View: 1833|Reply: 18
|
[Dunia]
Beribu-ribu tan pakaian ‘bundle’ Britain jadi longgokan sampah di Ghana
[Copy link]
|
|

Timbunan sampah pakaian dari Britain ini digelar sebagai Obroni W’awu atau pakaian orang kulit putih yang telah mati. - Shutterstock
Beribu-ribu tan pakaian ‘bundle’ Britain jadi longgokan sampah di Ghana
ACCRA, Ghana – Beribu-ribu tan pakaian terpakai yang ‘didermakan’ oleh Britain kepada negara miskin, Ghana bertukar malapetaka apabila menjadi timbunan sampah yang memenuhi pantainya, lapor portal berita MailOnline semalam.
Bungkusan pakaian dikenali penduduk tempatan sebagai ‘Obroni W’awu’ atau ‘pakaian orang kulit putih mati’ itu dibeli secara pukal oleh penduduk tempatan dengan harapan dapat menemui beberapa helai baju atau seluar berkualiti baik untuk dijual semula.
Apa-apa sahaja yang tidak lagi bernilai atau tidak laku di gerai-gerai di Pasar Kantamanto yang terletak dekat dengan pantai, akan dibuang dan akhinya menjadi timbunan sampah setinggi 9 meter.
Bermula dari situ, arus akan menghanyutkan sampah pakaian itu ke Lagun Korle dan seterusnya ke laut.
Organisasi bantuan menganggarkan sebanyak 40 peratus pakaian yang tiba di Ghana dibazirkan dengan cara seperti itu.
Masalah menjadi semakin buruk apabila anak-anak muda yang mementingkan trend tetapi tidak memiliki banyak wang, berlumba-lumba memenuhi almari pakaian mereka dengan barangan fesyen terpakai itu.
Britain adalah pengeksport pakaian terpakai kedua terbesar di dunia, sebahagian besarnya disebabkan penduduknya mengitar semula 70 peratus pakaian mereka sekali gus antara kadar tertinggi di mana-mana negara.
Kebanyakan baju kitar semula itu disumbangkan kepada kedai amal atau diletakkan ke dalam tong kitar semula atau beg oleh penduduk tempatan yang berniat baik dan menganggap mereka melakukan sesuatu yang baik.
Separuh daripada keseluruhan pakaian terpakai itu dijual semula secara tempatan dan bakinya akan dieksport. Pakaian terpakai untuk eksport itu dibungkus dalam guni besar dan dijual pada harga serendah £100 (RM542) setiap tan kepada sesiapa yang sanggup mengambilnya.
Kebanyakannya bungkusan tersebut berakhir di Ghana, di mana peniaga tempatan membeli lebih daripada AS$80 juta (RM356 juta) pakaian terpakai Britain untuk tahun lepas sahaja. – AFP
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... an-sampah-di-ghana/
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols beli kat bundle selalu jumpa baju seluar dari jepun.
|
|
|
|
|
|
|
|
dari Britain kan, ada brand Burberry tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kain baju sekarang bukan laku pun nak jual second hand. Kecuali kau jual 20sen. Even bagi percuma pun orang pilih2. Sebab tu lah iols berhati2 nak membeli baju baru |
|
|
|
|
|
|
|
Iols jual baju bundle kat shopee. Sekarang ni persaingan banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Merata kedai bundle keliling area ni..dari jepun,Korea,us ,UK ..pilih je. Dari baju,kasut,perabot ,handbag Dan macam2. Memang dah jadi macam pusat buangan . |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok business bundle ni mcm money laundry ja...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat / support product bundle sebab mcm ni, lebih nyk sampah dihasilkan dari sepatutnya, bila dah commercialkan mmg la fikir nak untung aje mana ada fikir pasal environment & waste management dah |
|
|
|
|
|
|
|
Murah juga guni bundle dia.... Seharusnya dalam tu bnyk sampah... Sedangkan guni ribu riban pun sampah LOL |
|
|
|
|
|
|
|
x main la beli second hand - pak mael
|
|
|
|
|
|
|
|
Years ago first time pi obersi agak pelik tengok omputih ni segala benda dari perabut sampai ke baju sekolah ada jual second hand.
Aku suka juga singgah kat cash converter kalau2 ada art work yang menarik kerana bagi aku art work takde istilah second hand. Sedeh bila orang nak dispose macam xde nilai.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah beli 1 Bale utk buat Kat lap kat bengkel Masa dalm $150 je ...tp lepas tu pekedai tu bagi free je reject item dari bale yg depa pecah |
|
|
|
|
|
|
|
Fb live pong jual bundle.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fb live pong jual bundle.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakaian bundle ni kalau dah cuci betul2 bebas dari kuman? .
Contoh pengguna asal pernah mengidap penyakit kulit kusta, kayap, kurap... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols sendiri tang baju tak per ah beli bundle sebab tak tau cara kedai bersihkan kan sini.
Pasal ghana ni iols tengok docu kat bbc jugak dulu. Memang dlm satu bundle lumped dgn kain koyak2 bagai tak leh guna last2 dersng bakar. Habis semua tak environmentally friendly. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak beli pakaian second hand kt charity shops, tip dia adalah pergi area orang kaya/middle upper class. Sana ramai yang donate baju branded i.e. Hugo Boss, Armani etc. Masa student, selalu la pergi tapi bila dah kerja ni no time. Kalau outstation kat sana pun, meeting habis petang dan kedai semua dah tutup. |
|
|
|
|
|
|
| |
|