View: 1758|Reply: 11
|
[Jenayah]
Cubaan culik: Polis minta artis wanita bawa anak ke balai untuk rakam keterangan
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 27-7-2022 05:39 PM
Media sebelum ini melaporkan Lufya mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya itu.
PETALING JAYA: Polis meminta penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, membawa anak perempuannya ke balai polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan cubaan menculik yang didakwa berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara, di sini, 26 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, selain usaha untuk mendapatkan keterangan daripada anak pelakon itu berusia lima tahun, pihaknya juga akan mendapatkan lakaran wajah (fotofit) suspek bagi membuat hebahan awam.
"Polis sudah menghubungi Lufya dan sekarang masih menunggu kerjasama daripadanya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian, Am dan Berharga di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.
BACA: Pelakon Lufya cedera di muka, bergelut dengan lelaki cuba culik anak
Mohd Fakhrudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Media melaporkan Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya itu.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eik tak pergi2 lagi? Fishy je ambik masa lama, jangan dibawa main kes culik lufya oi. |
|
|
|
|
|
|
|
98% nak kantoi dah. 2% tinggal tunggu PDRM reveal (jika tak nak jaga aib). |
|
|
|
|
|
|
|
Drama la sgt...kan dh mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes hari tu kannn.....
Lamanya polis nk panggil bg keterangan.....
Ke aku yg tertinggal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nape aku rasa dia mcm nak perhatian ex saja..ke aku je yg rasa mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kau propa, mmg kau mak yg tagune
Skrg anak kau plk kena panggil. Best ke gitu??
Kalau kau brckp beneran, aku ckp kau tagune jugak Sbb kau bodoh delay daley case penculikan.
Dan aku ckp tagune dkt ketiak kau jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik nye
Klo i yg melibatkn anak polis xperlu carik
Dah lame g balai |
|
|
|
|
|
|
|
the next day post dia polis dah panggil kak jazaa... cuma dia yang lengah2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ape bende le ko ni ketibas. Tak cukup mencapub kes2 orang len ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pukul 4-5 ptg cubaan menculik kat taman permainan? Sebulan lepas kan..
Hmm.. kalau betul, berani betul penculik tu kat tempat open n ramai org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fishy sangatt
Klu ini sekadar “drama”, polis boleh amik tindakan pd minah ni tak ya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|