CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 946|Reply: 12

[Tempatan] Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mula tunjuk hasil positif

[Copy link]
Post time 28-7-2022 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mula tunjuk hasil positif


Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (dua dari kiri) mempengerusikan mesyuarat pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada30 Jun lalu. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Setelah hampir sebulan ditubuhkan, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dilihat berada di landasan tepat apabila ia mula menunjukkan hasil positif dalam mengurus kenaikan kadar inflasi.

Diwujudkan kerajaan pada 29 Jun lalu, pasukan itu yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bertujuan membantu rakyat menghadapi cabaran ekoran peningkatan kos sara hidup.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Komitmen pasukan khas itu dalam menangani inflasi terbukti menerusi perancangan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif, termasuk pemberian subsidi, pemantauan dan penguatkuasaan melalui kementerian berkaitan.

Dalam satu laporan media baru-baru ini, Annuar dipetik meluahkan tekad pasukan itu untuk mengawal dan seterusnya mengekalkan kadar inflasi serta harga barangan makanan di negara ini pada kadar rendah.

Beliau turut memberi jaminan pasukan terbabit akan melakukan usaha berterusan dengan melaksanakan beberapa langkah drastik yang akan diumumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) melaporkan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.4 pada Jun 2022 berbanding 123.2 pada Jun 2021, melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 sebanyak 1.9 peratus.

Mengulas mengenainya, Pensyarah Kanan di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Raja Rizal Iskandar Raja Hisham, berkata penubuhan pasukan itu relevan dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini, demi menjamin kebajikan rakyat.

"Penubuhan pasukan ini perlu kerana masalah inflasi dan kos sara hidup telah menunjukkan kesannya ke atas rakyat sejak tahun lalu lagi.

"Kemungkinan agensi, jawatankuasa atau pihak berkaitan sebelum ini lebih tertumpu pada pelaksanaan gaji minimum dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup sedangkan impak inflasi menekan hampir semua kelompok masyarakat," katanya.

Justeru, pasukan itu akan memainkan peranan mencari penyelesaian di peringkat akar umbi termasuk mengenal pasti punca kenaikan harga barang tertentu yang disifatkan tidak munasabah.

"Pasukan ini bertanggungjawab bertindak balas kepada keadaan inflasi dan ia tidak berfungsi secara 'ad hoc' semata-mata.

"Keberkesanan pasukan ini semestinya akan membuahkan hasil dengan usaha pemantauan dan penguatkuasaan terperinci terhadap jaringan rantaian makanan yang mengakibatkan kenaikan harga,'' kata Raja Rizal Iskandar.

Antara usaha terbaharu pasukan itu ialah penetapan harga maksimum minyak masak yang akan diputuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas didapati pengeluar minyak masak botol masih 'liat' untuk menurunkan harga sekalipun harga minyak sawit dunia telah turun.

Menerusi langkah itu, kerajaan akan mewartakan harga minyak masak botol mengikut kaedah undang-undang sedia ada dan berdasarkan harga pasaran minyak sawit mentah dunia.

Mengulas lanjut, Raja Rizal Iskandar berkata, kewujudan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi turut memberi kelebihan kepada rakyat yang dapat menyalurkan aduan dan pandangan berkaitan harga sesuatu barang secara langsung.

Beliau berkata dengan pendekatan turun padang, peranan pasukan itu disifatkan lebih berkesan apabila dapat mewujudkan kerjasama rapat dengan masyarakat.

"Contohnya, apabila berlaku kekurangan makanan asas seperti telur ayam atau kenaikan harga barang di satu-satu tempat, aduan dapat disalurkan terus kepada pasukan untuk siasatan terperinci.

"Pendekatan ini juga dapat mengesan mana-mana peniaga yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mengaut untung besar ketika negara berdepan ancaman inflasi,'' katanya.

Pandangan senada turut disuarakan Dr Ariff Azly Muhamed, Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi dan Pengajian Rantaian Bekalan, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menyifatkan keberkesanan langkah mengekang aktiviti pencatutan dapat meminimumkan kenaikan harga barang.

"Kita harus setuju kenaikan inflasi adalah sesuatu yang sukar dielakkan, namun sekiranya aktiviti pencatutan dapat dibendung, inflasi mampu memberikan impak positif termasuk harga barangan lebih terkawal sekali gus tidak membebankan rakyat,'' katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasukan khas itu berperanan mengumpul semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta menyelaras tindakan, khususnya untuk mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Ia susulan terdapat laporan sesetengah peniaga yang menaikkan harga serta menjual barangan melebihi harga siling yang ditetapkan kerajaan.

Dalam pada itu, Ariff Azly berkata, rakyat perlu memberi ruang kepada pasukan khas berkenaan dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan inflasi secara total.

Beliau berkata, penubuhan pasukan itu adalah langkah proaktif kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

"Penubuhan (pasukan khas) adalah peringkat awal kerajaan dalam menangani inflasi, kita yakin sekiranya skop bidang kuasa pasukan itu diperluas dan diperkasakan, ia mampu menyelesaikan masalah berkaitan inflasi.

"Banyak lagi langkah atau syor yang boleh dilakukan pasukan ini sekiranya ada komitmen yang berterusan dan jihad ke arah itu (tangani inflasi). Kita pasti pasukan khas ini akan mencapai matlamat penubuhannya," katanya.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman dalam satu kenyataan pula berkata, penubuhan pasukan itu adalah satu pendekatan rentas kementerian yang holistik dirumuskan kerajaan serta memastikan rakyat memahami situasi sedang melanda negara.

Beliau berkata, kerajaan melalui pasukan khas itu akan membuat pengumuman setiap kali mesyuarat diadakan untuk memaklumkan rakyat mengenai tindakan susulan yang akan diambil bagi menangani masalah inflasi.

Menerusi langkah itu, katanya, secara tidak langsung akan menyedarkan rakyat mengenai komitmen kerajaan dalam memainkan peranan mengurangkan impak inflasi ke atas rakyat. - BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... unjuk-hasil-positif

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 10:39 AM | Show all posts
positif tang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:02 AM | Show all posts
highlight tang mn yg positif tu

ramai mkn kt restoran shah alam tu ka?  - belalang
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:09 AM | Show all posts
ada bykagensi keraaan yg boleh kawal dan kuat kuasakan undang2 pun tak berguna, ni pulak nak berjihad psl kharga!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:23 AM | Show all posts
apelanco semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:33 AM | Show all posts
Teringat zaman dulu2

apa sahaja yang dibuat kerajaan, sokkabar mesti puji.

mengimbau nostalgia silam sesekali baca berita dari sokkabar ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
data,statistik...mana???
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tips jihad utk kurangkan inflasi..
Kurangkan berbelanja.. no shopping. No new house for investment. Just spend for needs.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Contohnya?

Minyak peket yg belambak kt siam tu dah settle ke?
Warg singapork n siam duk tuang ron95 tu dh ada ka penyelesaian?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 12:07 PM | Show all posts
perasan syiok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 pasaraya kat umah ni ada stock minyak paket 1 trailer,harga ayam 6.70 sekilo utk harga pagi td. Tu wayang 2 konon hasil kerja jawatankuasa jihad inflasi ke? Henti2lah membohong ,bukan org Tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 07:42 PM | Show all posts
gayyyyyytooohhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg positif? Rakyat banyak berbelanja? Semua baru dpt gaji memang la nmpk ramai yg belanja utk barang keperluan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 1.019369 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list