CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3570|Reply: 33

[Tempatan] Jemaah terkandas malu nak balik rumah

[Copy link]
Post time 31-7-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Wakil kumpulan jemaah, Mohd Hanif Mohd Salleh, 57, menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap agensi pelancongan terbabit.

PETALING JAYA: Bukan sahaja kerugian dari segi kewangan, malah terdapat segelintir jemaah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini mengalami tekanan emosi.

Wakil kumpulan jemaah, Mohd Hanif Mohd Salleh, 57, berkata, beberapa orang daripada mereka malu untuk pulang ke rumah dan mahu menunggu sehingga semua jemaah haji pulang pada 3 Ogos ini.

Sebenarnya kita melihat kesan buruk daripada peristiwa ini, kesan buruknya banyak gangguan emosi mereka tidak balik ke rumah, ada diantara mereka tidak mahu balik rumah lagi, ada yang tunggu 3 Ogos baru mereka balik rumah.

“Tekanan emosi ini berlaku kepada mereka, ada yang dah berangan nak beli buah tamar, beli kacang, kismis dan sebagainya untuk diberi kepada jiran,” katanya pada sidang media di firma guaman Tetuan Toriq Seth and Partner, Bandar Baru Bangi.

Hanif berkata, semua jemaah sedia maklum dengan risiko visa furada, namun kejadian yang berlaku kepada jemaah bukanlah risiko tetapi satu penipuan.



“Ini bukan risiko selepas pihak peguam siasat dengan syarikat penerbangan maklumat penerbangan yang diberikan itu sebenarnya tidak wujud pun, malah permohonan visa pun tidak dibuat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hanif yang juga seorang pendakwah bebas menggesa campur tangan agensi kerajaan yang terlibat agar lebih tegas dengan isu penipuan seperti ini kerana ia bukan sahaja mencemarkan nama baik negara, tetapi industri pelancongan juga.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku saban tahun dan jawapannya masih sama, kita tidak mahu jawapan yang sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’, kita harapkan tindakan lebih tegas.

Ada lagi segelintir individu yang terlibat belum diambil tindakan, bukan nak tuduh secara rambang, tapi semua pihak perlu berlaku adil tak kira sama ada Tabung Haji atau polis,” katanya.

Awal hari ini, seramai 111 bakal jemaah haji yang terkandas itu dijangka membuat tuntutan sivil terhadap sebuah agensi pelancongan berkenaan, menerusi firma guaman Tetuan Toriq Seth and Partner.

Pada 7 Julai lalu, seramai 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA, dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Susulan daripada insiden itu, Ketua Polis Wangsa, Maju Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, lima individu iaitu dua lelaki dan tiga wanita antara mereka merupakan pemilik agensi pelancongan berkenaan ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di ibu negara pada 8 Julai lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya la.. kadang siap buat kenduri nk gi haji. Sekali jadi mcm ni. Next time agent kena jelaskan risiko dan jgn bagi harapan palsu yg confirm boleh pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 09:01 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 31-7-2022 04:43 PM
Ya la.. kadang siap buat kenduri nk gi haji. Sekali jadi mcm ni. Next time agent kena jelaskan risik ...

kalau buat macam tu nanti duit tak akan di hulur lah...

agent aka scammers pandai berdrama..  dia akan kata anak raja itu dah janji nak keluar kan 50 visa, anak raja yang ni akan bagi 30 visa, flight dah tempah , ground handling dah settle, duduk kat hotel sekian sekain...  pada hal tak buat pun..

dah bertahun tahun perkara ini berlaku, berulang kali tapi itulah, ..

sifat sifat orang melayu yang mudah memaafkan, pasrah, beranggapan itu antara dia (scammers) dengan tuhan menyebabkan penjualan agama semakin berleluasa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 09:01 PM | Show all posts
Apa  yg aku paham bakal jemaah dah maklum dgn Visa Furada ni...tp masalahnya agensi langsung tak pohon Visa pun...ofkos la flight ticket pun tak  book
So kalau betul maknanya agensi  ni mmg dah pasang niat nak  menipu dari awal
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 31-7-2022 09:01 PM
Apa  yg aku paham bakal jemaah dah maklum dgn Visa Furada ni...tp masalahnya agensi langsung tak poh ...

