CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 4

[Tempatan] Pemotong rumput didakwa menyamar bomoh, perdaya wanita kerugian hampir RM96,000

[Copy link]
Post time 27-7-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-7-2022 01:38 AM

Pemotong rumput didakwa menyamar bomoh, perdaya wanita kerugian hampir RM96,000[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Ahmad Hasbi - Julai 27, 2022 @ 7:16am[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/ur

SEREMBAN: Seorang pemotong rumput didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas empat pertuduhan memperdaya seorang wanita dengan menyamar sebagai bomoh sehingga mangsa kerugian hampir RM96,000 pada Mac lalu.

Tertuduh, Mohamad Aizat Ahmad, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Salleh serta Majistret Norzaliza Tesmin selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya seorang wanita berusia 42 tahun dalam urusan mendapatkan perkhidmatan tradisional atau bomoh yang tidak wujud dengan menyatakan kononnya boleh menyembuhkan penyakit misteri dihidapi mangsa, sehingga mendorongnya menyerahkan seutas rantai, seutas gelang tangan, sebentuk cincin dan wang tunai RM4,000 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM15,362.

Bagi tiga pertuduhan lagi, tertuduh didakwa memperdaya wanita sama dalam urusan sama sehingga mendorong mangsa memindahkan wang berjumlah keseluruhan RM80,550 ke dalam akaun bank.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah kedai makan di Senawang pada 19 Mac lalu, yang boleh dihukum bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Terdahulu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, memohon anak guam dikenakan ikat jamin minimum kerana tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai pemotong rumput, selain sedang dalam proses perceraian dan perlu menanggung dua adik.

Mahkamah kemudian menetapkan keseluruhan ikat jamin RM16,000, dan sebutan semula kes pada 10 Ogos depan.


Mohamad Aizat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Seremban, hari ini. - NSTP/AZRUL EDHAM



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/07/980863/pemotong-rumput-didakwa-menyamar-bomoh-perdaya-wanita-kerugian-hampir


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kesian sebab tak helok
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa mudah ...orag tua yang kurang kasih sayang duit ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 06:38 PM | Show all posts
moral of the story jgn percaya budak gemok.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat skill persuasive heols. Boleh try nasib jadi ahli politik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.066444 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list