CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 565|Reply: 2

Cium Hajarul Aswad, Solat Dalam Hijir Ismail Bakal Dibenarkan Semula

[Copy link]
Post time 5-8-2022 09:40 AM | Show all posts |Read mode
RIYADH – Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci mengumumkan pelan komprehensif bagi membenarkan semu­la ibadat solat di kawasan Hijir Ismail dan mencium Hajarul Aswad sudah sedia untuk digunakan dalam masa terdekat, lapor akhbar Saudi Gazette.

Jawatankuasa tersebut telah selesai merumuskan rancangan lanjutan untuk dua perkara tersebut agar berlangsung dalam suasana yang selamat dan tenang.


Ini adalah di bawah bimbingan dan idea susulan Ketua Presiden, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, lapor Agensi Akhbar Saudi.




Gambar Hiasan




Petugas presidensi dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkenaan akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada Dua Masjid Suci serta kepada jemaah haji dan umrah untuk melakukan ritual mereka dengan mudah dan selesa.


Perancangan melalui pelan organisasi lanjutan yang digubal bagi memenuhi aspirasi peme­rintah Arab Saudi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan pengunjung Masjidil Haram.


Perlu diingatkan bahawa Hijir Ismail adalah kawasan berbentuk bulan sabit yang bersebelahan dengan Kaabah.


Hijir Ismail adalah tempat Nabi Ibrahim A.S membina tempat perlindungan untuk anaknya, Nabi  Ismail A.S dan isterinya, Siti Hajar.


Kawasan kira-kira tiga meter bersebelahan dengan dinding di sisi Hijir Ismail sebenarnya merupakan sebahagian daripada Kaabah, manakala selebihnya terletak di luar rumah suci Allah itu.


Solat di dalam kawasan Hijir Ismail adalah disunatkan ketika melakukan ibadat haji atau umrah dan sentiasa menjadi rebutan para jemaah yang datang ke tanah suci.


Manakala Hajarul Aswad yang terletak di penjuru selatan Kaabah adalah batu yang menjadi titik permulaan dan pengakhiran untuk ibadah tawaf.


Pada tahun lalu, Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa akan ada pilihan pada permohonan Eatmarna dan Tawakkalna untuk menempah janji temu bagi slot mencium Hajar Aswad, menyentuh Sudut Yaman (Al-Rukn Al-Yamaani) dan menunaikan solat di Hijir Ismail.


Namun, kenyataan tersebut ditarik balik tidak lama kemudian kerana situasi pandemik belum stabil.


Solat dalam Hijir Ismail dan mencium Hajarul Aswad ditangguhkan sejak Julai 2020 akibat penularan virus Covid-19.  -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 11:03 AM | Show all posts
Alhamdulillah syukur selalu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:57 PM | Show all posts
Syukur beruntunglah mereka yang gi umrah nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.449569 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list