Tp dr awal pn mmg agensi tu x berdaftar langsung kn? Ke klu nk bawa msuk gna visa furada mmg boleh mcm tu? Dftar ke x daftar blakang kira jnji modal ada ‘cable’ kt saudi sna yg menjanjikn mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
“Tekanan emosi ini berlaku kepada mereka, ada yang dah berangan nak beli buah tamar, beli kacang, kismis dan sebagainya untuk diberi kepada jiran,”

Zaman sekarang orang beli di Shopee di Lazada aje semua benda ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2022 09:22 PM | Show all posts
aechae replied at 31-7-2022 09:11 PM
Tp dr awal pn mmg agensi tu x berdaftar langsung kn? Ke klu nk bawa msuk gna visa furada mmg boleh ...

Itu macam kalu lagila teruk...jenuhla pakcik makcik naik turun court...dapat balik gantirugi ntah bila
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik je la...kalo org kampung panggil haji angguk angguk je la...lepas tu gitau lah .x payah lah berhaji haji..panggil nama je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mcm ni kot
Visa Furada tu kan tk confirm kan. So, bakal2 haji ni tau kan the risk. So agency ni ala2 menangguk di air keruh lah kot. Dia tau visa tu bkn janji 100% dpt masuk pun, so tak payahla apply apa2 langsung Nanti Ujung2, dia Ckp je, ohh tak approved. Dia ingat pokcik2 mokcik2 tu semua blur taktau apa2 kot.
Bila siasat betul2, flight pun tk book, haruslah kena tahan polis kan.
Ni, lagi satu, pokcik2 yg nk tunggu smp 3 Ogos baru nak blk tu, nnti nak ngaku je ke kalau org panggil Haji Agak seremmm di situ
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan susah sangat nak tangkap scammer haji ni? Kalau xdapat jugak aku anggap polis pemalas.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kam3n replied at 31-7-2022 09:21 PM
“Tekanan emosi ini berlaku kepada mereka, ada yang dah berangan nak beli buah tamar, beli kacang, k ...

Ni mcm my fren...10yrs back...pergi umrah..brg2 mcm sejadah utk bagi org tu dia beli mydin aje....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 slh kn gomen
Sendiri yg bodoh x pnh slh kan

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh malu yer? Bermakna tujuan pegi haji tu nak bermegah tunjuk hebat glamour ka ni ???
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 31-7-2022 11:26 PM
Hujung2 slh kn gomen
Sendiri yg bodoh x pnh slh kan

Kalau ini berlaku zaman PH sure lah salah Mujahid salah DAP
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kam3n replied at 31-7-2022 09:21 PM
“Tekanan emosi ini berlaku kepada mereka, ada yang dah berangan nak beli buah tamar, beli kacang, k ...

Ada sorg sedara aku ni gi umrah first time,balik tu hadiahkan aku tudung. Beli kat sana katenye tapi kantoi ada tag brand sini. Takpela takkan la die nak menipu kan baru balik umrah kot hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko bukan jenis cakap besar melangit berdegar2, apa yang nak dimalukan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 31-7-2022 10:01 PM
Ni mcm my fren...10yrs back...pergi umrah..brg2 mcm sejadah utk bagi org tu dia beli mydin aje....

Betullah tu. Hujung2 sama aje made in china made in bangladesh dll juga Buah-buahan & kekacang tu macam2 jenis boleh beli di tanah air, buat apa nak pos atau angkut berat2 dari sana
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 03:26 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 1-8-2022 02:00 AM
Ada sorg sedara aku ni gi umrah first time,balik tu hadiahkan aku tudung. Beli kat sana katenye ta ...

Tak daya nak angkut buah tangan banyak2 kot (husnuzon ). Yang penting ingat juga dia pada sedara
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 31-7-2022 09:47 PM
Dia mcm ni kot
Visa Furada tu kan tk confirm kan. So, bakal2 haji ni tau kan the risk. So agency ni  ...

Yang jadi berpanjangan sampai sekarang adalah company tu tak pulangkan balik duit. Kalau awal-awal dulu dah pulangkan semua duit mungkin isu dah reda. Jika benar diguna utk booking hotel,boleh kah dapat refund? Dan etc.Jadi ke mana duit tu pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah pentingnya jadi umat islam yg bijak dan peka perkembangan semasa..saudi dah tetapkan berbagai syarat tambahan utk jemaah haji..lebih2 lagi bab kesihatan..pelik aku..last minit g haji takkan la takde buat saringan kesihatan? Yg furada semua tu konfem sihat belaka? Mcm tak logik je last minit semua tu layak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058687 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list