View: 290|Reply: 0
|
[Tempatan]
10 rumah di Taman Bersatu dilanda banjir kilat
[Copy link]
|
|
10 rumah di Taman Bersatu dilanda banjir kilat

Anggota APM Kota Setar melakukan pemantauan di Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi satu jam. - Foto ihsan APM
ALOR SETAR: Hujan lebat melebihi satu jam menyebabkan 10 rumah di Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah, di sini dinaiki air malam ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, berkata banjir dilaporkan mula berlaku pada jam 10.05 malam.
Beliau berkata, anggotanya membuat pemantauan di lokasi yang terjejas untuk memastikan keselamatan penduduk.
"Banjir kilat berlaku disebabkan masalah sistem saliran yang kurang sempurna di kawasan itu.
"Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di situ memandangkan paras air semakin surut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota APM Kota Setar melakukan pemantauan di Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi satu jam. - Foto ihsan APM
Norlizawati berkata, walaupun paras air menurun, anggotanya akan terus melakukan pemantauan sekiranya hujan berterusan.
Orang ramai dinasihatkan supaya menghubungi pihak berkuasa sekiranya hujan lebat berterusan melebihi dua jam di daerah ini.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ilanda-banjir-kilat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|