CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 2

[Tempatan] Generasi muda tak minat bawa teksi

[Copy link]
Post time 31-7-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Orang muda tak minat bawa teksi
NORAFIZA JAAFAR
3-4 minutes

KUALA LUMPUR - Kos sewa tinggi selain pendapatan tidak setimpal antara faktor orang muda tidak berminat untuk bekerja sebagai pemandu teksi.

Yang Dipertua Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain berkata, pemandu teksi bajet perlu menyediakan RM40 sehari atau RM1,200 sebulan bagi bayaran sewa kenderaan.

Menurutnya, kos sewa tersebut dianggap membebankan dan pendapatan yang diperoleh tidak cukup menampung perbelanjaan harian.

“Ia disebabkan pendekatan kerajaan-kerajaan terdahulu yang lebih berminat memberi permit kepada syarikat teksi, menyebabkan kos operasi meningkat dan sewa yang diberikan juga tinggi.

“Jadi kalau orang muda bawa (teksi), ia tak cukup untuk tampung kehidupan mereka. Ini menyebabkan kebanyakan pemandu teksi terdiri orang berumur atau pesara tentera dan polis,” katanya mengulas mengenai masa depan industri teksi di Malaysia.

Beliau berkata, GTSM mempunyai rancangan membangunkan semula industri teksi melalui pelan Malaysia Yellow Cab dengan membawa kereta terpakai keluaran luar negara seperti Honda Accord dan Toyota Camry berusia tidak lebih 10 tahun untuk dijadikan teksi.

“Kereta mewah yang berusia lima tahun ke atas masih dalam kondisi baik. Ada cara bawa kenderaan ini masuk ke Malaysia dengan harga murah, secara tidak langsung pemandu teksi juga dapat menyewa dengan kadar murah.

“Dengan usaha yang dibawa ini, kita berharap dapat kurangkan kadar sewa daripada RM1,200 kepada RM600 hingga RM800 sebulan. Lebihan wang itu boleh digunakan untuk perbelanjaan keluarga atau simpanan pada masa hadapan,” katanya.

Katanya, idea itu akan dikemukakan menerusi makmal yang bakal diadakan pada tahun depan menghimpunkan pemain industri teksi dan e-hailing bagi menumpukan penyelesaian permasalahan perkhidmatan itu.

Tambahnya, industri teksi mampu dipertahankan jika diberikan layanan sama rata seperti e-hailing seperti yang diperjuangkan sejak 2014.

“Namun, tuntutan kami dimanipulasi. Kami tidak minta e-hailing diharamkan tetapi mahu kerajaan mewujudkan kesamarataan supaya pemandu e-hailing dan teksi dapat cari makan dalam suasana adil dan harmoni.

“Keadaan sekarang masih sama tapi kami bersyukur kementerian berkaitan ambil pendekatan untuk mengadakan makmal dan sesi bertemu kami, jadi isu ini akan dibawa,” katanya.

Beliau berkata, pemandu e-hailing kini dilihat berdepan masalah kawalan harga tambang tidak menentu yang adakala terlalu murah dan mahal hingga menimbulkan keluhan dalam kalangan pengguna.

Jelasnya, sudah tiba masa nya kerajaan ambil tahu tuntutan dibawa pemain industri untuk bawa keadilan kepada semua pihak.

sumber: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 05:10 PM | Show all posts
Edited by ezacbee at 31-7-2022 05:12 PM

Teksi2 ni kadang2 luaran nampak bersih bila duduk dalam macam2 problem. Dengan bau hamis, kerusi lembik, kotor, xikut meter..

Kadang2 pakcik teksi pun serabai dengan baju xbergosok, bacin.. semput hidu..


Golongan muda rela bawak grab daripada teksi. Senang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Awek Malaya mana yang sudi berkahwin dengan teruna pemandu teksi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.046169 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list