CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Tempatan] Krisis air Pulau Pinang : Kerajaan negeri desak kerajaan pusat laksana pemindahan air Sungai Perak

[Copy link]
Post time 29-7-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Empangan di Pulau Pinang tidak dapat memenuhi keperluan masa depan negeri itu dan ia mahu Putrajaya melaksanakan skim pemindahan air mentah Sungai Perak. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sekali lagi menolak gesaan menteri alam sekitar untuk menggunakan air bawah tanah bagi memenuhi keperluan air dalam negeri pada masa depan kerana tindakan itu ternyata berbahaya.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Jaseni Maidinsa berkata, air bawah tanah bukan saja tidak cukup untuk bertahan sehingga 2050, tetapi ia juga akan menyebabkan struktur tanah tenggelam dan kerosakan infrastruktur serta bangunan sedia ada.

Selain tanah tenggelam seperti yang diperincikan dalam kajian menggunakan Kelantan sebagai contoh, katanya, air dari tanah mungkin tercemar dan membawa risiko kepada penduduk berkepadatan tinggi di Pulau Pinang.


Beliau berkata, kepadatan penduduk di Pulau Pinang adalah 1,695 orang bagi setiap km persegi pada 2020.

“Kelantan antara pengguna air bawah tanah tertinggi, dengan penyelidik di New Zealand mendapati tanah di bahagian utara negeri itu tenggelam pada kadar 4.22mm setahun.

“Pulau Pinang mahu mengurangkan risiko airnya, sama kami tidak mahu menanggung risiko lebih tinggi dengan bangunan runtuh.

“Lebih-lebih lagi kajian Kementerian Alam Sekitar pada 2021 menunjukkan Pulau Pinang serta kawasan utara Perak tidak mempunyai air bawah tanah yang boleh dipercayai dan mencukupi sehingga 2050,” katanya.

Skim air Perak tidak boleh dilaksanakan, kata menteri

Awal minggu ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan Pulau Pinang memanfaatkan air bawah tanah dan menjimatkan air kerana ia merupakan pengguna air tertinggi di Malaysia.

Beliau menjawab soalan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow (PH-Tanjong) mengenai skim pemindahan air mentah Sungai Perak – saluran paip air dari Perak ke sungai yang mengalir ke Pulau Pinang di Kerian.

Tuan Ibrahim dalam jawapan bertulis berkata, Perak enggan menghantar air ke Pulau Pinang kerana paras air di Empangan Bukit Merah merosot, menjejaskan dua loji rawatan air dan pengairan sawah padi seluas 22,473ha.

Akibat kekurangan bekalan air, katanya, empangan itu sedang dibesarkan dan air dari Sungai Perak diperlukan untuk memenuhi keperluan air bagi empangan yang diperbesarkan kelak.

Pulau Pinang menyatakan pemindahan air Perak sebagai penyelesaian terhadap keperluan masa depan wilayah utara memandangkan Sungai Muda, satu daripada sumber air utama, semakin susut dan hanya mampu bertahan sehingga 2030.

Baru-baru ini, ia dipenuhi lumpur akibat banjir di Baling, menyebabkan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air.

Kerajaan negeri menggesa Putrajaya menyegerakan pemindahan air Perak, yang sebelum ini dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya RM2 bilion.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.562748 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list