CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3036|Reply: 25

Yahudi diajar benci penduduk Palestin

[Copy link]
Post time 26-9-2010 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Wartawan dedah Netanyahu tipu proses damai

EDINBURGH: Wartawan akhbar Haaretz, Gideon Levy, yang mempromosi buku barunya bertajuk The Punishment of Gaza menolak tanggapan umum Israel, mengamalkan demokrasi kerana menindas penduduk Palestin.
Malah, dalam wawancara dengan akhbar The Independent, beliau mendedahkan taktik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menipu proses damai kerana pemimpin itu menolak perdamaian dengan Palestin.
“Hari ini, ada tiga jenis manusia yang diperintah Israel iaitu warga Yahudi Israel yang memiliki hak sivil sepenuhnya.

“Warga Arab Israel yang diberi kewarganegaraan tetapi dikenakan diskriminasi teruk dan penduduk Palestin di wilayah ditakluki yang tidak memiliki hak sivil mahupun hak asasi manusia. Adakah itu demokrasi?


“Bagaimanakah anda boleh kata ia demokrasi sedangkan dalam masa 62 tahun, tiada satu kampung Arab dibina. Tak perlulah saya beritahu berapa banyak bandar dan kampung Yahudi dibina dalam masa itu.

Penyelidikan mendedahkan berulang kali hukuman berbeza kepada warga Yahudi dan Arab bagi jenayah sama. Adakah demokrasi apabila seorang pelajar Palestin tidak langsung dapat menyewa pangsapuri di Tel Aviv kerana loghat dan namanya? Setiap bahagian dalam masyarakat Yahudi mengamalkan perkauman,” katanya. Levy berkata, perjuangan utamanya ialah membantu penduduk Palestin supaya dilayan seperti manusia tetapi ia sukar kerana sistem di Israel menyekatnya.

“Kami diajar beberapa perkara seperti manusia Palestin dilahirkan untuk membunuh dan kebencian mereka tidak rasional. Mereka bukan manusia seperti kami.

“Jadi, anda tinggal dalam masyarakat tanpa sebarang keraguan moral dan tiada perbahasan mengenainya secara terbuka. Sukar melawannya meskipun anda meninggikan suara,” kata Levy.

Misi perjuangannya menyebabkan menteri Israel menuntut kerajaan memantaunya kerana dia kini dianggap ‘risiko keselamatan’ apabila mendedahkan apa yang berlaku di wilayah ditakluki setiap minggu sejak tiga dekad lalu menerusi Haaretz.

“Misi saya ialah menghalang ramai penduduk Israel berkata saya tidak tahu,” katanya dan mungkin itu menyebabkan pemerintah dan penyokongnya mahu Levy ‘didiamkan.’

Levy menggunakan teknik mudah dengan bertanya warga Israel perasaan mereka jika hidup di bawah telunjuk tentera.

Dalam kejadian di Jenin, keretanya berada di belakang ambulans pada sekatan jalan selama sejam. Levy terlihat seorang wanita sakit dalam ambulans dan diberitahu pemandunya bahawa mereka selalu disuruh menunggu berjam-jam lamanya.

Beliau hilang sabar dan bertanya askar Israel apa perasaan jika ibu mereka berada dalam ambulans itu. Askar Yahudi itu mengacu senapang ke arahnya dan menyuruh Levy diam. Satu lagi contoh ialah ketika tentera Israel melancarkan ‘Operation Cast Lead’ membedil Gaza, dua tahun lalu.

“Seekor anjing milik penduduk Yahudi mati kena letupan roket Qassam dan berita itu disiarkan di muka depan akhbar paling laris di Israel. Pada hari yang sama, berpuluh-puluh penduduk Palestin mati di Gaza, beritanya di muka 16 dan ditulis dalam dua baris perkataan saja,” kata Levy.

Beliau juga memahami mengapa penduduk Palestin mengangkat senjata. Katanya, hanya selepas rundingan aman dibalas dengan keganasan oleh Israel menyebabkan warga Palestin menggunakan kekerasan.

“Apa yang berlaku jika penduduk Palestin tidak melancarkan roket Qassam (ke bandar di selatan Israel)? Adakah Israel akan menamatkan sekatan ekonominya?

