CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1080|Reply: 8

[Tempatan] Lesen khas pemandu trak pikap bendung kemalangan maut

[Copy link]
Post time 27-7-2022 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-7-2022 09:19 AM



Home/Buletin/PEMANDU TRAK PIKAP PERLU ADA LESEN MEMANDU KHAS. ELAK KEMALANGAN MAUT
Syukran Zainuddin26/07/2022
Lesen khas pemandu trak pikap bendung kemalangan maut


Kerajaan disaran supaya mewujudkan lesen memandu khas untuk pemandu trak pikap ekoran banyak kes kemalangan maut yang melibatkan kenderaan pacuan empat roda itu di negara ini.


Ketika ini, sesiapa sahaja boleh memandu trak pikap asalkan mempunyai lesen Kelas D ia­itu motokar berat tanpa muatan tidak melebihi 3,500 kilogram.


Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy, Azad Jasmi berkata, lesen memandu khas itu penting supaya pemandu trak pikap memiliki kemahiran serta teknik pengendalian kenderaan dengan cara yang betul dan selamat.


Menurutnya, lesen Kelas D yang digunakan pemandu pa­cuan empat roda ketika ini tidak sesuai dengan cara pengendaliannya yang berbeza dengan kereta lain.


“Jika sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengambil lesen memandu Kelas D akan berlatih dengan menggunakan Perodua Kancil atau Axia.


“Bagaimanapun, selepas mendapat lesen, mereka pandu pacuan empat roda yang mempunyai fizikal yang jauh lebih besar, tinggi serta enjin yang lebih berkuasa,” katanya kepada Kosmo!.


Azad memberitahu, secara umumnya pacuan empat roda digunakan untuk mengangkut barang atau beban dan ­ken­de­­ra­an tersebut tidak boleh dipandu terlalu laju.


Kedudukan titik graviti trak pikap adalah lebih tinggi menyebabkan ia menjadi kurang stabil berbanding kende­raan yang lebih rendah dan dekat dengan permukaan jalan.


“Lebih teruk apabila sikap pemilik yang tidak mengenali secara menyeluruh sifat kenderaan itu dan terus memandu laju sehingga hilang kawalan dan mudah untuk memasuki laluan bertentangan atau terbabas,” ujarnya.


Justeru, Azad mencadangkan supaya pemandu trak pikap perlu memiliki lesen memandu khas seperti pemandu lori dan bas iaitu Lesen Memandu Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Lesen Kende­raan Pe­ngangkutan Awam (PSV).

“Keupayaan pengendalian dan memahami karakter sesebuah pacuan empat roda ini penting kerana jika berlaku kecemasan, pemandu akan tahu cara yang selamat untuk membrek supaya kereta itu tidak berpusing atau terbalik,” katanya.


Presiden Persatuan Pengguna Jalan raya Kebangsaan, Datuk Mohammad Hisham Shafie pula berkata, mana-mana individu yang mahu memandu trak pikap juga perlu menjalani latihan atau kursus bagi meningkatkan advokasi.


Katanya, antara sebab utama kemalangan masih ber­ulang disebabkan sikap pemandu selain terdapat perbezaan antara cara pemanduan pikap dengan kereta.


“Kita sedia maklum bahawa trak pikap adalah lebih besar dan memiliki kuasa yang lebih tinggi menyebabkan segelintir pemandu tidak mahu bertolak ansur dan bersikap ego.


“Jadi, satu program advokasi melibatkan teknik memandu dan pemanduan berhemah perlu diterapkan dalam sistem sedia ada,” ujarnya.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan institut memandu juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan ke atas pemandu untuk tempoh tiga tahun hingga lima tahun sekali bagi memastikan mereka layak untuk mengendalikan kenderaan itu.


“Sepatutnya selepas individu ambil lesen, pemandu perlu menjalani semula latihan, teori dan praktikal dalam tempoh tiga hingga lima tahun sekali. Ini bagi memastikan kompetensi dan kecekapan pemandu adalah berada pada tahap yang baik dan memuaskan.


“Kita ambil contoh seperti GDL dan PSV yang mana semua pemandu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemanduan setiap tahun,” ujarnya.


Beliau juga menegaskan, penguatkuasaan un­dang-undang juga perlu ditingkatkan supaya tiada individu memandang ringan terhadap peraturan sedia ada.


Kosmo Online








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2022 01:17 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-7-2022 09:20 AM

Ini bukan masalah lesen, ini masalah attitude.

Bagi lesen apa sekalipun jikalau attitude seperti binatang buas pun tak jadi juga.

Malaysia ni memang suka menambah undang undang yang tidak perlu.

Ibu bapa perlu ajar anak tu dari Rumah macamana nak behave sebelum ke alam sekolah dan di sekolah juga pastikan mereka di ajar apa itu erti menghormati …..

Dapat pemimpin bodoh maka lahirlah ummah yang .....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 02:10 AM | Show all posts
for sure utk tambah profit ler kalau satu msia SUV nak dipaksa ambik lesen plak maka depa lah untung, conflict of interest lah kalau ketua jurulatih driving academy  yg sarankan tu kat kerajaan.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo, kekadang me pandu pick up truck Ford xl husband punya, takda pula cam nak membunuh orang di jalan raya.

Ianya still kenderaan so kena patut undang undang, bukan bawak pick up maknanya special di jalan raya.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Cait...
Bagero2 yang bawak 4x4 neh mmg tak sedor diri..rasa cm.dah bawak kete tinggi gitu..boleh kasi cucuk.kat hiway...
Potong double line pung ramai..
Sure ramai.yang menyumpah supaya depa eksiden kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenderaan idaman tapi bil aku selaku penceramah pusat memandu yg ada pusat memandu sendri larang. Alasan yg sama sebijik mcm article kt atas. Kenderaan ginih xsesuai dipandu atas jln raya. Nak2 bwk laju atas highway. Tu bukan sifat kenderaan tu. Tp itu la yg rata2 owner pikap kt sini dok buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2022 09:15 AM | Show all posts
ape punye cadangan la,cara memandu 4x4 sama je dgn kenderaan biasa,
dah yg kemalangan tu pandu laju,sbb 4x4 mmg pergi dia sedap,laju ,ni bukan soal cara mengendali,ni soal sikap pemandu tu, adoii x bijak betul la,
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 27-7-2022 08:27 AM
Cait...
Bagero2 yang bawak 4x4 neh mmg tak sedor diri..rasa cm.dah bawak kete tinggi gitu..boleh kas ...

Depa mnyasar solo xpa. Yg xmau tu sabit2 ke org lain yg elok2 bwk keta ikut peraturan. Tgk yg xcident kt jln jeli gerik br ni. Suma mati. Kesian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 27-7-2022 09:17 AM
Depa mnyasar solo xpa. Yg xmau tu sabit2 ke org lain yg elok2 bwk keta ikut peraturan. Tgk yg xcid ...

Kan ada dashcam rakam 4x4 potong lori
Adoi la..taknak mengalah plak tu..sabo jelah..
Kesian kalau ada mamgsa yang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.080417 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list