CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2041|Reply: 20

[Tempatan] Perlu permit khas beli petrol, diesel lebih 20 liter

[Copy link]
Post time 28-7-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Perlu permit khas beli petrol, diesel lebih 20 liter


Foto fail NSTP


PUTRAJAYA: Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk melayakkan membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak untuk kegunaan sendiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata permit khas itu adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja.

Keperluan permit khas itu bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.

"Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.

"Mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas.

"Hingga kini, antara pihak yang sudah mendapat permit khas daripada pihak kementerian adalah pengguna 'forklift', sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan media arus perdana berhubung larangan pembelian bahan api petrol dan diesel menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas tanpa kebenaran, berkata peruntukan undang-undang Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, setiap stesen minyak mesti mempunyai lesen mengikut akta terbabit bagi membolehkan ia berurusniaga dengan minyak petrol dan diesel.

"Antara syarat yang ditetapkan bawah lesen terbabit adalah mana-mana stesen minyak tidak dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol kecuali ia menggunakan tangki asal kenderaan berkenaan atau yang diluluskan oleh agensi berkaitan dan dijual kepada mana-mana pihak yang mendapat kebenaran daripada pihak KPDNHEP bawah peruntukan undang-undang AKB 1961," katanya.

Semalam, satu portal berita melaporkan notis awam yang dikeluarkan kementerian itu melarang orang ramai membeli bahan bakar berkenaan menggunakan tong drum menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat terutama di Sabah dan Sarawak.

Laporan itu antara lain menyatakan orang ramai tidak berpuas hati dengan keputusan KPDNHEP meregulasikan pembelian bahan bakar bersubsidi berkuat kuasa 17 Jun lalu kerana dikatakan tidak adil kepada nelayan dan pemotong rumput.

Alexander juga berkata, pihak yang mahu memohon permit khas boleh berbuat demikian melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian di portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... esel-lebih-20-liter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 depa ni..pi pejabat KPDNHep dibagi alamat umah pemborong diesel..Tak pernah melawat kawasan ke depa ni tang Kita yang nak membeli ni semua di minta lesen pbt,Surat ketua kampung,lesen timbang,tangki Dan macam2 dokumen. Dah tu buat muka Tak faham yang dia excavator Mana boleh pi stesen minyak. Stress
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:28 PM | Show all posts
Edited by tgoku at 1-8-2022 01:11 PM

hmm, susah jgak skrg klu nk beli minyak lbih 20 liter ye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:20 PM | Show all posts
Macam2 hal la skrg ni, asal rakyat marhaen je nk kena ada permit itu permit ini, nk mohon mcm2 bnda nk kena ada bru blh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:48 PM | Show all posts
terlalu banyak kebocoran ke luar negara barangkali...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:48 PM | Show all posts
terlalu banyak kebocoran ke luar negara barangkali...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2022 01:58 PM | Show all posts
bagus la buat gini,
takde la haramjadah bawak tong berdrum drum dalam lori,
pegi isi minyak penuh, dan seludup keluar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... mlsnyeh nk g isi byk kali.. dah mmg berulang keje kut. Pagi2 nak racing.. nk q lagi. Bodo much
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau pakai cc caner dorang nak control
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:58 PM | Show all posts
glump replied at 28-7-2022 07:18 PM
Macam2 depa ni..pi pejabat KPDNHep dibagi alamat umah pemborong diesel..Tak pernah melawat kawasan k ...

hahah x dpt bayang bawak excavator nak pi isi minyak... abis rosak sume jalan hehhehe..

asal rakyat merhain je mestikene bagi segala mala surat.. kadang stesen minyak tu pun tau yg org tu mmg jual kat org yg x sepatutnya.. org kpdn ni x reti turun padang ke.. manjang duk dlm ekon jew mana  nak tau ape jadai kat bawah
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya punya solusi. Semua yang kerja dalam tu pakai cable ke? Srp tak lepas ke? Akal mana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 12:35 AM | Show all posts
Edited by fidra at 10-8-2022 05:04 PM

tu lah zaman sekarang ni selagi boleh jimat, kita kena berjimat.
jadi guna je lah ron 95 20 liter baru berapa jer.. kalu sahih ni, kena cari minyak petrol yg menjimatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada yg beli bertong 2 sebab stesen minyak jauh dari rumah... Nak pulak yg bawak van sekolah.. camna tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 01:17 PM | Show all posts
VespaSilbe replied at 2-8-2022 02:20 AM
Mmg ada yg beli bertong 2 sebab stesen minyak jauh dari rumah... Nak pulak yg bawak van sekolah.. ca ...

Tu lah, org nk berjimat guna ron95 pastu kena bayar plak. nasib lag ron95 tu  bagus
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 09:26 AM | Show all posts
abnegation replied at 2-8-2022 01:17 PM
Tu lah, org nk berjimat guna ron95 pastu kena bayar plak. nasib lag ron95 tu  bagus

itulh pasal mcm2 hal skrg ni, betul sya pn dh lama gna ron95 alhamdulillah smpi skrg kete elok tkde masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 3-8-2022 09:36 AM

Beranak anak berderet kalau tak boleh mendatangkhen hasil buat pe? 5 org anak sorang angkat 15 litre x5 sudah 75litre.....kalau anak seketul dua...no worries...pinjam.anak anak jiran sebelah rumah...banja magnum ice cream sorang satu...settle

Kbye.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 10:27 AM | Show all posts
Bukannya dah ada ke rule ni..?? Aku beli diesel utk forklift 50 liter memang kena ada surat KPDNHEP lepas tu baru boleh beli dan isi dalam jerry can. Yg perlu di enforce adalah pengusaha petrol station ni. Kadang2 diorg sudah kowtim dgn pembeli haram.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 02:51 AM | Show all posts
Edited by awanrindu at 10-8-2022 04:59 PM
bonsari replied at 1-8-2022 01:20 PM
Macam2 hal la skrg ni, asal rakyat marhaen je nk kena ada permit itu permit ini, nk mohon mcm2 bnda  ...

rasanya kalau undang2 ni dibuat utk warga asing rasanya patut lah sebab ak sendiri full tank 35 liter.tapi klau kena mcm ni, isi seminggu 2 kali lah kot cuma aku guna shell fuel save jimat lah sikit minyak jalan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:29 AM | Show all posts
tungkai replied at 3-8-2022 10:27 AM
Bukannya dah ada ke rule ni..?? Aku beli diesel utk forklift 50 liter memang kena ada surat KPDNHEP  ...

betul.. mmg dh lama la.. dlu ingat lg masa masuk office lama, letrik tkde lg, so we all pakai generator.. setiap kali nk gi beli diesel kat petronas kena bwk lesen & buku log utk petronas acknowledge...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 11:26 AM | Show all posts
awanrindu replied at 4-8-2022 02:51 AM
pkai je lah shell ron95, murah

yg ni aku stuju nsib baik la ada yg murah, klu tak mmg terkapai2 gak la nk survive zmn skrg ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075297 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list