View: 508|Reply: 0
|
Anak Jadi Degil, Susah Dikawal Kalau Dibiarkan Main Gajet Waktu Makan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tabiat ibu bapa sekarang yang membenarkan anak menonton atau bermain gajet sewaktu menjamu selera perlu dielakkan kerana ia memberi banyak implikasi negatif.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, apabila anak sudah terbiasa makan bersama gajet ia adalah satu ‘perangkap’.
Kata PHM, ia boleh menyebabkan anak-anak tersebut ketagih kepada gajet pada usia muda serta mereka akan makan sama ada terlalu banyak atau sedikit.
Gambar Hiasan
“Selain itu, kanak-kanak juga berisiko untuk tercekik semasa makan serta mereka akan menjadi degil dan susah dikawal.
“Pemberian gajet juga semasa makan juga akan mengurangkan komunikasi antara keluarga serta tiada adab sewaktu makan,”katanya.
Jelas PHM, kebanyakan ibu bapa mengambil jalan mudah dengan memberikan anak-anak mereka gajet sewaktu makan kerana mereka mungkin akan lebih tenang serta tidak perlu bersusah payah mengawal anak.
“Anda dapat makan dengan tenang, anak pun tidak banyak meragam. Tetapi untuk jangka masa panjang akan ada lebih banyak implikasi negatif.
“Tetapkan peraturan tiada gajet di meja makan. Anda juga perlu tunjuk contoh sama,” ujar PHM.
Pada masa sama kata PHM, jika anak-anak telah ketagih, perlahan lahan alihkan perhatian dengan aktiviti lain seperti suap gaya kapal terbang, sediakan menu menarik, pinggan dan cawan yang digemari. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|