu mabuk. Tak kan tak pe ...
Banyak tu berapa, seratus, dua ratus, seribu? Bilangan yang mati sebab penyalahgunaan pisau lagi tinggi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
yang baik mmg elok utk disokong... yang lain2 tu sabar lah..susah nak puaskan hati semua org..lagi2 kita ni masyarakat berbilang kaum..kene kaji sblm buat apa2 keputusan..
bab rokok ni mmg sokong..x berfaedah langsung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|