CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1233|Reply: 12

Kalau FGV Turunkan Harga Minyak Saji, Yang Lain Mesti Ikut - Najib

[Copy link]
Post time 27-7-2022 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat FGV yang mengeluarkan minyak masak jenama Saji sudah boleh mulakan proses penurunan harga minyak masak berbotol.


Jika Saji turunkan harga, yang lain akan terpaksa ikut, kata Datuk Seri Najib Razak.








Bekas Perdana Menteri itu berkata, harga minyak sawit sudah turun sejak awal bulan Jun ke paras awal tahun 2021 selepas Indonesia menghabiskan stok bekalan yang melimpah.


Berikutan itu, harga minyak sawit jatuh separuh sejak awal bulan Jun. Namun, harga minyak masak berbotol di Malaysia belum turun.




FB Najib




”Ini dah masuk akhir bulan Julai.


”Harga minyak masak 5kg pada ketika ini setelah penurunan mendadak harga minyak sawit sepatutnya sudah jatuh ke sekitar RM30 bagi 5kg. Tapi masih dijual pada harga melebihi RM40.


”Takkan stok lama yang dibeli pada tempoh harga minyak sawit cecah RM7,000 masih belum habis setelah dua bulan berlalu?” katanya.


Sedangkan, sebelum ini, banyak kilang minyak masak telah menghentikan pembelian buah tandan segar apabila mereka hentikan pengeluaran semasa harga minyak sawit jatuh.


Menurut Najib, sekiranya kesemua pengeluar masih enggan menurunkan harga, maka Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang ditubuh Kerajaan Barisan Nasional semasa beliau menjadi Perdana Menteri boleh mula siasat sekiranya wujudnya usaha pakatan harga antara pengeluar minyak masak.








Ujar beliau, pakatan harga adalah satu kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 11:55 PM | Show all posts
pelik gak kenapa minyak felda xnak turun? ke bukan milik kerajaan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:58 AM | Show all posts
Kali ni Najib cakap betul. kalau Saji turun harga yang lain mesti ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hat lain tu, bila nak turun rega?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni pandai plk najibun baca akta, tu akta mesin basuh nape x hadam2 lg....dlm court semedang x tau apa2.....dlm fb bkn main merempan suma nk tukar, hakim, loyer, peon aka kemaruk mhkmh pun klau blh nk amik obersee punya
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:52 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 28-7-2022 02:17 AM
Hat lain tu, bila nak turun rega?

yg lain akan terpaksa ikut jika sykt terbesar milik warga felda ini turunkan harga...
kalau tak nanti rakyat beli jenama Saji aje, kalau yg lain tak turunkan harga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 10:58 AM | Show all posts
Wow ni baguslah. Lupakan perkara-perkara lain, ini satu statement yang memang favour rakyat. Bravo
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 28-7-2022 10:52 AM
yg lain akan terpaksa ikut jika sykt terbesar milik warga felda ini turunkan harga...
kalau tak na ...

Lama2 deme tersepit, turun la rega tuh.. tunggu stok lama habis kekdahnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aii rasa bersalah gila time org dok panic buying beli minyak masak botol 5kg tuhari aii pun terjebak beli..aii beli bukan sbb harga mahai ka apa..aii beli sbb aii ingat minyak masak akn out of stock mcm aym tuhari...sudahnya minyak masak tu sampai hari ni xguna lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
felda nak cover gaji ceo, duit2 yg kene cekau..terpaksa naikkan harga lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:38 PM | Show all posts
felinecat replied at 28-7-2022 01:24 PM
felda nak cover gaji ceo, duit2 yg kene cekau..terpaksa naikkan harga lah

semua sykt sama ke nak cover, masing2 belum turunkan harga lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:42 PM | Show all posts
kalaula akalnya berfungsi mcm ni masa jadi PM...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 02:54 PM | Show all posts
yenil95 replied at 28-7-2022 02:42 PM
kalaula akalnya berfungsi mcm ni masa jadi PM...

banyak jugak akalnya berfungsi semasa dia jadi PM....
sebab itu zaman dia banyak bantuan yg rakyat terima seperti BR1M, BB1M, SL1M, KR1M, Klinik 1M, PR1MA, PPA1M, TEKS1M dll. sekarang mana ada...

Aset negara yg ditinggalkan mencecah rm2trillion...purata dividen amanah saham, tabung haji yg rakyat dapat pun tinggi...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055117 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list