[Tempatan]
Wonder Women 2022 : Bertukar Kata-Kata Semangat Untuk Terus Kuat, Rossa Sera & Puteri Sarah Mohon Kaum Wanita ‘Bangkit’ Demi Kesihatan MentaL
Isu pergolakan rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan Rossa Sera antara yang mencuri tumpuan warganet sejak belakangan ini. Tatkala, Sera dikatakan dalam proses berpisah dengan suaminya, Shuk Sahar, isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah pula dalam proses menyaman ‘penyondol’ rumah tangganya
Terbaru, kedua-dua wanita hebat ini dilihat bertemu antara satu sama lain dalam sebuah majlis khas. Lebih terharu, kedua-dua mereka memuat naik video dan gambar bersama di Instagram. Bukan itu sahaja, Sera dan Sarah turut bertukar kata-kata semangat agar terus menjadi kuat dan bangkit demi masa hadapan.
Menerusi Instagram Sera, dia memberitahu bahawa Sarah seorang wanita yang tabah. Oleh sebab itu, dia yakin bahawa wanita seperti Sarah mampu mengalahkan para lelaki di luar sana.
Engkau tidak akan sekuat laki-laki, tapi engkau lebih tabah dari mereka. Dan ketabahan itulah yang menjadikan wanita mampu mengalahkan laki-laki.
Manakala menerusi Instagram Sarah pula, dia bersimpati atas nasib yang menimpa Sera selama ini. Ujar Sarah, dia pertama kali berjumpa dengan Sera di majlis tersebut. Tambahnya, sebelum ini dia hanya membaca kisah rumah tangga Sera dan Shuk melalui media sosial sahaja.
Bila berjumpa secara macam ni, saya nampak dia berada dalam keadaan yang bimbang. Kesian dia. Apabila hati kita telah hancur, sudah pasti tiada perkataan mahupun ayat yang mampu dikeluarkan daripada mulut. Semuanya jadi bercelaru. Saya faham perasaan dia. Kehidupan akan cuba memecahkan korang kadang-kadang, tiada siapa yang dapat melindungi korang daripada realiti ini.
Jelas Sarah lagi, adakalanya hati yang terluka mampu membuatkan seseorang itu tersedar dan berfikir bagaimana cara untuk menghargai diri sendiri. Di akhir posting, Sarah berharap Sera sentiasa kuat untuk anak-anak dan dirinya sendiri.
Sumber: Rossa Sera & Puteri Sarah
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
meols ada akaun ig, fb, namun tak folo kengkawan sebab rengsa dengan kerenah memasing, since 2006 tak silap yakni zaman friendster. Pernah juga tak guna phone circa 2005-2006 sebab rimas. Lepas tu terus guna sebab untuk urusan kerja. Aman yach kalau hidup tanpa gangguan2 ni.
iols guna akaun ig untuk folo akaun ilmiah macam english edu, fitness tips, selain folo ctdk
Post time 27-7-2022 02:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
capiloton replied at 27-7-2022 01:26 PM
kalau tak boleh ditching your smartphone,
at least boleh buang semua app,
especially socmed, termas ...
ha samalah. ni baru install wasap balik sebab buat freelance tapi no famili kekawan semua aku block. apps ig twitter fb tiktok atau apa2 saja aku dah takde. forum je tinggal.
tengah nak siapkan mini library nih, pasni babailah forum
nak buang terus macam susah smartphone nih sebab nak guna grab dan gugel maps. lainlah urang kaya ada driver semua. tapi hp ni dari zaman batu, ada beberapa apps macam banking dah tak support, padan muka