View: 1102|Reply: 12
|
Lelaki Nak Saman Kedai Sandwic Sebab Malu 5 Tahun Tak Berhenti Kentut
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki mendakwa mengalami masalah sakit perut berpanjangan sejak lima tahun lalu akibat hidangan sandwic yang dibeli dari sebuah gerai.
Menurut Tyrone Prades, 46, dia membeli sandwic itu pada Disember 2017 bersama isteri dan anak-anaknya ketika melawat sebuah pasar Krismas di Birmingham.
Jelas Prades, sejak makan sandwic berkenaan, dia mengalami masalah kentut tanpa henti.
Gambar hiasan
Sehubungan itu dia mengemukakan tuntutan saman sebanyak £200,000 (lebih RM1 juta) ke atas pemilik gerai makan yang menjual sandwic berkenaan, lapor Metro.co.uk.
Peguam Prades, Robert Parkin berkata, anak guamnya mengalami masalah kembung perut yang kerap dan tidak terkawal sejak kejadian itu.
Dia memberitahu mahkamah bahawa Prades mengalami kekejangan pada perut, demam, muntah dan cirit-birit beberapa jam selepas memakan makanan tersebut.
Bukan itu sahaja, bahkan dia juga dikatakan terlantar di atas katil akibat jangkitan bakteria salmonella selama lima minggu.
Malah, masalah ini membuatkan dia berasa malu untuk berada di khalayak ramai gara-gara tidak dapat mengawal kentut.
Selain kerap terjaga pada waktu malam, perutnya juga sering mengeluarkan bunyi aneh selepas kesakitan itu reda.
“Prades mengalami masalah kembung perut melampau secara berterusan.
“Perutnya juga terus mengeluarkan bunyi sehinggakan tidurnya terganggu. Gejala-gejala yang berterusan itu telah mengubah kehidupannya,” kata Parkin.
Dalam pada itu juga, peguamcara bagi Frankfurt Christmas Market Ltd., Philip Davy berkata, pegawai kesihatan alam sekitar menjumpai bakteria e-coli pada bahagian pisau yang digunakan dalam menyediakan sandwic tersebut.
Namun, ia bukanlah salmonella seperti yang didakwa.
Bagi membolehkan lelaki ini menerima wang tuntutan saman, dia perlu membuktikan sememangnya sakit disebabkan makanan yang disediakan restoran itu jika bukan kerana dijangkiti e-coli.
Syarikat yang menyediakan sandwich itu dalam masa sama menafikan dakwaan Prades, dan kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
yang kuban kuban jela kau ni prades |
|
|
|
|
|
|
|
Jenuh lah nak buat excuse macam kat bawah ni kalau asyik kentut jer.
|
|
|
|
|
|
|
|
menipu jer... orang putih memang suka buat duit dgn menyaman, kadang sebab bodo pun saman..
ada sorang lepasan law kat luar negara cerita, kat malaysia tak berapa best sebab undang2 selektif...
kat luar negara kalau orang jalan2 depan kedai kemudian tergelincir jatuh, dia boleh saman tuan kedai sebab tak jaga kawasan depan kedai supaya selamat dilalui.
benda nampak bodoh bagi kita, tapi bagi dorang lubuk duit |
|
|
|
|
|
|
|
Aku macam ada sikit2 gejala yang dia cerita tu. Perut kerap meragam tapi tak ingat pulak gerai pasar malam mana punya angkara. Banyak kot kalau nak saman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah makan sandwich bltu berlanjutan selama 5 tahun..baru nak saman ..biar betul? Kalau terlebih makan protein ie kekacang pun dok terkentut2 |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 26-7-2022 02:16 PM
Aku macam ada sikit2 gejala yang dia cerita tu. Perut kerap meragam tapi tak ingat pulak gerai pasar ...
Ko makan je lah gaviscon tu..aku kalau perut meragam mmg makan gavisvon je |
|
|
|
|
|
|
|
pernah try years ago, membantulah kot sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru lepas buat sandwich teloq...
Dap nyaaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau minum air bancuhan apple cider dengan air kosong dekkkkk….. lepas tu stop makan benda bergula dekkkk! Aish penatlah benda simple macam ni pun nak kena ajar dek! |
|
|
|
|
|
|
| |
|