View: 467|Reply: 2
|
[Dunia]
Russia sekat gas ke Eropah mulai hari ini
[Copy link]
|
|
GAMBAR pada 20 Julai lalu menunjukkan loji pemprosesan dan agihan gas Nord Stream dekat Lubmin, timur laut Jerman. - AFP
Russia sekat gas ke Eropah mulai hari ini
KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy kelmarin menggesa Eropah bertindak balas terhadap ‘perang gas’ oleh Russia dengan mengukuhkan sekatan ke atas Moscow.
“Hari ini (kelmarin) kita mendengar ancaman baharu terhadap Eropah. Russia melancarkan perang gas secara terbuka ke atas negara-negara Eropah bersatu,” kata Zelensky susulan pengumuman pemotongan baharu penghantaran gas ke Eropah oleh Gazprom.
Syarikat gergasi tenaga milik Russia itu menyatakan bahawa pihaknya akan memotong penghantaran gas ke Eropah menerusi saluran paip Nord Stream kepada 33 juta kubik meter sehari atau hanya 20 peratus daripada keupayaan saluran paip tersebut bermula hari ini.
Gazprom memberi alasan berbuat demikian kerana masalah teknikal melibatkan enjinnya.
Kerajaan Jerman bagaimanapun berkata, pengumuman Gazprom itu tidak munasabah dan tiada justifikasi dari segi teknikal.
Eropah amat bergantung kepada sumber tenaga Russia, manakala Barat menuduh Moscow menggunakan tenaga sebagai senjata untuk membalas sekatan selepas Moscow menceroboh Ukraine.
“Mereka (Russia) tidak peduli apa yang akan berlaku kepada rakyat jelata, bagaimana mereka akan menderita akibat kelaparan selepas pelabuhan-pelabuhan di sekat, menderita akibat kemiskinan dan cuaca sejuk atau penaklukan. Ini semua adalah keganasan dalam bentuk berbeza,” kata Zelenskyy semasa ucapan hariannya.
“Ini sebabnya mengapa kita mesti bertindak balas. Jangan fikir bagaimana untuk mendapatkan kembali gas Russia sebaliknya ketatkan lagi sekatan,” kata Zelenskyy semasa ucapan hariannya.
Pengumuman Gazprom itu dibuat selepas Russia menyambung semula bekalan gas kritikal ke Eropah melalui Jerman menerusi Nord Stream selepas membekukan bekalan selama 10 hari untuk penyelenggaraan.
Penyambungan bekalan itu bagaimanapun pada 40 peratus kapasiti saluran gas tersebut. – AFP
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... pah-mulai-hari-ini/
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus tindakan rusia, dont be a jewish bitch |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lak tetiba jewish bitch bagai. Yahudi juga ko maki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|