“Karutlah. Jika penduduk Gaza tidak berbuat apa-apa seperti dikehendaki Israel, kes mereka akan hilang daripada agenda, tiada siapa akan peduli dengan nasib penduduk Gaza jika mereka tidak bertindak,” katanya.

Bagi Levy, rundingan damai adalah satu penipuan sejak ia dilancarkan dan tidak akan berjaya. Bagaimana dia boleh tahu?

“Ada satu ujian mudah bagi setiap rundingan damai. Satu keperluan ialah Israel membubarkan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

“Jadi, jika anda akan bubarkannya, anda tentu henti membinanya sekarang, betul? Cuma, mereka terus membinanya sejak proses damai Oslo lagi.

Seperti pemimpin berhaluan kiri termasuk Ehud Barak dan Tzipi Livni, Netanyahu sentiasa menentang rundingan damai termasuk mendabik dada mahu memusnahkan proses damai Oslo.

Pada 1997, Netanyahu tidak sedar pita rakaman masih berjalan apabila berkata: “Mengapa itu (dasar anti damai) penting? Kerana mulai saat itu saya menghentikan perjanjian Oslo.”

“Jika dia boleh mendakwa dan mengugut akan menghentikan proses damai, mengapa anda fikir yang terbaru ini akan berjaya? Selain itu, bagaimana anda boleh berdamai dengan separuh penduduk Palestin? Bagaimana anda boleh singkirkan Hamas dan Gaza,” tanya Levy lagi. – Agensi


mcm sama jer dgn perangai umngok....
pelan damai PAS + UMNGOK utk MELAYAU kononnye....
demokrasi taik kucing....
takde kebebasan bersuara.... akhbar dikontrol.... dgn kartun pon fobia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2010 03:12 PM | Show all posts
apartheid mcm africa selatan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2010 03:29 PM | Show all posts
bukan setakat dgn kaum lain.... dengan kaum sendiri pon ade double-standard....

mcm haraaaaaaammmmm......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 04:26 PM | Show all posts
israel
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 04:30 PM | Show all posts
Kebebasan media dan public mestilah ada batasan, kalu tidak akan ramai orang2 macam    Na ma wee dan Pengetua tu akan muncul yang akan mengharubirukan masyarakat majmuk Malaysia. Sentimen perkauman perlu dijauhkan atau sekurang-kurangnya di minimakan sekecil yg boleh ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 04:52 PM | Show all posts
xkene tngkap/rampas/tembak plak si penulis buku Gideon Levy,
kalu dgn kartunis zunar yg baru lukis buku kartun siap kene rmpas skali buku cmni... :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2010 04:58 PM | Show all posts
salman rushdi apa ke namanya tu pun tak ditangkap2 kan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 11:57 PM | Show all posts
Aritu ada orang kata kek Gaza nun tidaklah sesusah seperti yang digembar-gemburkan media. Kiranya nak bagitau secara tersirat Yisroel nih baekkkkkk lah.

Tapi peliknya....rakyat sendiri(bukan bangsa yehudi) pun depa sendirik yg tindas, pebarang beb!
Terserlah sungguh 'kebaekan' Yisroel nih...taktau lagu mana lagi nak konar dah.



Seekor anjing milik penduduk Yahudi mati kena letupan roket Qassam dan berita itu disiarkan di muka depan akhbar paling laris di Israel. Pada hari yang sama, berpuluh-puluh penduduk Palestin mati di Gaza, beritanya di muka 16 dan ditulis dalam dua baris perkataan saja,” kata Levy.


Tak sangka, paper kek Yisroel pun sama tarap cam harian metro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 07:43 AM | Show all posts
demokrasi taik kucing....
takde kebebasan bersuara.... akhbar dikontrol.... dgn kartun pon fobia....
luvly_eone Post at 26-9-2010 15:10


Aku nak tanya ko...kebebasan camna yang ko nakkan...kalau ko jadi pemimpin pun ko akan mengawal kebebasan media ..ko tengok camana indonesia jatuh disebabkan oleh kebebasan media yang melampau sehingga kan setiap yang kerajaan buat disebarkan secara meluas..pada masa sama rakyat mereka mempunyai pemikiran dan tahap pendidikan yang tak sama..jadi mereka huru hara sampai sekarang..............kadang kadang kita jangan taksub dengan kepartian sangat..apa yang penting keamanan dan kita hidup dalam masyarakat majmuk...........cuba tengok kebebasan yang diamalkan negara U.S..adakah dgn kebebasan tu mereka boleh hidup ngan aman.tak kan..............

