View: 1175|Reply: 13
|
[Dunia]
Filipina dilanda gempa bumi 7.1 magnitud
[Copy link]
|
|
Filipina dilanda gempa bumi 7.1 magnitud
Orang ramai mengosongkan bangunan selepas berlaku gempa bumi berukuran 7.1 magnitud di Filipina. - Foto AFP
MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda pulau Luzon sehingga memberi kesan gegaran kuat di ibu negara Manila, Filipina, menurut tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Akibat gempa bumi itu, pesakit dan kakitangan sebuah hospital di wilayah Abra dipindahkan selepas sebahagian bangunan itu runtuh, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Datuk Bandar Lagangilang wilayah Abra, Rovelyn Villamor, berkata beberapa kawasan di negara itu masih mengalami gegaran susulan.
"Kami menerima laporan kerosakan rumah dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kami juga tidak mempunyai bekalan kuasa kerana terputus secara automatik disebabkan bahaya," katanya.
Pejabat maklumat awam wilayah Abra menyiarkan gambar di halaman Facebooknya yang menunjukkan bangunan rosak teruk dengan retakan besar runtuh.
USGS berkata, pusat gempa adalah pada jarak kira-kira 11 kilometer (km) Timur-Tenggara bandar Dolores dan berlaku pada kedalaman cetek 10 km.
"Tumpuan adalah di Abra dan wilayah berdekatan kerana ini adalah gempa bumi besar dan kami menjangkakan gempa susulan yang kuat," kata Pengarah Agensi Seismologi Negeri, Renato Solidum.
Seorang ahli kongres di wilayah Ilocos Sur utara, Eric Singson, berkata gempa bumi dirasai dengan kuat.
"Gempa bumi berlaku selama 30 saat atau lebih dan sekarang pihak kami cuba dapatkan orang ramai yang berada di luar rumah kerana masih ada gegaran susulan," katanya.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan, berkata sistem kereta api metro di bandar itu dihentikan pada waktu puncak berikutan gegaran masih dirasai.
Bangunan senat di ibu negara turut dipindahkan.
Sementara itu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, mengarahkan penghantaran segera pasukan penyelamat dan bantuan ke wilayah Abra yang dilanda gempa bumi, kata Setiausaha Akhbar, Trixie Cruz-Angeles hari ini.
"Marcos juga akan terbang ke Abra," katanya dalam sidang media. - REUTERS
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... pa-bumi-71-magnitud
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 27-7-2022 11:50 AM
komen acik @tumpanglalu74 ?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Malaysia merasa gempa 7.1 sah2 masjid, gereja, tokong, kuil, penuh orang.
Kuat ni. Semoga Filipina selamat (walaupun akak ada beef dengan korang ini hari akak doa ikhlas). |
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan gambarajah di atas,
(a) kat malaysia mmg tkde bulatan merah.
ATAU
(b) peta kita kecik sgt, bulatan2 tu nak mencelah pun tak dapat?
Pilih jawapan yg betul . Pilih 1 sahaja (1 markah)
|
|
|
|
|
|
|
|
jawapan dia (a). Sebab kedudukan geografi Malaysia adalah tidak terletak di atas Lingkaran Api Pasifik.
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 27-7-2022 12:23 PM
jawapan dia (a). Sebab kedudukan geografi Malaysia adalah tidak terletak di atas Lingkaran Api Pas ...
wahhh terima kasih Dah lama tak dengar perkataan lingkaran api pasifik sbb tkde anak yg ambik subjek geografi
so gempa bumi kat pilipin ni tkde kaitan dgn isu tsunami yg sis tumpanglalu pernah up suatu ketika dulu ke (maaf soalan macam tak brp cerdik sbb harini malas nak berfikir) |
|
|
|
|
|
|
|
Baru perasan presiden filipina ferdinand marcos jr. Hmmmm...
|
|
|
|
|
|
|
|
balasan sebab waris sultan sulu rampas aset Petronas ka? tanye jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas beberapa kali bergegar di kawasan Indonesia kini di Filipina pula |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 27-7-2022 01:29 PM
balasan sebab waris sultan sulu rampas aset Petronas ka? tanye jer
Patut tempat Sultan Sulu tu yg kena gempa.
Tapi politaiks Malaysia pun bangang2 semua......tak de isu yg pernah settle....dari perjanjian air Malaysia Singapork, pulau Batu Puteh sampailah kes Sultan Sulu. Semua fail. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada rakyat Filipina. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah berapa banyak lagi government dealings yang kita tak tau until terlondeh macam ni.
Siapa sangka yang selama ini kita dok bayar wang perlindungan kepada pengganas sulu. See what happens when payment stops, memang scary lah.
Takziah, pilipinas.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|