View: 1623|Reply: 7
|
[Tempatan]
Misteri bau busuk depan rumah adik
[Copy link]
|
|
Misteri bau busuk depan rumah adik
Anggota BBP Alor Setar membantu membuka pintu rumah yang terkunci. Mayat lelaki ditemukan terbaring di ruang tamu. FOTO IHSAN BOMBA
Alor Setar: Misteri bau busuk dari sebuah rumah yang berkunci di Jalan Meranti, Tambang Badak di sini, membongkar penemuan mayat lelaki yang dipercayai sudah empat hari meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, menerima makluman seorang lelaki meninggal dunia dalam rumah berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan abang lelaki berkenaan, dia terhidu bau busuk di depan rumah adiknya yang berusia 56 tahun itu ketika pulang dari kerja jam 7 pagi tadi.
"Saksi cuba menghubungi adiknya beberapa kali tetapi tiada jawapan sebelum meminta bantuan jirannya untuk menghubungi talian kecemasan 999," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Shukri berkata, sebaik pintu dibuka dengan bantuan pihak bomba, didapati mayat ditemukan dalam keadaan terlentang dan sudah berbau.
Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat sudah mereput dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah atau unsur jenayah.
"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
"Berdasarkan maklumat abang lelaki itu kali terakhir dia bertemu dengan adiknya itu kira-kira empat hari lalu," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.33 pagi.
Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Iskandar Ishak tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat seorang lelaki terbaring di dalam rumah yang berkunci.
"Tindakan anggota bomba adalah dengan membuka pintu rumah menggunakan peralatan sebelum menemukan mayat di ruang tamu," katanya di sini hari ini.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-depan-rumah-adik
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 5-8-2022 11:34 PM
@slavehunter : Another 1
Ate teman dah jadi funeral director pulak kena kira.
SADS juga ker ni? Kalau Sads takziah dari teman.
Sakit? makan ubat, get proper treatment.
Perish ,Collateral damage? Kita tanam jer la. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 6-8-2022 02:11 PM
slavehunter replied at 6-8-2022 12:36 AM
Ate teman dah jadi funeral director pulak kena kira.
SADS juga ker ni? Kalau Sads takziah dari ...
Dari kejauhan meke ketawe kata SADS memang sad kan sis? Dah pakse orang cucok pehtu bila ramei orang mude mati tibe2 pegi cipte istilah ni:
Sudden kepalehotak meke la.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sads ni tak semestinya masuk news.. selain dari yg kita baca kat online news & kat porom , in real life ada je byk kes sama . maybe yg masuk news yg sensasi macam jumpa berulat, tgh keje, etc |
|
|
|
|
|
|
|
U could be one of them (to whom it may concern ) |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 6-8-2022 02:07 PM
Dari kejauhan meke ketawe kata SADS memang sad kan sis? Dah pakse orang cucok pehtu bila ramei ora ...
Dah beramai orang muda mati keluar lah Sads, Sids ni semua to cover up.
Sama macam Monkeypox, hanya ada kat negara yang guna Pfizer jer, dah ada dalam badan, tunggu masa nak flare up jer jadi Autoimmune keluar la segala bintik merah blister semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah dungu takkan tengok berita ni sis. Sebab diorang dah jadi lembu ikutttttttttt jah kata tuan dia dekkkk…. Kohkohkohkoh. By tuan akak maksudkan WHO dekkkk…. |
|
|
|
|
|
|
| |
|