|
PIASTRI bakal diberi peluang untuk menjadi pelumba F1 sepenuh masa musim depan. FOTO Reuters
Paris: Pelumba Australia, Oscar Piastri bakal menggantikan tempat juara dunia Formula Satu (F1) dua kali, Fernando Alonso untuk pasukan Alpine musim depan.
Dia yang berusia 21 tahun disenaraikan sebagai pelumba simpanan Alpine sejak permulaan musim 2022.
Bagaimanapun, dia bakal dinaikkan pangkat selepas Alonso berhijrah ke pasukan Aston Martin.
Alpine berkata keputusan itu diambil 'selaras dengan komitmen yang dibuat oleh pasukan' kepada Piastri.
"Oscar mempunyai masa depan yang cerah dan bakat sepertinya jarang ditemui. Kami berbangga kerana memupuk dan menyokongnya melalui laluan sukar dalam formula junior.
"Melalui kerjasama kami sejak empat tahun lalu, kami melihat dia berkembang dan matang menjadi pemandu yang lebih mampu untuk melangkah ke F1." kata prinsipal pasukan Alpine, Otmar Szafnauer dalam satu kenyataan.
Piastri pelumba kelahiran Melbourne menyertai akademi Alpine selepas memenangi kejuaraan Formula Renault Eurocup pada 2019.
Dia merangkul mahkota Formula 3 pada tahun berikutnya sebelum merangkul kejuaraan Formula 2 pada 2021.
Dia akan bergandingan dengan pemandu Perancis, Esteban Ocon tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tikan-tempat-alonso |
|