View: 1346|Reply: 4
|
Penjual Tak Beragak Jual ‘Seat’ C70 Rabak Pada Harga RM350
[Copy link]
|
|
Tempat duduk motosikal jenama Honda C70 asli yang sudah tembus dan berkarat dijual pada harga RM350 di salah satu laman e-dagang mendapat perhatian ramai.
Dikatakan, tempat duduk ‘ori motor’ (OM) itu dikeluarkan sekitar 70-an dan tidak pernah diubahsuai sejak motosikal tersebut dibeli lagi.
Namun, apa yang menjadi perdebatan adalah keadaan tempat duduk itu yang kelihatan usang, namun harga yang ditawarkan terlalu mahal.
Rata-rata warganet menjadikan hantaran jualan tersebut sebagai bahan mereka untuk mengutuk sikap penjual yang hanya mahukan keuntungan berlipat kali ganda walaupun barang yang ditawarkan itu dalam keadaan tidak padan dengan harga.
“Bukan nak kata, betullah barang ni ori motor tapi tidak beragak nak jual sampai RM350. Ini dah usang sangat ni, tak tahu dia jumpa dekat mana.
“Memang ada harga sebab barang lama, tapi kena tengok juga keadaan barang nak dijual itu setimpal atau tidak dengan harga yang ditawarkan,” jelas Azman Hamad.
“Saya nak beli kucing yang cakar kerusi ni, mesti lagi mahal sebab kucing tu yang membuatkan kerusi nampak hebat dan bercorak,” jelas Acap RS.
“Saya doakan kepada penjualnya mendapat pembeli yang sepatutnya, saya mampu berdoa harap ada orang yang bijak membeli barang purba ini, kalau tidak kita siapa lagi,” kata Paan Sayonara.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
anda tidak mengenal baram |
|
|
|
|
|
|
|
nak duduk geli. nak jadikan koleksi, buruk |
|
|
|
|
|
|
|
esok2 ada gak orang beli...hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kena dengan harganya dengan dah koyak sana sini macam tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|