CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 10

Peninju Muay Thai Rasa Bersalah Siku Lawan Sampai Mati Pilih Untuk Bersara

[Copy link]
Post time 27-7-2022 10:49 PM | Show all posts |Read mode
Anthony Durand mengumumkan pengundurannya dari sukan tinju Muay Thai berikutan kematian lawannya, Phanphet Phadungchai.


Phanphet dan Durand bertemu dalam perlawanan di Stadium Tinju Tentera Udara Thupatemi di wilayah Pathum Thani, tengah Thailand, pada 15 Julai lalu, lapor Daily Star.




Foto Coconuts




Dalam perlawanan itu, hentakan siku Durand menyebabkan lawannya rebah ke lantai sebelum kepalanya terhantuk kuat pada kanvas.


Peninju kelahiran Thailand itu dikejarkan ke Hospital Bangkok yang mana dia didapati mengalami pendarahan otak akibat hentakan.


Phanphet kemudiannya meninggal dunia dan Durand mengambil keputusan bersara sebagai peninju selepas mengetahui berita mendukacitakan itu.


Doktor pada mulanya berkata Phanphet telah memasuki "keadaan mati otak yang tidak dapat dipulihkan", tetapi peninju itu bertarung nyawa dengan bantuan alat pernafasan selama sembilan hari sebelum meninggal dunia pada Sabtu malam.


Durand mengumumkan pengundurannya di Facebook, memberi penghormatan kepada keluarga Phanphet.


"Saya sedar saya tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Ia satu kejutan besar, mungkin dia menerima banyak pukulan sebelum pertarungan itu.


"Ia tidak dapat diterangkan tetapi ini adalah takdir dan saya tidak mempunyai hak untuk menentangnya. Saya hanya berharap dia bersemadi dengan aman sekarang dan saya komited kepada ibu, isteri dan anak perempuannya untuk menyumbang secara kewangan sehingga mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak memerlukan pertolongan lagi.


"Ini adalah pertarungan ke-28 saya tetapi ia adalah yang terakhir. Saya tidak akan kembali... Terima kasih kepada semua orang yang telah berada di sana sejak kemunculan pertama dan saya minta maaf kerana saya tahu bahawa beberapa orang telah banyak berkorban untuk melihat saya di puncak," ujarnya.


Kematian Phanphet menggegarkan negara Thailand dan merupakan satu kejutan besar kepada sukan itu.


Phanphet sebelum ini beraksi untuk pasukan kebangsaan Thailand dan berjaya memenangi pingat perak pada temasya SEA 2019 di Filipina.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 10:53 PM | Show all posts
Aku pun pelik nape manusia perlu cipta sukan yg pelik2 yg bahaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 11:18 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 27-7-2022 10:53 PM
Aku pun pelik nape manusia perlu cipta sukan yg pelik2 yg bahaya ni

Squid Game  
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tinju 'dalam game'(phone,ps,pc..) jer la..x perlu ada yg mati...pon.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:16 AM | Show all posts
takutnye... sampai mati..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:32 AM | Show all posts
dah tertulis ajalnya sedemikian....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 10:01 AM | Show all posts
cuba bersukan mcm silat... berhemah not killing.. sukan lain semua mcm nak kasi mati org aje walaupun berlakon mcm wrestling WWE tue..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
rip...
bagus gak la dia sggup bertgjwab utk kewangan fmly member mendiang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkesan dia
Mesti xleh tido mlm
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:38 AM | Show all posts
saya komited kepada ibu, isteri dan anak perempuannya untuk menyumbang secara kewangan sehingga mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak memerlukan pertolongan lagi.



die pun dh retired
ade pencen bulanan ke

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 28-7-2022 12:12 PM
fizamn replied at 28-7-2022 10:01 AM
cuba bersukan mcm silat... berhemah not killing.. sukan lain semua mcm nak kasi mati org aje walaupu ...


tu..la ...pasai..tumbuk,terajang orang pon...depa anggap 'SUKAN'...siap dipertandingkan ke peringkat olimpik lg....mohon..Mat Sabu & the gang guling atas jalan BANTAH penghantaran atlet negara sertai acara...tumbuk,terajang ni...ke sukan...sea,asia dll.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.063357 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list