Kalau semua orang cakap pasal perkauman dan agama atas dasar kebebasan bersuara camana ? padahal benda tu klebih kepada negatif..pasti ko akan cakap kerajaan kita lemah pula tak tau nak kontrol kebebasan.........

Keamanan menjamin kita untuk hidup aman dan kita boleh menjalankan kewajipan beragama dengan tenang tanpa perlu takut..anak anak, ahli kelurga , kawan kawan dan semua orang tanpa mengira agama , bangsa dapat bergerak tanpa perlu takut...

Cuba kita pejam mata dan muhasabha diri sikit..adakah kita sedar atau pun tidak...pernahkah kita bersyukur dengan apa yang tuhan bagi kat kita semua....budaya taksub tak emmbawa kita ke mana pun....

Politik is politik, kehidupan is kehidupan............
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 08:09 AM | Show all posts
mcm sama jer dgn perangai umngok....
pelan damai PAS + UMNGOK utk MELAYAU kononnye....
demo ...
luvly_eone Post at 26-9-2010 15:10


kita diajar oleh Allah supaya berhati2 dgn yahudi...... lebih kurang maksud al-quran ."sesungguhnya org2 yahudi dan nasrani itu tidak akan redho pada kamu, sehingga mereka masuk lubang biayak pun kamu akan ikut bersama-samanya.".... tetapi kebayakan orang islam tidak ambil peduli dgn amaran Allah ini sehingga kehidupan, kebudayaan, pergaulan mereka tak ubah macam yahudi & Nasrani.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 12:23 PM | Show all posts
YAHUDI+ISRAEL=
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by lyddok at 27-9-2010 12:33

tersalah komen
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 12:48 PM | Show all posts
menyalak la satu dunia psl yahudi....ade depa kesah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2010 01:56 PM | Show all posts
Aku nak tanya ko...kebebasan camna yang ko nakkan...kalau ko jadi pemimpin pun ko akan mengawal  ...
tempur Post at 27-9-2010 07:43


bukan kite mintak nak bebas sepenuhnye pon... dan mmg perlu ade had dlm bersuara...
tapi jgn ler sampai ada 'kebebasan TERPILIH'
kalau geng2 pembangkang terus cekup.... sumbat ISA....
haramkan penerbitan akhbar.... semuanye tanpa bicara....
tapi.... kalau geng2 yg MEMBODEK gomen.... perrrgggghhhhhh...... no hal punye....
pitnah pon boleh jadi headline....:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 05:03 AM | Show all posts
bukan kite mintak nak bebas sepenuhnye pon... dan mmg perlu ade had dlm bersuara...
tapi jgn le ...
luvly_eone Post at 27-9-2010 13:56


setuju
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 08:59 AM | Show all posts
laknat yahudi!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 09:27 AM | Show all posts
Reply 8# airfilterkotor

Tak sangka, paper kek Yisroel pun sama tarap cam harian metro.

-------------------------


Metro banyak setori lain....tapi tak payah beli metro dah skarang ni, en Mc_K duk upload selalu dkt CI
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 09:31 AM | Show all posts
Aritu ada orang kata kek Gaza nun tidaklah sesusah seperti yang digembar-gemburkan media. Ki ...
airfilterkotor Post at 26-9-2010 23:57


tu la, pencacai yahud tak masuk lak thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 03:21 PM | Show all posts
Tak sangka, paper kek Yisroel pun sama tarap cam harian metro.

-- ...
k34n0 Post at 28-9-2010 09:27 AM

Ntah-ntah mek kagan versi yesroel pon ada.
Ingat metro ingat mek kagan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 03:22 PM | Show all posts
tu la, pencacai yahud tak masuk lak thread ni
Pikir Post at 28-9-2010 09:31 AM



Cuti raya lah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.285984 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list