CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3671|Reply: 45

[Tempatan] Pemangku Raja Pahang mohon maaf pada aktivis alam sekitar

[Copy link]
Post time 26-7-2022 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 26-7-2022 05:15 AM

Pemangku Raja Pahang mohon maaf pada aktivis alam sekitar

https://www.malaysiakini.com/news/629650

Diterbitkan:  Jul 26, 2022 12:16 PM⋅
Dikemaskini: 12:53 PM



  • Dikemas kini dengan tambahan komen berkaitan karya satira Fahmi Reza.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memohon maaf kepada aktivis alam sekitar Noor Jehan Abu Bakar kerana lewat menghadiri satu acara minggu lalu.

“Mesej peribadi saya kepada Noor Jehan Abu Bakar, saya dengan jujur hati memohon maaf kerana lewat ke acara itu.

“Saya tidak berapa sihat pagi itu dan terpaksa mengambil beberapa langkah pencegahan untuk keselamatan semua,” kata baginda.

Baginda juga meminta polis tidak menyiasat Noor Jehan kerana meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial terhadap baginda .

‘Tolong jangan buat drama,” tulis baginda di InstaStory.


Noor Jehan Abu Bakar

Noor Jehan, pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, disiasat atas dakwaan menghina Tengku Hassanal menerusi tulisan di Twitter pada 18 Julai, yang sudah dipadam.

Dia menulis bahawa Tengku Hassanal dan beberapa pegawai tinggi lewat dua jam ke Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan–acara penanaman pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu.

The Vibes melaporkan Noor Jehan sebagai mempertahankan tulisan itu kerana berasa “terhina” kerana menunggu lama setelah bangun awal pagi ke acara itu.

“Kita tidak seharusnya bertolak ansur dengan kelewatan, tidak kira siapa melakukannya.

“Masa kita sama-sama berharga seperti masa VIP,” dia dipetik sebagai berkata.


‘Saya suka grafik Fahmi Reza’

Sementara itu, Tengku Hassanal juga menunjukkan keterbukaannya menerima kritikan dengan meminta orang ramai tidak membuat laporan polis terhadap peraka grafik kontroversi Fahmi Reza.

“Tak perlu lapor polis.

“Saya sebenarnya suka grafik itu,” tulisnya.

Karya Fahmi itu menunjukkan seorang pemuda bertengkolok melakukan tekan tubi dengan kapsyen "Push-up 4 tasik chini".



Ia dipercayai merujuk kepada kempen media sosial “cabaran tekan tubi untuk alam sekitar” tahun lalu, yang baginda sendiri memuat naik gambarnya melakukan senaman itu.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) tahun lalu berkata Tasik Chini–tasik kedua terbesar di Malaysia–tidak lagi memenuhi kriteria sebagai rizab biosfera

Jun tahun lalu, campur tangan Tengku Hassanal membuatkan kerajaan Pahang memberhentikan kegiatan pelombongan dan pembersihan hutan di Tasik Chini.
Lukisan itu menggunakan latar belakang kuning.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
humblenya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Adun sendiri pergi bom ikan tu apa cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:30 PM | Show all posts
mmg dia salah pun, klu pompuan tu terus kena siasat n tahan lahi teruk anak azmee kena, better dia humblebrag mcm mak dia lol kohkohkohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 26-7-2022 01:26 PM
humblenya..

Sepupunye helang selatan tu takmo kata ape2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok dulu pun sampai nak balik khuenst tggu abegong. Dlm buku atok ckap anak karpal singh yg tahan atok drpd keluar istana n balik, kalau tak mmg tak lah atok nk jd pm ke 7… agaknya deyols yg kuning2 ni ada masalah timing dalam genetik kot lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2022 01:41 PM | Show all posts
tak berani nak komen ke dalam nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:47 PM | Show all posts
tumpah kuah ke nasik ke, sister? tanya je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 01:57 PM | Show all posts
Mana2 vvip sama je, cam kawan aku dok bebel punyalah lama tunggu sultan tak datang2.. Balik kang takut kena buang negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru tertengok video ex-butler donald trump ckp benda yg plg donald trump benci adalah lewat dan berpakaian selekeh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Balak Tuanku!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus pompuan ni berani bersuara benda tak betul walaupun melibatkan royal. Cuma yg peliknya kenapa perlu dia disiasat bila bersuara tentang anak raja tak tepati masa, buang masa org menunggu dia sampai 2 jam. Mana ruang utk rakyat msia bersuara? Klu tahu nak lambat kenapa tak inform awal2? Mana adab buat janji dgn org? mana integrity dia? mana kepimpinan melalui teladan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:20 PM | Show all posts
Awal2 dah tunjuk langsi sesuka hati lewat 2 jam org kena tunnggu dia. Bila pompuan ni sampai thp kena siasat baru nak mintak maaf acah2 tak sihat konon sbb tu lewat
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:20 PM | Show all posts
Awal2 dah tunjuk langsi sesuka hati lewat 2 jam org kena tunnggu dia. Bila pompuan ni sampai thp kena siasat baru nak mintak maaf acah2 tak sihat konon sbb tu lewat
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:21 PM | Show all posts
Keturunan ko mmg masalah yach makcik @azmee06  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 02:27 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 26-7-2022 02:05 PM
Iols baru tertengok video ex-butler donald trump ckp benda yg plg donald trump benci adalah lewat da ...

selalunya org putih mmg tepati masa, sbb tu blh maju. Cina pun biasanya tepati masa jugak kat msia ni cuma melayu dgn india yg masalah teruk pasal masa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 03:05 PM | Show all posts
masa yg hilang takkan berganti. remember that.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kerana meluahkan perasaan tidak puas hati di media soial pun polis nak buat soal siasat?

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhuhuhu la . 20 min ok lg. 2 jam bkn sikit2 masa org terbuang. At least inform awal ok kot dr di biar menunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je semuanya. Dulu aku punya flight delay sejam menunggu vvvvvvip negeri asyik tiada air tu. Yihhhh... Kalau marhaen dah lama kena tinggal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 1.095110 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list