CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5956|Reply: 71

[Tempatan] aduh kesian gila...2 kanak-kanak maut kena campak dekat MRR2

[Copy link]
Post time 2-8-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Campak dari MRR2, lelaki dan 2 kanak-kanak maut


LELAKI warga Myanmar dan dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas dicampak dari Lebuhraya MRR2, di sini hari ini.

Kuala Lumpur: Lelaki warga Myanmar bertindak kejam apabila mencampak tiga kanak-kanak dari jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter di sini, sebelum bertindak membunuh diri hari ini.

Kejadian pada 5.50 pagi itu menyebabkan dua kanak-kanak dan lelaki terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seorang lagi kanak-kanak mengalami kecederaan parah.

"Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.

"Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun," katanya satu dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, semua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya.

"Lelaki dan dua orang kanak-kanak Myanmar berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan mangsa yang sangat kritikal.

"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya," katanya.

Menurutnya, semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan GS Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,"katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -2-kanak-kanak-maut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 02:16 PM | Show all posts
ya allah trauma aku tgk kaki pucat budak tu. gileeee
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:19 PM | Show all posts
nyawa mcm tak berharga pd mereka, dgn harapan pada kelahiran baru mereka tidak susah lagi

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap saksi tu tak trauma.. dia mungkin nak tolong igt nk gi mana bwk anak kat mrr2 pepagi bute. Skali dia buang anak ² nya gilerrr..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 2-8-2022 02:22 PM
Harap saksi tu tak trauma.. dia mungkin nak tolong igt nk gi mana bwk anak kat mrr2 pepagi bute. Ska ...

Mgkn dia ingat polis nak tgkp.. kita pun tak tau ape dlm pikiran depa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin lari dr sindiket ke.. aku x leh benda2 mcm ni..otak fkr mcm CSI Miami..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglaa halau semua pendatang2 ni semua...bikin semak negara ni dgn kes2 jenayah gini bunuh, rompak, nyundel, ngacaras....hambat sekali bibik ndon friska trisna
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
YaAllah.gila ke???
walau pati. itu nyawa tau. tuhan yg bgi.. ko ingat boleh beli kat kedai ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:52 PM | Show all posts
Teringat kes puang mesir campak anak-anak dia dari jambatan. Siap ada video CCTV
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:52 PM | Show all posts
Teringat kes puang mesir campak anak-anak dia dari jambatan. Siap ada video CCTV
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tgk mayat budak2 gitu, yg parah kat hospital tu cemana la keadaan dia.
Sapa nak jaga dia? Mak depa ni semua mana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 2-8-2022 02:48 PM
Tolonglaa halau semua pendatang2 ni semua...bikin semak negara ni dgn kes2 jenayah gini bunuh, rompa ...

Mana boleh..
Kesygan tokey boleh kerah kerja mcm hamba abdi..
N ngo utk dptkan derma..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
anak dia sendiri ke tu..gila lah...bini nya larik ikut bangla ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga syurga la tempat anak² tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 02:56 PM | Show all posts
korg tgk gmbr di metro yg ada link kt artikel ats
sorg polis tu selamba je berpijak ats darah

bkn ke dorg kena pakai sarung plastik tu

....

anyway...subuh2 sepie die keluar tu
maybe time org x btl2 sibuk lg
dan jgk dgn harapan org x perasan mayat die kt bwh
so maybe bnyk kenderaan lalu lalang langgar
dan bdn dorg 3 beranak habis hancur

rs mcm malang la plk ank sorg lg masih hidup
patah riuk ape
sape la yg nk tgkkn die tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 03:00 PM | Show all posts
sedihnyaaaa aku...nyawa tiada harga
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:09 PM | Show all posts
Kesiannya lah ye. Jangankan ada dokumen sah, nak makan pun belum tentu ada, apa lagi tempat berteduh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:10 PM | Show all posts
Apalah salah kanak-kanak yang tidak berdosa ni... sedih betul dengar insiden sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 03:16 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Kejamnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078820 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list