Padah memberi bayi berusia lapan bulan meneguk minuman keras (vodka), sepasang kekasih ditahan polis sejurus videonya tular di media sosial.
Berdasarkan rakaman video tersebut, kelihatan lelaki tanpa pakaian berada bersama wanita yang yang dipercayai ibu kepada bayi tersebut.
Dia kemudian duduk di hadapan bayi sebelum memberi vodka dalam penutup botol.
Ibu Dan Kekasih Bagi Bayi Lapan Bulan Minum Vodka
Menurut polis di daerah Kent, England, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa kerana cuba melakukan kekejaman ke atas kanak-kanak.
"Bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke pusat jagaan untuk perhatian lanjut," katanya.
Terdahulu, pihak kebajikan sosial turut mengambil serius insiden yang berlaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pasangan terbabit.-CARI
Sumber:mStar Online |